Beratnya Ujian Ini

5:29 PTG JunAina 15 Comments

Astargfirullah'halazim....berulangkali aku sebutkan.

Subhanallah...berulang-kali jugak ku ulang.

Ya-Rahman, Ya-Rahim, Ya-Khaliq.

Hati aku bergetar. Tangan menggigil. Air mata mula mengalir. Teresak-esak sendiri.

Beratnya ujian MU kali ini Ya-Allah. Pada dia yang menanggung dan pada kami yang memandang. Namun kami akur setiap ujianmu ada hikmah yang tersembunyi. Hanya insan yang terpilih akan melaluinya dengan penuh ketabahan dan senyum.

Berita terbaru. Ibu saudaraku dikatakan doktor yang merawatnya mengidap 'kanser tahap 4'. Anaknya juga tidak pasti kanser apa kerana penerangan yang diberi doktor dalam Bahasa Inggeris (aku pun tak faham kenapa dia tak bagitau doktor yang dia tak faham apa doktor cakap, mungkin terkejut).

Doktor memberi rehat selama 2 minggu sebelum memulakan sesi kimoterapi. Anak ke-4 ibu saudaraku masih berkeras hendak membawa dia pulang ke Felda Chemomoi sedangkan ibu saudaraku berkali-kali menyatakan yang dia ingin pulang ke Perlis. Mengapa si anak jadi sebegitu. Tidakkah belas memandang wajah ibu. Siapa tahu andai ini adalah permintaan terakhirnya.

Allah-Hu-Rabbi. Berilah kekuatan padanya, berikanlah juga kekuatan kepadaku. Permudahkanlah segalanya. Lembutkanlah hati anaknya untuk membawa pulang ibunya ke tempat tumpah darahnya. Apa yang pasti tok (nenek) adalah orang yang akan paling bersedih. Anaknya. Dilahirkannya. Disusukannya. Dibesarkannya dengan penuh kasih sayang. Kini terbaring lesu.


You Might Also Like

15 ulasan:

  1. sedihnya...mengingatkan akak pada peristiwa 5 tahun dulu bila org yg disayang terus diberitahu kanser tahap 4....kisah selanjutnya hanya tinggal kenangan...

    berapa umur mak sedara aina? kdg kalau dah tua sgt, kimo pun jd masalah juga...deritanya...tp jgn la gunakan khidmat bomoh ker apa ker ya, sbb hanya bazir duit jer...kebanyakannya ckap jer lebih tp hasil sebenar kita taktau, apalagi kalau dh stage 4...apa pun berusaha la selagi daya asalkan tidak lakukan yg bukan2...yg sakit ttp sakit dan yg masih sehat haru terus sehatkan fikiran...pakat elok2 adk beradik....akak tulis ni dr pengalaman sendiri........

    patut la aina tak lalu makan...akak tumpang simpati aina...moga mak sedara aina dan keluarganya memperoleh kekuatan utk hadapi segalanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Q. Terkejut. Terkesima. Kini kami menerima. Kuasa Allah s.w.t tiada siapa mampu menandinginya.

      Tiada apa yg mampu doktor lakukan kini. Juga tidak kimoterapi. Hanya ubat penenang diberi. Selebihnya kami sekeluarga masih berikhtiar, sekadar mampu.

      Padam
  2. Innalillah wa inna illahi rajiun.

    Semoga diberi kekuatan kepada ibu saudara Jun dan keluarganya menghadapi ujian ini.

    Mungkin elok bertemu doktor itu semula utk mendapatkan penjelasan yg sebenar. Kalau dapat pergilah beberapa org dan minta doktor terangkan di dalam BM. Biar jelas dan lebih senang utk membuat keputusan.

    Sepupu saya juga dikesan mengidap barah tahap 4 pada tahun lepas tapi alhamdulillah berkat usahanya berubat dan berdoa, dia semakin sihat sekarang. Dia memilih rawatan alternatif w/pun sykt suaminya sanggup membayar rawatan di hospital swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beminggu-minggu mengumpul semangat buat kami yg memandang entah bagaimana dia yang menghadapinya.

      Mengikut doktor mak saudara Aina mengidap kanser salur hempedu. Mungkin akibat dari batu dalam hempedu yg tidak dibuang. Luka, bernanah dan merebak menjadi barah.

      Kami juga cuba berikhtiar. Rawatan alternafir yang bagaimana tu YB?

      Padam
  3. moga ibu saudara akak tabah...DIA lebih tahu...

    BalasPadam
  4. Ya Allah Moga mak sedara Ju tabah menghadapi dugaan ini.. Iye laa kita cuma memandang yang memikulnya cuma dia aje yg tau dugaan yang dihadapi..Moga apa yg dihajati tercapai..

    BalasPadam
  5. Allah.....berat nya ujian.....

    BalasPadam
  6. memang berat ujian ini .. ya Allah janganlah engkau menguji aku dengan penyakit seumpama kerana aku khuatir tidak kuat menanggungnya.

    apa-apa pun kuasa Allah mengatasi segala-galanya .. kalau Dia ingin menyembuhkan, hanya dengan berkata kun faya kun, maka akan sembuhlah dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tidak pernah berhenti berdoa untuk dia. Selagi dia masih bernafas kami tidak akan putus asa kerana hanya Allah yang lebih tahu.

      Padam
  7. sy ada pengalaman mak sedara hidap kenser tahap 4,...kalau boleh apa saja mahunya kita turutkan..kalau perlu nasihatkan warisnya utk memahami keadaan mereka yg sangat 'sensitif' itu.

    BalasPadam
  8. Allah...mmg berat ujian ini...

    semoga akak, keluarga dan ibu saudara kakak tabah hadapi dugaan ini...

    semoga diringankan segala kesakitan...amin...

    BalasPadam
  9. leeza doakan yg terbaik utk keluarga awak.. moga segalanya baik2.. mohon terus cekal....

    BalasPadam
  10. akak doakan anak2nyer mengerti perasaan ibunya...
    lakukan yang terbaik untukknya...

    BalasPadam
  11. Semoga semuanya tabah menghadapi ujian ini. Tiada yang lebih berkuasa dari Dia. Semoga Dia memberikan yang terbaik buat semua.

    BalasPadam
  12. Xla berat sgt ujian dia kalau dibandingkan dgn aku ni...sabar jelah klu merungut lebih2 kan masuk neraka pulak...

    BalasPadam