Benda Baik Kenapa Nak Sorok

11:37 PG JunAina 7 Comments

Balik kepada asal saya sebab masih terpaksa pindah randah lagi, kemas-kemas barang yang tak sebanyak mana sebab baru 8 bulan bekerja di sini. Terpaksa ikut client lagi, task forced project. Duduk satu floor dengan client adalah sesuatu yang sangat tidak selesa bagi saya seakan-akan mereka memerhati setiap pergerakkan kita. Mereka yang bayar jadi terimalah seadanya. Setakat ini client ok sahaja cuma kalau dalam meeting kadang-kadang macam nak pecah conference room. Redha jelah.


Ada seorang client berusia awal 40an baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan saya pun mendengar dari kawan-kawan sekeliling. Turun ke bawah borak-borak dengan geng di bawah sebab client ni dah biasa pusing-pusing jumpa orang yang sama terborak pasal dia. Orangnya putih, kecil, cantik dan molek walaupun sudah berumur 40an sangat awet muda, saya tak sangka umur dia sebegitu. Saya pula tercakap yang dia sudah kahwin bila ada yang berkata dia andartu dan tiba-tiba kakak yang satu floor tegur.

`Eh engkau ni kenapa cakap, orang semua tak tahulah’.

Saya terlopong kejap.

`Benda baik kak kenapa nak sembunyi-sembunyi kak lagipun dia buat majlis kan’.

Saya sendiri tidak faham kenapa perkara baik hendak di sorok, bukankah dituntut kita mewar-warkan pernikahan supaya tidak timbul fitnah. Pandangan saya mungkin orang sekeliling yang melebih-lebih sedangkan tuan punya badan tak kisah pun. Majlis perkahwinan turut menjemput rakan-rakan dari syarikat tempat dia bekerja jadi tiada sebab perkahwinan dia dirahsiakan. Bila timbul soalan demikian maka banyak pulak spekulasi lain yang timbul.

`Agaknya dia ni isteri kedua kot sebab tu tak nak heboh-heboh takut isteri pertama tahu’

`Umur dah macam tu mana nak dapat lelaki bujang lagi’

Fitnah pulak yang datang. Saya terdiam rasa bersalah memberitahu dia dah berkahwin.

Begitulah masyarakat suka sangat menjatuhkan hukuman ikut suka hati sendiri. Tak kiralah isteri keberapa pun itu jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk dia, halal buat dia dan suaminya dari tejerumus kelembah maksiat. Takut sangatkah dihina oleh manusia atau lebih takut dihina Allah s.w.t kelak. Pilihan ditangan sendiri.




7 Rider Beraksi:

Doa Yang Tertangguh

11:42 PG JunAina 5 Comments






5 Rider Beraksi:

Menutup Aib Suami Isteri

11:09 PG JunAina 6 Comments


Ekoran dari cerita di televisyen petang semalm yang sempat diikuti dengan telinga kerana ketika itu adalah masa-masa sibuk almaklumlah baru balik kerja dan menjelang magrib pula. Kisah seorang isteri yang menutup aib suami. Begitulah kehendak agama yang tertulis menutup aib suami isteri yang sangat dituntut.


Kebelakangan ini diarus kemodenan ramai suami isteri lupa mengenai tanggungjawab yang satu ini. Kadang-kadang tanpa kita sedari kita bercerita keburukan pasangan masing-masing tanpa senaja atau kadang-kadang memang secara sedar. Alasan untuk melegakan bebanan di hati tetapi apabila bercerita adakah masalah tersebut akan selesai.  Kadang-kadang kita seolah-olah hilang harga diri hilang sifat malu sehinggakan cerita di dalam kain pun hendak dikongsi.


Bercerita biarlah kena pada tempatnya, carilah seorang yang betul-betul amanah menerima cerita bimbang apa yang sepatutnya menjadi rahsia tercanang merata-rata. Ada ketikanya kawan menjadi lawan lalu segala rahsia yang tersimpan mula satu pesatu di bicarakan. Ramailah yang bakal menjadi hakim tanpa ilmu tak kurang yang menjadi peguam tanpa tauliah. Ketika itu sesal sudah tidak berguna.


