Burung Sedih

6:52 PTG JunAina 4 Comments

Burung itu telah mula berbunyi. Lagu-lagu sayu menusuk kalbu. Sedih dan mendayu-dayu. . Tambahan pula bila suara siulannya bergema di waktu petang. Hati terasa sangat sayu. Keadaan petang sedikit mempengaruhi mood. Kalau sedang bersedih mahu rasanya terus menangis.

Biasanya di sebelah Perlis bunyi burung ini dikaitkan dengan kedatangan musim kemarau. Pengaruh burung ini cukup besar pada zaman dahulu. Burung itu membawa khabar tanpa perlu melihat kalendar. Fitrah alam, kuasa Allah. Burung ini bagai dikunci mulutnya pada ketika-ketika lain. Sedangkan ia kelihatan berterbangan di angkasa tetapi tiada bunyi. Bila sampai tikanya burung ini akan mula menyanyi.

Walaupun kini menetap jauh tapi bila burung itu mula berbunyi aku tahu sudah sampai masanya sawah akan kering dan menjadi kontang. Tanak-tanah akan mula merekah. Habuk akan berterbangan di udara. Cuaca panas akan membahang semahunya. Angin timur akan mula bertiup. Pagi yang dingin, tengahari panas beragin, petang yang berangin membawa sejuk serta malam selimut tebal menjadi teman beradu. Dingin.

Kini burung itu mula berbunyi. Menyayikan lagu sedih meruntun jiwa. Hati terasa seperti ingin berlari. Pulang melepaskan kerinduan. Banyak yang tersimpan di sana. Kenangan yang tak mungkin ada noktahnya. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dilahirkan serta dibesarkan. Walaupun ia hanyalah sebuah rumah usang ditengah sawah. Hati ini tetap mengusung rindu yang sarat.

Burung Kuwaw. Tidak indah namanya. Rupanya juga tidaklah cantik. Namun di sebalik kesederhanaan dirinya ia tetap ada keistimewaannya tersendiri. Bunyinya akan merobek hati-hati insan seperti aku yang menjadi anak rantau. Terima kasih burung sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk di kenang untuk dirindu serta untuk diingati.

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Aina, betui, burung masa saya kecik2 dulu slalu dgr.di blakang rumah.bunyinya macam namanya..nyaring.
    saya dikampung hanya setakat drjh 4.lpas tu pndah di kawasan Kngar, dah tkdak bndang dn sungai, tapi kenangan masa kecik,masa mengail puyu di petak,masa krabat pokok jmbu smbil menyanyi lagu duhai permata (kamariah nor)..smua masih tebai dlm kepala.kalau ada magic saya nak balik zaman dulu.wlaupun hdup susah masa tu tapi sntiasa happy..

    BalasPadam
  2. memang nostalgia .. saya suka kehidupan di Perlis. tapi tak boleh balik selalu, dah tak larat. bila balik sini semula, seminggu baru hilang letih.

    BalasPadam
  3. Kalu ada gambaq, lagi best!

    BalasPadam