Cuti Panjang A'Famosa Resort

11:44 PG JunAina 6 Comments


1hb-4hb Mei 2015 cuti umum dan hujung minggu yang agak panjang. Berkira-kira nak jalan-jalan keluar rumah tenangkan fikiran tetapi bila intai-intai tempat yang nak pergi tu kebanyakan hotel dan chalet dah penuh lagipun harga hotel melambung tinggi sehingga 50%-70% dari harga asal. Kos percutian pun akan meningkat. Itu belum ambil kira kesesakkan yang bakal berlaku tetapi bagi yang bekerja inilah masanya nak balik kampung menjengah ibubapa dan keluarga.


Pak Tuan ajak ke Kelantan namun disebabkan dia pergi bersama orang lain anak-anak rasa tak selesa jadi ambik keputusan untuk tidak pergi. Adik pula ajak ke kampung suaminya juga di Kelantan tapi masih berfikir-fikir nak memandu ke Kelantan tu sangat mencabar sebab kalau cuti umum nasib tak baik berbelas jam memandu. Cuti Tahun Baru Cina dah balik kampung kalau dapat nak bawak anak jalan-jalan hilangkan stress akhirnya mak yang stress dok pilih tempat.




Googel sana google, minta idea kawan-kawan di muka buku akhirnya dapat idea untuk bawa mereka jalan-jalan balik hari sahaja. Mula-mula nak bawak pergi main boling dan jalan-jalan makan-makan tetapi mengenangkan mereka sangat seronok semasa pergi ke Lost World Of Tambun dapatlah idea untuk membawa mereka untuk bermain air lagi. Paling dekat A'Famosa Resort selain yang ada di Lembah Klang. Jadi google jumpa pula promosi ni dan anak-anak pun setuju. Lega.


A'Famosa Theme Park tunggu kami datang, perjalanan 2 jam kemudian mandi-mandi sehingga biru lepas tu memandu balik Kajang. Nak buat tempahan bilik pun kebanyakannya sudah penuh dan yang tinggal pun hanya bilik yang mahal harganya. Paling penting anak-anak gembira dan boleh hilangkan tekanan belajar mereka.


Ada ke pilihan lain untuk bermalam di Alor Gajah?



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Kalau dah lewat seminggu lebih menempah memang bilik murah mesti dah kena grab ramai Aina. Maklum cuti yg bersambung macm itu biasalah. Tapi ok jugalah ke A'Farmosa ni. Taklah letih memandu dan bebudak kalau dpt main air mana tak suka..

    BalasPadam
  2. Jauhnya nak mandi Aina....nape tak pergi Taman Desa Water Park je....kan dekat, drive pun tak letih.
    Tulah kan musim cuti cenggini hotel mahal. Rasa sayang pulak rasanya.

    BalasPadam
  3. Bagus gak idea ni....leh kita follow lah....ahakz

    BalasPadam
  4. wah akak,,,dah plan siap2 dah ni..SA je x tau nak pi mana

    BalasPadam
  5. sama la ngan saya tu........... bulan lepas lagi dok kira-kira dalam kepala mana nak gi cuti panjang nih

    BalasPadam
  6. Best kan pergi a famosa.. lagi2 kalau bawak anak.. seronok..

    BalasPadam