Suami isteri berpeganglah kepada kepercayaan walaupun mungkin satu ketika salah satu pihak terluka usahlah dibuka aib satu sama lain. Seolah berlawan-lawan ingin mengatakan satu pihak lagi yang bersalah yang lemah. Bila berbaik kembali adakah cerita-cerita kita juga akan terhenti di situ sahaja? Tepuk dada tanyalah hati.



Kita mungkin tidak sempurna tetapi kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Tidak mungkin kita mampu mewarisi sifat-sifat Rasulullah s.w.t tetapi kita dituntut untuk menerapkan sunnahnya di dalam kehidupan kita. Bila jalan yang terang sudah ada kenapa perlu kita mencari jalan lain yang penuh berduri.




6 Rider Beraksi:

Bilik Air Rumah Sewa

11:59 PG JunAina 13 Comments


Bila menyewakan rumah pening pulak dengan penyelenggaraan rumah yang orang duduk. Memang tiap-tiap bulan di bayar sewa tetapi bila apa yg nak dibaiki melebihi sewa berat juga nak ditanggung sedangkan duit sewa hanya cukup-cukup untuk bayar hutan rumah dengan bank. Hendak atau tidak perlu juga dibaiki.


Awal 2014 bumbung bocor perabung perlu digantikan dengan yang baru kerana setiap kali hujan lebat air menitis ke dalam rumah. Kos baikpulih Rm650 sedangkan kos membeli barang mungkin hanya sekitar Rm200 sahaja. Boleh tahan kos tenaga kerja yang dikenakan sebab menggantikan perabung tu ambik masa beberapa jam sahaja.


Hujung tahun penyewa telefon lagi bagitahu rumah bocor lagi, lampu pun turut mengalami masalah bila air mengalir. Lama juga ditangguhkan aduan penyewa kerana kekangan masa dan tukang yang agak sukar ditempah. Akhirnya bila tukang yang baiki perabung balik dari bercuti dari kampungnya di Indonesia dapatlah dia pergi tengok. Katanya air bukan dari bumbung tetapi dari bilik air yang bocor. Lantai meresap air katanya.


Kali ini dia meminta Rm5300 untuk kos pecah tile, pasang ‘waterproof’ dan meletak tile yang baru. Mau termenung memikirkan kos tu sebab keluasan bilik air cuma 5.25” x 7.5” dan tile yang akan digunakan pun hanya yang biasa sahaja sebab rasa rugi bila pasang tile cantik dan mahal tetapi orang yang duduk. Lagi sakit hati bila ada sepupu bagitau dia pasang tile dari ruang tamu sampai ke dapur dengan kos Rm3500. Tukang ini siap bagitau ada rumah di kawsan tu buat yang murah Rm2000 tapi kena buat balik sebab bocor lagi kemudian buat yang Rm3000 sama bocor lagi akhirnya buat yang Rm5000 baru elok. Terus kami batalkan niat nak buat dengan dia.


Akhirnya bagai orang mengantuk disorongkan bantal adik dan anak buah sanggup datang dari kampung untuk buatkan bilik air tersebut. Kerja-kerja baik pulih akan mula dilakukan hujung minggu nanti dengan persetujuan penyewa. Paling penting sediakan duit untuk kos membeli barang dahulu kata mereka. Adik saya tuan punya bengkel motor JMRMotorwork tetapi mewarisi kemahiran dari abah yang pandai bertukang. Anak buah Shaiful pula lepas habis sekolah memang membuat kerja-kerja membina rumah dan turut mewarisi kemahiran dari arwah ayahnya.



Mempunyai rumah sewa memang kadang-kadang dipandang orang sebagai berduit tetapi realitinya duit sewa itu hanya boleh menampung bayaran balik bulanan atau kadang-kadang tuan rumah pula terpaksa menambah bayaran bulanan. Bil pembentungan, cukai tanah dan cukai pintu juga termasuk di dalam kos yang terpaksa tuan rumah tanggung. Kelebihannya cuma bila habis bayar rumah itu jadi milik kita akhirnya.




