Rezeki Berniaga JMR Motorworks

2:25 PTG JunAina 11 Comments


 Mengejar 9/10 dari rezeki yang Allah s.w.t janjikan di dalam perniagaan dia bertungkus lumus membina perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah kemudian bila terkumpul modal dia membina bangunan sendiri di depan rumah mak. Perancangan dia sangat jauh bukan untuk setahun dua tetapi lagi jauh kehadapan. Alhamdulillah JMR Motorworks membuka bengkel membaiki motosikal ke dua di daerah kelahiran Tambun Tulang, Perlis bersebelahan Kolej Komuniti. Kedai yang di sewa tidak sebesar mana namun itulah permulaan untuk lebih berjaya di masa hadapan.


Mac 2014 sebulan pembukaan permulaan sememangnya perniagaan tidaklah memberangsangkan almaklumlah masyarakat masih tidak mengetahui wujudnya bengkel motosikal di situ. Kemudian sedikit modal dikeluarkan untuk cetak 'flyers' yang di masukkan ke dalam motor pelajar Kolej Komuniti. Strategi seterusnya naikkan 'banner' di hadapan kedai. Masuk bulan ke dua alhamdulillah tak menang tangan pula nak melayan pelanggan.


Ruang kedai yang kecil semakin sempit dibuatnya bila bilangan motor mula bertambah. Masuk bulan kedua segalanya perlahan-lahan berubah.








Kami melawat kawasan semasa pulang ke kampung sempena cuti Tahun Tahun Baru Cina pada bulan Febuari yang lalu. Mak, Yong, saya, adik dan Kakak Hayani. Mak nampak gayanya berpuas hati dengan suasana kedai. Sepatutnya kedai yang di sewa adalah lebih luas di pintu sebelah namun mak kurang berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan yang ada jadi terpaksa memilih yang ini walaupun kecik sedikit.


Kami saling menyokong antara satu sama yang lain, seorang kesusahan pasti yang lain akan dengan senang hati membantu selain soal modal juga sokongan moral yang dapat menaikkan semangat dia dalam perniagaan. Sekali-sekala saya akan telefon atau Whatsapp bertanya khabar perniagaan dia, hubungan kami adik beradik sangat rapat walapun kami berlainan bapa. Suatu hari moga cita-cita Shahizat akan menjadi kenyataan membina empayar perniagaan yang gah di Perlis namun tetap menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa bertimbang rasa pada orang di sekelilingnya. Sekarang dialah yang mengambil alih tugasan menjaga mak, menjaga adik Syafiq, menjaga anak-anak Yong yang sudah yatim.

"Ya-Allah bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat dia."




You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Barakallahu fik.
    Semoga segala yg diusahakan semakin bertambah maju.

    BalasPadam
  2. insha Allah, doakan yang baik-baik untuk dia

    BalasPadam
  3. semoga perniagaan adik Jun berjaya dan bertambah maju.Suka dgn semangat anak muda yg begitu.Juga adik beradik yg sama2 membantu.

    BalasPadam
  4. mudah2an semuanya dipermudahkan...amin...

    BalasPadam
  5. rezeki ada dimana2 janganlah kita asyik merungut.... kena usaha..

    BalasPadam
  6. Suka kakak tengok perkembangan businessnya
    Harao-harap bertambah majulah anak bangsa kita kan Aina
    Aina sebagai darah daging apatah lagi kan..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga terus berkembang maju lagi lepas nie... :)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah kak.....sebaik2 rezeki adalah dari berniaga dan halal....moga bisnes akak diberkati Allah taala selalu...dan sentiasa dimurahkan rezeki...in sha Allah kak...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..semoga dpermudahkan..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... semoga terus berkembang bisnesnya...

    BalasPadam