Jalan-Jalan Zoo Taiping

12:11 PTG JunAina 8 Comments

Kisah Disember 2014 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudara di Redang Panjang, Perak. Kebiasaan keluarga besar kami bila ada majlis semua akan berusaha untuk ambil cuti sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis dan balik sehari selepas majlis tapi kali ini saya hanya dapat pergi pada hari kenduri dan esoknya sambung jalan-jalan bersama mak dan adik beradik yang lain. Kami jalan-jalan di Taiping.



Sebelum masuk bergambar beramai-ramai di depan zoo. Enam orang anak mak semua ada cucu 3 orang tak ada.









Kawan adik Syafiq yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami.







Menginjak setahun usia perkahwinan mereka bamun belum di kurniakan rezeki yang ada itulah jadi tempat bermanja angah. Sayang sangat kat ayah dia.



























Penat jalan-jalan di Zoo Taiping kami singgah makan di kedai makan Selera Malam walaupun pergi siang tukang masak sedia untuk memasak buat kami semua. Walaupun bukan tempat mewah semua makan dengan berselera almaklumlah makan tengahari yang lewat.




Mood sedih-sedih sebab dari Taping saya dan adik akan balik ke Kajang manakala mak, yong, angah, adik-adik dan anak saudara akan balik ke Perlis tapi sebelum tu singgah di UiTM Permatang Pauh menghantar anak saudara ke sana. Rupanya depa masih terus jalan-jalan ke Pantai Bersih pulak. Kami menghala ke KL jalan jem teruk tengah malam baru sampai.


Masa-masa begini merenung wajah mak yang semakin banyak kedutnya terlihat satu kepuasan di wajah tuanya bila semua anak-anak dapat berkumpul beriadah bersama, makan bersama. Selagi termampu selagi terdaya kami anak-anak akan cuba membuatkan dia bahagia walaupun sememangnya kami tak akan mampu membalas jasa dia membesarkan kami tanpa ayah.



You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Bahagiakan ibu kita, InsyaAllah anak2 akan membahagiakan kita pula... :)

    BalasPadam
  2. Saya pernah kerja di Taiping lebih kurang 3 tahun. Banyak kali juga ke Zoo Taiping. Paling seronok lawat waktu malam di Night Safari - teduh dan dingin...

    BalasPadam
  3. siapa kata kanak2 saja boleh p zoo kan...
    sesekali bila orang dewasa p....lagi meriah..

    semoga mak aina dikurniakan Allah, kesihatan dan ketenangan bersama anak2 dan cucu yang sentiasa menyayanginya, amiin

    BalasPadam
  4. Taiping tu tempat kenangan saya kak, tempat yg saya Insya Allah mesti akan singgah kalau ke utara.
    Cuma saya tak sure pulak pasal kedai Selera Malam tu, apa speciality dia kak?

    BalasPadam
  5. Dah lama sgt tak jejak zoo taiping... Best lg ke akak? Tengok mcm best jer..

    BalasPadam
  6. Moga mak n ayah kita semua sihat dan kuat selalu hendakNYA.

    BalasPadam
  7. Nasib ada gambo Kak Jilap kat atas tu Aina hihi....
    Puas hati dapat bawak mak jalan yer Aina. Kita semakin tua, mereka apa tah lagi kan....

    BalasPadam
  8. terus terbayang mak....SA x pernah pi zoo taiping....kena masukkan dalam wishlist jugak ni....

    BalasPadam