instantstreetview.com Jom Intai Rumah Sendiri

10:29 PG JunAina 20 Comments


Zaman serba canggih ini tak hairanlah semua info senang sahaja nak dapat. Semalam kami di pejabat masing-masing intai rumah sendiri. Selepas ini tak perlu tertanya-tanya lagi mana rumah yang dituju selain Waze dan GPS yang turut membantu anda boleh tengok rumah yang hendak dituju. instantstreetview.com akan banyak membantu anda.


Masuk ke laman web instantstreetview.com kemudian masukkan alamat yang hendak dituju dan ia mestilah alamat penuh yang mengandungi nombor rumah, nama jalan, nama taman dan bandar. Terus anda akan dibawa kerumah yang anda cari.



Semalam saya intai-intai rumah yang saya sewakan nak tengok ada tak perubahan setelah setahun setengah diduduki oleh penyewa. Nampaknya keadaan masih sama tiada perubahan langsung. Siap dia blurkan anak penyewa kat situ, nombor kereta dan nombor rumah juga diblurkan.


You Might Also Like

20 ulasan:

  1. eh kalau boleh spy kediaman camtuh memang takder privacylah camtuh..takut jugak kalau2 org slh guna applikasi tuk monitor kita..

    BalasPadam
  2. baru try semalam.
    err.. agak2 memudahkan kerja perompak tak?

    BalasPadam
  3. Kalau salah guna dek penyangak bahaya ni.

    BalasPadam
  4. Saya takut dengan kecanggihan ini...Makin lama rase macam makin takde privacy.

    BalasPadam
  5. Semalam saya dah cek rumah saya... Tapi x dapat masuk pulak... Boleh tengok sampai jalan besar je.. kampung sangat kot .. =P

    BalasPadam
  6. bagi saya ada pro & cont nya apps ni..
    ada org post kat fb siap dgn address & gambar rumah.. bahaya kalau ada yang niat tak baik..

    BalasPadam
  7. kdg bnda cmni pun ada bahayanya..

    untung utk kaki perompak. moga dijauhkan

    BalasPadam
  8. Teknologi ini banyak manfaatnya, bagus,
    Cuma saya amat risau dgn sikap manusia yg suka salahgunakan teknologi.
    Saya dah " skodeng" rumah mertua saya di Nilai ( kawasan kampung), pun ada! :P

    BalasPadam
  9. hehehe makcik pun dok tgk jugak semalam.....nasib baik bukan rakaman semasa.....

    BalasPadam
  10. Assalam...tu la..try gak...tengok rumah mertua siap fil tengah siram pokok...kikiki

    BalasPadam
  11. Kebetulan..smlam pun dapat wasap dari adik suh try instantstreetview ni nk tengok view kat kampung..pastu try taip alamat rumah, terus nampak umah kita...heheh.

    BalasPadam
  12. Eh... betullah Aina. Kakak cuba tengok rumah kakak baru kejap sebelum komen. Nampak kain pelikat dan baju tidur kakak Mak Zah sidai di gate hihi.... Betul MPV kakak dia blurkan no. platenya. Gelihati sebab pokok-pokok bunga & papaya yg sepokok tu pun jelas.

    Thanks for the info Aina. Kakak baru tahu:)

    BalasPadam
  13. mcm scary jer application ni... utk kegunaan x sihat, mudah2 jer org nmpk hu3

    BalasPadam
  14. teknologi makin canggih...jgn disalah guna sudah.
    semoga memudahkan dgn niat yg baik.
    risau jugak sebenarnya

    BalasPadam
  15. bagus jugak di blur kan..untuk keselamatan..kan??

    BalasPadam
  16. Akak ada mbr share jugak pasal nie.. tapi macam seram jer..sbb maklumat rumah kita mudah sgt org dpt..takut jugak la jadi benda lain..mudah memang mudah tpi takut ada yg akan salah guna la..

    BalasPadam
  17. Begitu sekali punya detail........ along senang ler nak cari kalau macam ni yek Aina.....

    BalasPadam
  18. sy bimbang disalahguna je bende alah ni

    BalasPadam