Catatan Pendek
Keadaan tidak mengizinkan sekarang, kesihatan sangat kurang baik sejak minggu lepas. 1 hari sahaja bekerja dan 4 hari lagi terpaksa mc melayan badan yang tidak ketentuan. Minggu ini digagahkan juga diri menyambung tugasan seperti biasa. Moga segalanya cepat berlalu. Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi nikmat sakit ini supaya aku sentiasa mensyukuri setiap pemberianmu.Sedikit sibuk sejak berpindah ke tingkat 16 tetapi semua barang masih di dalam kotak. Mood untuk unpack segala barang tiada kerana dengar ceritanya bulan hadapan semua akan dipindahkan semula ke Main Office. Hanya barang-barang perlu dan hendak digunakan sahaja dikeluarkan, barang-barang lain masih belum disentuh. Biarlah disitu. Mood untuk update blog juga entah ke mana.
Perancangan untuk bercuti di kampung pada 24hb Januari ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagai gantinya mak dan kakak akan balik ke kajang untuk urusan passport kakak. Cuti sekolah dulu mak tok lupa nak bawak surat beranak kakak balik ke Kajang jadi terpaksa mencari masa lain untuk menguruskan passportnya. Moga dipermudahkan.
Sekolah anak-anak berjalan seperti biasa. BAKP 2013 pula akan mula diagihkan pada 17hb Januari bagi sekolah menengah di Kajang Utama bermula pukul 12 tengahari hingga 2 petang. Hanya memberi surat keizinan supaya abang mengambil sendiri duit tersebut. Sekolah kebangsaan pula masih kabur kerana apa yang boleh diharap pada si Junior. Lain yang cikgu bagitahu lain pulak yang diberitahu mama. Sabar sahajalah. Rezeki dia begitu. Perlu didik Junior untuk beri perhatian dan buat catatan benda-benda penting yang cikgu bagitahu.
Doa yang terbaik buat Aina semua kawan-kawan. Semoga diberi kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan seharian sehingga ke detik paling di tunggu. Rezeki kurniaan Allah. Alhamdulillah.
Semoga kesihatan Aina segera kembali pulih sepenuhnya. Amin.
BalasPadamTerima kasih kakcik.
Padamdee doakan semoga Aina diberikan kesihatan yang baik dan pulih dari kesakitan sekarang..
BalasPadamsekolah anak dee bagi surat, so mudahlah anak2 kecil tu nak sampaikan kepada ibu bapa :)
Get well quick jun
BalasPadamRentetan harian yg kena harungi Aina. Kerja pun kena ambil kira sebab banyak membantu kewangan kan.. anak-anak perlu perhatian. Kena bagi-bagilah..
BalasPadamSaya doakan semoga Aina cepat sembuh seperti sediakala....:)
BalasPadamGet well soon.
BalasPadamTu sibuk buat passport nak pi Bandung ya?
Thanks Kak Azie.
PadamNak gi Bukit Tinggi kali ni. Bandung next round tapi bila punya round tak tau la...:)
a speedy recovery for u Aina.u tk balik Perlis, yr mak pulak pi sana.kira ok la tu.
BalasPadamItulah kak. Plan nak balik merasa angin timoq nampak gayanya tak dapatlah tahun ni.
Padamsemoga cepat sembuh ..
BalasPadampendek pun panjang gak ...
Semoga June Aina cepat sembuh.
BalasPadamapapun jaga diri ye
BalasPadamSemoga Aina cepat sembuh seperti sediakala dan dapat menjalankan tanggungjawab dgn sebaik mungkin.
BalasPadamakak ada mengidam ngidam ngidam tak? ;D
BalasPadamErmmm...nanti nak fikir...hahhaaa...
PadamTiba2 anak dara over sensetip. Doa yang terbaik buat akak ye.