Mood Isnin

12:53 PTG JunAina 5 Comments

Menghabiskan hari-hari terakhir di Vista Tower dengan mood bekerja semakin baik. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami semua menjadi pemastautin Tingkat 16 yang sebelum itu telah di kerah untuk keluar dari Tingkat 14. Masih berbaki 10 orang yang bakal ditinggalkan di sini tetapi dari bahagian lain kerana masalah workstation yang tidak mencukupi. Kami bakal di tempatkan di Tingkat 13, terpisah dari bahagian kami yang berada di Tingkat 9. Terbiasa dengan keadaan pindah randah sudah sebati. Lepas ini lebih happening coz kawan-kawan ramai kat sana.

Rutin kerja juga seperti biasa cuma kini kerja-kerja semakin perlahan kerana projek berada di penghujung. Tak banyak yang tinggal. Banyak masa terluang. Mengadap komputer tanpa arah tuju. Nak update blog idea seolah-olah tersekat. Bermula tetapi tiada pengakhiran, yang idea di akhir pula tidak tahu di mana harus di mulakan. Sudahnya tiada yang selesai.

Berkira-kira juga untuk mengemas kini resume. Bercita-cita juga untuk mengubah angin. Mencuba benda baru di tempat baru. Masih ada peluang lagikah? Rasa sudah tua untuk menghadiri temuduga lagi. Semangat kawan-kawan turut mempengaruhi mood berhijrah. Sementelah tidak akan ada projek baru sehingga bulan Jun ditempat sekarang. Tiada bayang-bayang pun! Ramai juga kawan-kawan yang mengambil keputusan untuk pergi. Sama ada merasa tidak selamat atau sememangnya mendapat tawaran yang lebih bagus. Mana biasa di tolak andai tawaran belipat kali ganda.

Bila rezeki bertambah bermakna kita juga semakin senang. Bila senang bererti semakin banyak amal jariah yang boleh kita buat dari lebihan yang semakin banyak. Owh…berangan lagi! Tapi itulah niat di hati itupun andai ada rezeki. Asyik tengok orang lain terasa juga ingin jadi seperti mereka memberi, memberi dan memberi. Moga Allah s.w.t memberkati. Rezeki yang sememangnya untuk dikongsi.

Mulai hari ini Aina menggantungkan title 'Rider Sejati' buat sementara waktu. Pagi agak sibuk mengejar komuter sehingga KL Sentral dan berlari-lari ke LRT pula. Rutin rempit mungkin akan di sambung semula bila dapat pengganti baru. Mood serik bila tiba-tiba motor yang dah uzur tu mati ditengah jalan yang sibuk. Nasib baik masih di tengah Kuala Lumpur dan rezeki juga bila terjumpa seorang teman lama yang sanggup menumpangkan ke LRT terdekat.

You Might Also Like

5 ulasan:

  1. halangan kdg2 brlaku tnpa kita duga kan? tak pa gv up the title for a while..nanti smbung balik riding..

    BalasPadam
  2. Aina pun nak "hijrah" jugak?

    BalasPadam
  3. insyaAllah, peluang itu ada kalau dicari. :)

    BalasPadam
  4. Aina.. Bagus juga dah kurang naik
    Motor...
    Berhujan berpanas tu...

    BalasPadam