13 Rider Beraksi:

Indahnya Hidup Bermadu

9:53 PG JunAina 13 Comments

Hanya yang merasa tahu indahnya hidup bermaduu. Apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis adalah yang terbaik buat kita hambanya. Hanya nafsu serta kelemahan-kelemahan manusia yang merosakkan segala kecantikan yang Allah sw.t telah aturkan untuk umatnya. Iman yang merapuh hati yang mudah terpesong dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba melemahkan kepercayaan. Kehendak yang melebihi nilai-nilai keperluan.


Tidak ingin menunding jari pada suami, isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. Nilai itu Allah telah aturkan sebaik mungkin bersama aturan undang-undang yang sangat telus. Kemampuan kita seakan teruji untuk meletakkan kita sebagai insan yang redha bila salah seorang mula tamak dan mengambil kesempatan lalu yang kuat akan menang dan kita meninggalkan terus erti peri kemanusaiaan untuk menjadi pemenang.


Kawan saya diuji sehingga dia mula merasa terlalu perit untuk melaluinya sehingga setiap detik umpama kehidupan panjang yang menyiksakan. Sehingga suatu ketika dia mula goyah sehingga memilih berpisah sebagai jalan terbaik bila suami mula menggabaikan kehidupan dan memenangkan hanya suatu pihak.Sebagai hamba dia masih bergantung pada Allah s.w.t penyerahan jiwa dan raga sepenuhnya sehingga membawanya ke Tanah Suci Mekah ditemani suami dengan harapan suaminya akan berubah. Di sana mereka diuji berkali-kali namun dia menetapkan hati hanya Allah jua tempat dia bergantung. Sekembalinya dari sana hatinya lebih kuat dengan ujian yang datang walaupun masalah tidaklah selesai sepenuhnya tetapi Allah beri kekuatan kepadanya.


Tidakkah kita yang merosakkan kecantikan berpoligami? Rasa ingin memiliki hanya untuk diri sendiri rasa sayang yang keterlaluan sehingga mengabaikan suatu pihak yang lain semua rasa itu datang dari hati yang sentiasa diketuk syaitan, dihembus api-api kebencian di dalamnya. Ketamakan yang memberi imej buruk kepada indahnya bermadu.


Saya memandang kehidupan pada pengakhiran indahnya hidup bermadu. Bila uban mula memutih dikepala tika muka sudah mula berkedut tangan mula ditimbuli urat-urat kasar lalu kecantikan juga semakin pudar.  Anak-anak mula ada kehidupan sendiri, bekeluarga dan tinggal berjauhan. Tinggalah si ibu tua dan ayah menghitung baki usia ketika sakit isteri-isteri saling bantu membantu, ketika suami sakit isteri-istei begilir menjaga lalu tanggungjawab sedikit berkurangan.


Anak-anak bersatu hati, ketika ibu sendiri tidak mampu melayan ketika pulang bercuti si ibu tiri megambil alih tanggungjawab dengan ikhlas. Melayan kehendak anak, menantu dan cucu dari isteri pertama dengan gembira.  Menerima pemberian dari anak-anak tidak kira anak sendiri mahupun anak tiri, dari lima anak menjadi sepuluh orang anak dicampur anak-anak tiri. Bukankah dikira beruntung?


Lalu apa lagi yang kita harapkan di penghujung usia? Masih lagi mahu merebut kasih, masih enggan menerima takdir berpuluh tahun, keras umpama kerikilkah hati kita sehingga le tua kita ingin menolak kehendak Allah s.w.t. Setiap yang pahit pasti akan ada kemanisan di penghujungnya. Tidak akan sia-sia segala ujian Allah s.w.t kepada setiap hambanya melainkan ada hikmah yang tersembunyi yang kita mampu fahami atau sebaliknya.



13 Rider Beraksi:

Umrah Bukan Ibadat Ikut-Ikutan

11:24 PG JunAina 12 Comments

April 2014 suami menunaikan umrah rezeki kemudiannya datang bila dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun yang sama. Saya sangat bersyukur kerana dengan izin Allah dia terpilih pada tahun yang sama. Kebelakangan ini dia mula berbunyi ingin menunaikan umrah lagi.


