Pertama Kali Guna Agoda

2:58 PTG JunAina 11 Comments


Kebiasaannya sekiranya bercuti ke mana-mana saya lebih suka berurusan terus dengan hotel tempat menginap. Berurusan terus memberi kepuasan, jaminan serta ketenangan hati yang lebih berbanding menempah dari mana-mana pihak ketiga. Bayangkan kita sudah set minda untuk bercuti bergembira bersama keluarga tiba-tiba berhadapan masalah dengan hotel yang telah kita tempah. Menjadi mimpi ngeri pula percutian nanti.


Cuti bersambung pada awal May menjadikan 4 hari cuti bercadang membawa anak-anak ke A'Famosa Resort Water Park di sebabkan banyak hotel telah penuh untuk memudahkan carian saya menggunakan khidmat Agoda.com. Memilih salah sebuah bajet hotel di Alor Gajah sebab sayang hendak menempah hotel yang mahal hanya untuk tidur. Siang bergembira di taman tema kemudian awal pagi esoknya hendak ke Melaka jalan-jalan di sana. Rasa membazir pula.


Selepas 2 minggu tiba-tiba emak berkali-kali mengajak ke Kelantan menziarah besannya, kebetulan adik dan suami akan balik ke kampung di sana. Serba salah dengan permintaan emak, mula-mula masih berkias dengan pelbagai perbelanjaan yang bakal ditanggung tetapi akhirnya saya mengalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Insyaallah ada rezeki lain yang datang bila kita menggembirakan hati seorang ibu.


Merujuk kembali tempahan melalui Agoda.com yang telah saya buat saya agak senang hati kerana sebelumnya telah tertulis pembatalan tiga hari sebelum tarikh tiba adalah percuma. Jadi saya terus ke akaun, pilih butang pembatalan tempahan. Alangkah terkejutnya saya bila dikenakan bayaran sebanyak USD15 (Rm40++) untuk pembatalan sedangkan harga bilik cuma Rm118 semalam. Pengalaman pertama menggunakan khidmat Agoda.com memberi saya satu pandangan yang agak tidak bagus bagi wesite ini.


Lama berfikir, untuk bercuti lagi pada bulan Mei adalah tidak mungkin sebab ketika itu akan sibuk dengan persiapan hari raya pula. Jadi mencuba mengubah tarikh sehingga bulan November akhir tahun nanti sebagai pilihan terbaik. Cuti-cuti akhir tahun dah tak perlu sakit kepala fikirkan dan bajet pun kecil sahaja. Lega emak. Kemudahan meminda tarikh sebegitu memang sangat melegakan hati saya dan akan memberi kemudahan kepada pengguna Agoda.com. Bukan sahaja memudahkan kita memilih hotel sesuai dengan poket tetapi Agoda.com juga memberi diskaun dengan harga yang lebih murah berbanding tempahan terus di hotel.






You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Kak zai memang selalu gunakan khidmat Agoda.com kalau pergi melancong. Ada satu lagi airbnb kalau kak zai tak silap.

    BalasPadam
  2. Saya juga pernah booking hotel melalui Agoda, pernah juga gunakan Booking.com. Biasanya saya tengok yang mana termurah antara keduanya, kadang2 Agoda murah, kadang2 Booking.com murah walaupun untuk hotel yg sama. Tapi sekurang2nya tempahan melalui kedua-dua Agoda dan Booking.com adalah lebih murah dari booking terus dari hotel berkenaan yg akan kenakan caj lebih mahal (berdasarkan pengalaman saya)...

    BalasPadam
  3. Setakat ini guna Agoda tak de masalah..:)

    BalasPadam
  4. Saya mmg biasa guna khidmat Agoda. Even g HK pun saya guna Agoda.
    Dulu dia takde term buleh cancel tu. Skrg baru ada. Kalau cancel mmg kena duit lah kan.
    Pastu tu ari term apa ke ntah. Kena bayar plak dalam beberapa ringgit. Pandai Agoda ni.
    Tapi, kalau ikutkan kadang mmg harga dia lebih murah compared direct dgn hotel.
    Kalau dia ada hantar emel hari Jumaat tu lagi untung. Dapat half price kadang tu. Hihi.

    BalasPadam
  5. ada hikmahnya rancangan bertukar tu jun....
    kak belum berksempatan bawa anak ke a famosa tu..

    BalasPadam
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  7. Makchaq tak pernah lagi guna khidmat Agoda ni.. pernah guna booking.com ja masa nak pi indon dulu. Hotel kat Malaysia selalu bagi diskaun utk kakitangan kerajaan.. jadi dapat la murah sikit dari harga asai tu yg selalu tempah terus dari hotel.

    BalasPadam
  8. belum pernah tempah thru agoda....

    BalasPadam
  9. mmg selalunya booking online lagi murah dari booking direct to hotel...

    BalasPadam
  10. Apapun tindakan Aina utk gembirakan mak sangat kakak hormati.
    Bila lagi nak buat mak gembira kalau tak masa ada hayatnya kan..
    Agoda.com pun dah bagi solutionnya. ok juga tu.

    BalasPadam
  11. kadang2 lagi murah book direct kat hotel berbanding website macam ni. hari tu pegi penang, banyak jugak bole save bila book direct

    BalasPadam