Hebatnya Pure Marin Collagen

12:52 PTG JunAina 11 Comments



Pure Marine Collagen ready to delivery. Ini oder dari kawan-kawan kat office.

Sejak akhir-akhir ini ramai orang memperkatakan tentang Pure Marine Collagen ini, sama ada yang segar dari laut dan dikeringkan atau yang di proses menjadi serbuk. Pilih sahaja yang mana suka. Kebanyakan kita hanya mengaitkannya dengan kecantikan semata-mata kerana kandungan kolagen yang tinggi.

Dua bulan yang lepas Aina mula mengambil PMC yang di keringkan dan di masak sendiri kerana sedikit masalah kesihatan. Di samping itu tentulah jugak nak gebukan kulit supaya nampak lebih muda. Di sebalik kehebatan untuk cantik sebenarnya PMC juga kaya nilai perubatan. Juga mampu mengurangkan berat badan tetapi bukan secra drastik.

Sebagai rider (rider moto buruk...hahaa...) yang setiap hari merempit dari Kajang ke Kuala Lumpur dan kemudian bekerja menggunakan komputer sepanjang hari Aina mengalami sedikit kesakitan di bahagian belakang (kata orang Perlis bahagian urat belikat). Kadang-kadang sakitnya sehingga ke lengan dan hujung jari dan selalunya bahagian kiri. Biasanya hanya sapu minyak panas dan kadang-kadang terpaksa menelan pain killer. Suatu hari terbaca kebaikan PMC dan Aina terus mencuba. Setiap pagi dan malam Aina akan lenyekkan dua sudu besar PMC ke dalam gelas dan masukkan air, masukkan Vitamin C yang larut dalam air dan minum. Alhamdulillah setakat ini sakit tersebut bukan sahaja berkurangan malahan tak ada langsung. Pak Tuan pulak ambik untuk arthritis so dua-dua pun layan Pure Marine Collagen.

Seminggu makan kulit juga telah mula menampakkan perubahan. Tapak tangan yang dulu kering dan kasar mula terasa licin dan lembab walaupun tak memakai losyen. Berat badan pula sudah sedikit menurun kerana PMC mengekalkan rasa kenyang. Aina bukan sahaja makan PMC tetapi jadikan masker muka, sapukan di tangan dan juga kaki, biarkan kering dan cuci. Nikmatilah perubahan kesihatan kulit yang nyata.

Di sebabkan berpuas hati dengan PMC tanpa bahan pengawet tanpa kimia so Aina mengambil keputusan untuk mejadi salah seorang pengedar PMC. Kalau ada sesiapa yang teringin nak mencuba PMC ni silalah oder. Tak mahal dan memang berbaloi. Bagi yang ingin menjaga kesihatan dan cantik tanpa mengeluarkan belanja yang besar serta alami cubalah rumpai laut ini.

Just email me : juna_ai@yahoo.com.
Arahan dan cara penggunaan akan di beri.


 Klik flyers untuk melihat dengan lebih jelas.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Kakak teringinlah nak cuba Aina. Ramai yg dah cuba. Kakak jenis kulit kering, hari-hari kena sapu cream. Mana tahu boleh serasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina pun sama kak kulit jenis kering, bila menggaru je kat tangan nampak je kesan putih. Pulak tu jenis malas pakai losyen. Sekarang malam2 Aina sapu je tangan dan kaki dengan PMC dah kurang kering. Tapak tangan pun rasa lembab je. Alhamdulillah sihat dapat, cantik pun dapat

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. huhuhu...sy takleh nak telan colagen ni...mmg kena cari yg pil..tak tahan rasa dia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak makan jeli tu begitu sahaja macam hubby saya buat memang saya pun tak makan. Biasanya saya masukkan Vitamin C yang cair dalam air tu so bila minum terasa macam minum air oren jelah.

      Padam
  4. Menarik...kalau masak sendiri tu, buat macam sup ke? Macam mana nak beli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doc. Ada banyak resepi rumpai laut ni. Buat jeli, buat kerabu tapi ke googlelah...:)

      Aina guna untuk perubatan dan kecantikan (tak cukup cantik...huh). Rendam, rebus dan simpan peti ais nanti jadi macam agar2. Makan pagi masa perut kosong dan malam masa nak tido.

      Nak beli kalu. Just email me okeh.
      juna_ai@yahoo.com

      Dr. Hani jual yang serbuk Aina jual fresh dari laut...hikhikkk...

      Padam
  5. Assalamualaikum Aina

    saya pun nak cuba juga

    BalasPadam
  6. dee beli ngan KC..dah seminggu pakai..so far so good, tapi turun berat badan tu belum cukup meyakinkan sbb saya bantai makan nasi like there's no tomorrow..hahaha..

    BalasPadam
  7. member ema pun jual PMC ni..ema takut nak beli sebab takut tak terminum...hehehe

    BalasPadam
  8. Brapa duit ni kak ainaa? Mai nak terai skit bleh ka?

    BalasPadam