Kenangan Sunat Hikram

9:47 PG JunAina 20 Comments


Cuti sekolah bermula 28hb May 2014 dan merupakan hari terakhir saya bekerja di pejabat lama, saya mengambil peluang cuti seminggu sebelum memulakan kerja di tempat baru untuk sunatkan Hikram di kampung. Memilih salah sebuah klinik swasta yang terdapat di Perlis dan bersetuju untuk sunatkan Hikram pada hari Sabtu 31hb May 2014 manakala kenduri kesyukuran diadakan pada hari Isnin 2hb May 2014.



Peristiwa sedih berlaku bila Hikram buat perangai semasa hendak disunatkan, dia menangis tak mahu bersunat. Tak bersedia katanya. Satu ketika hati saya sangat pedih, hancur berkecai umpama cermin yang pecah. Sehingga malamnya saya tidak mampu melelapkan mata kerana asyik terdengar-dengar suara cemuhan doktor yang saya anggap seorang yang profesional lagi pulak penampilannya yang sangat Islamik dengan janggut mencecah dada. Saya sedih. Jika bukan kerana khidmatnya sudah separuh jalan memang saya angkat anak ajak balik.


Percubaan kali keempat baru dapat sunatkan Hikram, tiga kali keluar masuk dan akhirnya dia setuju dalam terpaksa bila teringatkan abah yang akan balik pada hari kendurinya iaitu hari Isnin. Kata-kata doktor yang bagi saya sangat kasar dan tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang yang profesional terhadap tugasnya tetapi saya akur dia juga manusia biasa ada perasaan dan tahap kesabaran.


'Pisikologi tak jalan mai sini aku bagi penampaq logi'
Bila Hikram dok ulang takut abahnya balik hari Isnin doktor tu tengking.
'Hang dok diam-diam sebelum abah hang balik kot sat ni aku boh penampang dulu kot' sambil tunjuk tangan dia depan muka Hikram.
Bila Hikram dok cakap banyak almaklumlah stress di tengkingnya.
'Kepala hotak hang aihhh...cakap pandai'
Bila nurse cuba tenangkan Hikram ditengkingnya nurse.
'Hang jangan dok layan dia, sat lagi jadi apa-apa mampoihh aku tau dak?'


Apa pun saya bersyukur sebab segalanya selamat. Anak seperti dia memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenahnya. Sebagai ibu walaupun sakit hati tetapi saya redha ini ujian buat saya.











Gambar-gambar sebelum jadi budak besar, dah boleh geng dengan abang. Dah boleh ada girlfriend. Paling tak best mama tak boleh gurau-gurau pegang bird macam biasa. Dah besar katanya. Kalau sebelum sunat dia selamba je bagi mama pegang bird.


You Might Also Like

20 ulasan:

  1. Allah...

    kenapa doktor tu sampai hati keluarkan kata2 mcm tu... berbayar, bukan wat khidmat masyarakat... semoga doktor tu d buka hati utk menginsafi diri, InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. Hari ini ramai yg menjawat jawatan professional tapi perlakuan tak professional Aina.
    Menagih kesabaran tapi tak rugi kalau yg tak professional dilayan dgn sabar. Kalau tak tegang jadinya.
    Syukurlah Hikram dah bujang dah pun dan selamat semuanya...

    BalasPadam
  3. Kasar betul kata2 doktor tuh.tak sepatutnya sebagai seorang yg bekerja mengubati/ merawat pesakit..kalau sy mungkin tak sesabar k.june...apapun alhamdulillah hikram dah jadi budak besar..*()*

    BalasPadam
  4. Syukur alhamdulillah dah selesai, blh cari girlfried dah Hikram..kesian kena hamun dgn doc..eh org utagha cakap mmg kasaq mcm tu ..tap x la teruk terlebih nak tangan ank orang depam emak dia plak tu...ishh..ishh.