Ramai juga kawan-kawan yang menunaikan umrah dalam usia masih muda. Gembira melihat mereka selamat pergi dan balik serta teruja dengan pengalaman umrah mereka. Di hati cuma terdetik sekiranya ada rezeki saya ingin membawa anak-anak serta emak bersama. Hanya setakat itu perasaan saya dengan alasan saya masih tidak bersedia walaupun sebenarnya saya sangat cemburu. Bagi saya umrah bukan ibadat ikut-ikutan. Tengok kawan-kawan pergi kita pun hendak pergi tetapi lebih kepada persediaan rohani dan jasmani. Mampukah kita berubah bila sekembalinya nanti dari umrah, berubah menjadi lebih baik. Menaikkan darjat diri sendiri.


Kebelakangan ini entah kenapa tiba-tiba hati bagai dipanggil-panggil untuk ke sana, keinginan terus membuak-buak. Perasaan bagai didesak-desak. Kerinduan untuk berada di Masjidil Haram datang secara tiba-tiba tanpa dipinta. Mungkin Allah s.w.t sedang memberi isyarat pada diri sudah sampai masanya saya menjadi tetamu Nya.



Menjadi keazaman tahun ini supaya dapat menunaikan umrah dan kalau dapat biarlah mak merasa juga bersama kami menunaikan umrah. Tak sampai hati pergi tanpa dia, kita mampu pergi tetapi membelakangkan ibu pula takut-takut dia menyimpan kecil hati. Moga Allah permudahkan keazaman saya untuk tahun ini.




12 Rider Beraksi:

Tip Mendidik Anak Remaja Cara Saya

10:55 PG JunAina 6 Comments

Tip ini di adaptasikan dari pengalaman persekitaran, pembacaan dan dari kuliah-kulaih agama dan program motivasi yang setiap hari dapat diikuti walalupun hanya di televisyen dalam kesibukan mengejar masa. Tip-tip yang di sesuaikan mengikut kelapangan masa yang ada bersama anak-anak.

  • Memberi nasihat ketika bersama di dalam kereta ketika menghantar anak-anak ke sekolah atau semasa berjalan di hujung minggu bersama anak-anak. Bukan membebel tetapi sebaliknya apa yang dibualkan bukanlah berbentuk leteran, arahan atau meluahkan kemarahan tetapi lebih kepada apa yang perlu mereka buat dan apa yang perlu dielakkan sebagai seorang anak, pelajar dan ahli masyarakat.
  • Setiap kali anak bersalam untuk ke sekolah bisikkan kepada mereka kita sayang dia, minta anak jadi anak soleh/solehah, belajar dengan baik dan jaga diri serta maruah keluarga. Selain sebagai pesanan niatkan ia sebagai doa buat tiap-tiap hari.
  • Hadiahkan Al-Fatihah setiap kali solat buat anak-anak, sebutlah nama mereka satu persatu.

  • Memberi penghargaan kepada setiap bantuan yang mereka berikan, ucapan terima kasih amat bermakna buat mereka. Sesekali penuhilah permintaan mereka selagi tidak melampaui batas kemampuan, anak-anak akan terasa dihargai atas setiap pertolongan mereka. Contohnya apabila anak perempuan yang sibuk bersekolah membantu mengemas rumah setiap hari dan menguruskan hal-hal rumah ketika kita bekerja pada setiap akhir bulan saya akan beri ganjaran. 
  • Ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu-bapa apabila mereka sudah besar dan berkeluarga sendiri kelak, masa ibu-bapa telah tua. Saya selalu berpesan pada anak-anak bila sudah bekerja berilah ibu-bapa duit walaupun sedikit walaupun ibu-bapa punya duit sendiri, gembirakanlah hati mereka. Bukan nilai duit dipandang setiap ibu-bapa tetapi nilai ingatan anak buat mereka dan kadangkala duit itu juga akan kembali kepada cucu-cucu.
  • Didik hati anak-anak supaya ada sifat ehsan pada ibu-bapa serta orang di persekitaran mereka.

Perjalanan mereka masih jauh tetapi ingatan-ingatan ini akan mempengaruhi kehidupan masa depan mereka disamping itu jadilah contoh yang baik buat anak-anak. Usah menjadi ketam mendidik anak. Santunilah anak-anak supaya mereka juga akan menyantuni kita sebagai ibu-bapa.



