Blog Tak Boleh Upload Gambar

11:37 PG JunAina 14 Comments

Sebelum ini selalu baca masalah orang je. Dah seminggu dok try nak upload gambar tapi asik gagal je. Banyak entri dalam draf perlukan gambar untuk menyedapkan jalan cerita. Akhirnya terperap begitu sahajalah. Berkali-kali jugak cuba. Refresh sudah, tutup blog dan buka balik sudah, sampaikan shutdown komputer pun sudah tetapi segalanya masih tetap sama.

Buka Picasa. Ok je. Baru guna 415 MB. Rasanya sebelum ini kalau masuk gambar ke blog memang Aina kecikkan dulu. Nak elak benda-benda macam inilah. Garu-garu kepala pun tak jalan jugak. Harus update blog tanpa gambar seminggu dua ini sehingga masalah selesai.

Upload gambar ke Picasa dan cuba upload dari Picasa ke blog tetapi butang Add Pic tu tak boleh tekan pulak. Kalau direct upload butang nak upload langsung tak ada. Penin.

Balik rumah nak try upload dari laptop pulak. Manalah tahu PC kat opis nih dah di block untuk upload itu ini. Kalau FB dan seangkatan dengannya memang diharamkan. Awal-awal lagi kena block dengan IM Department. Kalau dak mau satu monitor buat kerja dan satu lagi dok berchatting dan bergumbira kat FB. Orang lain le, Aina jenis mudah jemu. Excited kejap pas tu lama-lama rasa macam tak der apa dah. Tapi depa buat jugak dua-dua monitor buka kerja tapi tangan kat HP berchatting, berFB, bertwitter. Akhirnya disuruh buat A bila hantar jadi Z. Jauh perginya tu.

You Might Also Like

14 ulasan:

  1. stress kan kalau takleh upload gambar bila nak berblog..:) Moga settle masalah ni secepat mungkin..

    BalasPadam
  2. Aina cuba masa draft N3 jgn guna compose. Guna html masa upload gambar. Ramai yg dah guna cara ini. Dia akan tunjuk the next steps (tapi kakak rasa macam masa interface dulu-dulu style). Cubalah mana tahu boleh membantu sebab kakak pun bukan pandai..

    BalasPadam
  3. Aina, makna nya dah penuh.u cuba delete gmbag2 dlm posting blog u yg lepas.then tunggu 2 atau 3 hari baru boleh upload.saya dh jadi mcm tu last month.

    BalasPadam
  4. apa yg tulis kak..space dah penuh ke?

    caranya samaada akak upload gambar dulu dalam photobucket atau akak buka dua akaun.

    BalasPadam
  5. ok la tu, kita cuba2 buat entri tak bergambar plk yg penting update entry.

    BalasPadam
  6. da cuba bukak guna browser lain ke kak? kadang2 masalah browser pun ya jugak..mcm skang ni saya tak boleh nak bukak add new entry..so segala entry terpaksa post dari email..tak best gilaa..

    BalasPadam
  7. Kak Azie dari dulu lagi memang upload gambar or taip draf entri memang gunakan HTML. Dah puas hati baru edit guna "compose". So far takda masalah.

    BalasPadam
  8. hmmm tgh angin lah tu. haaaa picasa pun ada mood.

    BalasPadam
  9. salam,

    memang seronok letak gambar, nampak cerita hidup sikit kan.kenangan kita jugak ;)

    BalasPadam
  10. Kadang2 adalah tu ..technical problem...

    BalasPadam
  11. akak pun der masalah kalau guna composetu..
    akak tukarkan kat html masa yang masa nak entry posttu bolehler

    BalasPadam
  12. yeke.. adoii mcm mana blh jd macam tu ye.. harap bersabar ya.. moga kembali normal secepat yg mungkin ;)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah...masalah selesai. Guna nasihat kawan-kawan. Edit HTML. Oklah pulak. Sebelum ni terkial2 tapi tak terfikir pun nak guna yang tu. Terima kasih semua.

    Sharing is caring.

    BalasPadam
  14. Guna html..? Huhu sy x pernah try cara ni..pasni anak tido nk try ler..dari awal pg td xleh upload pic gak ni huhu

    BalasPadam