    BalasPadam
  5. Ya Allah...
    Mana boleh macam tu kak..
    Saya selalu juga berdepan kes kanak2 yang cranky...yang menangis2 bila perlu dijahit..
    Kena lah sabar...Mmg kadangkala rasa nak marah, tapi luahkan sahaja dalam hati...
    Nilai professionalisme perlu di jaga...
    Lagi penting, ingat, tanggungjawab tu perlu dipikul dgn amanah, Allah tak kurniakan pinjaman ilmu medic utk kita hambaNYA sia sia kan..
    Saya terbayang dengan nada loghat utara ( yg memang kasar sikit bunyinya, pada pendapat saya)..kasihan Hikram stress...
    Anak saya pun sekarang ada masalah nak sunat..
    Tahun depan 7 tahun...tapi bukan masalah takut..
    Masalah dia PEMALU sangat...
    :)

    BalasPadam
  6. ish..kenapa dia cakap macam tu..klinik mana tu kak??

    BalasPadam
  7. Kesian Hikram dapat doktor yang kurang sopan. Sepatutnya dialah yang lebih arif untuk menangani situasi sebegitu.

    Kak zai pun ada juga kenangan masa anak kedua bersunat. Buat hal tapi doktor tu pandai pujuk sampai dia masukkan anak kak zai dalam wad petang baru buat.

    BalasPadam
  8. Tergelak saya baca apa yang doc cakap tu. Agaknya doc tu buat joke aje kot...?
    Nasib baik kelima-lima orang anak lelaki saya tak hadapi masalah macam tu. Semuanya cool dan happy saja masa sebelum, semasa dan lepas bersunat. Bapanya saja yg kadang2 panik....

    BalasPadam
  9. AMBOI
    teruknya attitude doktor tu

    Apapun akak ucapkan tahniah buat Hikram yg dah dewasa...
    Akak jer tak merasa anak lelaki bersunat...
    Lg sedih tau....

    BalasPadam
  10. selamat melangkah ke alam remaja ensom boy....emmmm sebagai seorg ibu mmg trcarit perasaan sedih dan terkilan dgn kata2 sedemikian..sy yg membacanya turut rasa sedih....dan sebagai ibu juga trpaksa ber"husnuzon".....mayb doc tu sedang alami masalah.....

    BalasPadam
  11. Lepas ni boleh ngorat aweks...!

    yauhhhuuuuu!

    BalasPadam
  12. amboi..kasarnya bahasa...tau la marah..tapi jga la bahasa..

    BalasPadam
  13. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam
  14. Teringat semasa adik saya nak disunatkan. Masa otw g klinik tu bukan main ceria n cool. Sampai je klinik muka terus pucat lesi..nak tergelak tgk..hihi

    BalasPadam
  15. hishh kurang ajar juga doktor tu cakap gitu yer.. mmg x profesional langsung la.. nasib la hikram budak baik.

    BalasPadam
  16. Tahniah buat Hikram sebab berani jugak akhirnya dan buat mama sebab sabar melayan kerenah anak. Awat doktor kasaq sangat.....sian Hikram...
    Cik Abe dah balik lum...

    BalasPadam
  17. Amboi! macam tu pulak...kena orang yang sabar tak pe lah...Salam Maal Hijrah Aina...lama tak singgah sini...

    BalasPadam
  18. Hikram dah sunat ye alhamdulilah, yeyy dah jd anak bujang dh abang...kak jun, julia pun alami masalah yg serupa, pernah jumpa doktor yg mcm sebut nama anak kuat2, walhal dia nangis sebab takut tak perlu la sebut nama anak julia kuat2 ulang kali...dh lah cek demam anak ju pun tak sentuh pun...nak timbang berat anak julia pun dia tak sentuh, bleh plak suruh julia letak kt penimbang baby sendiri...grrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  19. kasarnya doktor tu....erm tapi alhadulillah semua selamat.sy br nak cadang kan ank saya sunat hunung tahun ni.

    BalasPadam
  20. terkedu kak...sabarnya aina...
    btw, tahniah hikram, dah jadi budak besar....

    BalasPadam