6 Rider Beraksi:

JMR Motorwork

9:44 PG JunAina 11 Comments


Hidup dia penuh cita-cita yang dicapai sedikit demi sedikit atas sokongan keluarga. Hatinya cuma tergoda dengan kerja-kerja bergelumang minyak hitam. Kini dia menghitung sedikit demi sedikit kejayaan. Sedikit berbeza dari budak-budak lain dia memilih untuk mencari 9/10 rezeki yang dijanjikan Allah s.w.t. Maka lahirlah JMR Motorwork dari sebuah angan-angan menjadi kenyataan dan semakin berkembang.





Semangat yang ada pada anak nombor  lima emak memang sedikit berlainan. Mengikuti Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik kemudian menghabiskan peringkat Sijil Teknologi Motorsikal di Giatmara dan seterusnya menongkah arus ke bidang masakan di Kolej Komuniti dicelah kesibuakn menguruskan bengkel motor.  Dua cabang berbeza yang mungkin ada misi kedua yang ingin digapai.






Shahizat Bin Rosle pemilik JMR Motorwork yang terletak di Kampung Pida Dua Sekerat, Jalan Changkat Jawi kini boleh berbangga dengan usahanya. Bermula hanya dari rumah kini dia mampu menjalankan operasi di sebuah bengkel dengan kelengkpan yang sempurna. Cawangan ke dua pula di dalam perancangan dan usaha kearah itu giat dilakukan. Walaupun ianya hanya sebuah perniagaan kecil dengan keazaman yang ada moga perniagaan dia berkembang serta mampu bersaing secara sihat.





Jatuh, bangun perniagaan asam garam kehidupan. Sebelum berjaya pelbagai ujian datang dan pergi kekuatan semangat serta dorongan keluarga membuatkan dia tidak mudah mengaku kalah. Adat Melayu berniaga di kawasan kampung sebelum bermula sudah ada nista dilemparkan, ketika mampu berdiri ada tuba yang dituang namun penyerahan hanya pada Allah s.w.t membuatkan hati dia sentiasa redha dan Allah tidak akan selamanya menguji.





Entri ini di dedikasi khas buat adik tersayang yang membina sedikit demi sedikit kejayaan walaupun pada mulanya kami seakan tidak setuju dengan keputusannya dan akhirnya memberi sokongan penuh pada kerjaya pilihan dia. Suatu hari moga JMR Motorwork akan segah nama-nama besar taikun permotoran di Kedah/Perlis yang selama ini lebih dimonopoli oleh bangsa asing.



Shahizat (kiri) dan Syafiq adik bongsu yang juga mempunyai minat yang sama dengan abangnya, menjadi pembantu walaupun mak mengharapkan untuk adik menyambung pelajaran dan kerja bergaji tetap. Berusahalah demi rezeki selebihnya serah kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.


11 Rider Beraksi:

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Cara

2:55 PTG JunAina 14 Comments

Rezeki datang dalam pelbagai cara bukan hanya dari segi wang ringgit dan harta kekayaan sahaja. Kesihatan yang baik, anak-anak yang menjadi berjaya dididik mengikut acuan kita, pekerjaan tanpa banyak masalah, punyai jiran yang baik-baik dan pelbagai lagi rezeki yang Allah s.w.t berikan secara sedar atau tidak. Bersyukurlah atas setiap nikmat rezeki tersebut yang baik itulah rezeki yang buruk itu peringatan buat kita. Jadilah umat yang sentiasa berlapang dada menerima segala kebaikan mahu pun keburukan.



Alhamdulillah. Allah s.w.t memberi rezeki lagi walaupun ianya bukanlah kenaikan gaji mahu pun bonus, sekurang-kurangnya kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan ketika diperlukan nanti.



14 Rider Beraksi:

MaktokZah

4:52 PTG JunAina 14 Comments



Jalan-jalan keluarga di Taiping, Perak. Mak di kelilingi 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan 1 menantu lelaki dan 1 menantu perempuan dan cucu-cucu. Kakak Hayani selamat balik ke Perlis sudah manakala dua anak Yong tidak ikut ke Majlis perkahwinan sepupu di Perak tetapi nampak mak cukup berpuas hati sehinggakan minta di uruskan cuti-cuti keluarga tahun 2015.


14 Rider Beraksi: