Tukar Pemegang Pintu Saga BLM 1st Edition

12:14 PTG JunAina 11 Comments


Sudah sampai masa agaknya pemegang pintu kereta ini, mula-mula pemegang pintu bahagian pemandu reput dua hari lepas tu bahagian penumpang pulak patah ganas sungguh siapa yang tarik pemegang pintu tu. Terpaksa bawak ke kedai juga gamaknya sebab nak jalan-jalan Kelantan takkan nak bawa kereta dalam keadaan macam tu, lagi pun tali pinggang keledar pun dah tak boleh digunakan 'roller' bahagian dalam sudah tak berfungsi, hon kereta pun sudah lama senyap. Jadi package baiki kereta sebelum bercuti. Kata suami sudah sampai edah kena tukar baru, tahun ini sudah tahun kelapan berkodmat untuk kami sekeluarga tanpa ada masalah besar


Pintu bahagian penumpang.



Pintu bahagian pemandu.



Gigih budak tu buka hon kereta yang sudah tidak berfungsi, tukar baru masih tak berbunyi akhirnya terpaksa tukar tapak setereng sebab ada wayar putus di situ. Dulu pandai sangat nak tukar setereng kecik sikit inilah kesannya. Rupanya hon yang baru ini satu set ada dua ketul berbanding yang asal cuma satu lepas ni kena hati-hati gunakan hon sebab kalau hon orang sakit jantung boleh rebah dibuatnya. Kuat bunyinya!



Teknik gantikan pemegang pintu sebenarnya selepas tengok You-Tube saya sangat yakin untuk menukar sendiri pemegang pintu tersebut tetapi suami pula membantah dengan alasan banyak lagi benda lain nak diperiksa sebelum berjalan jauh.



Esoknya masa bawak kereta baru perasan setereng kereta lopong nampak semua wayar-wayar kat dalam. Haihhh...masa bawak balik tak pulak nampak. Penyudahnya tunggulah balik dari Kelantan baru bawak semula ke kedai.


Jumlah keseluruhan Rm175.50 telah dibayar. Pemegang pintu Rm28 satu jumlah Rm56, hon kereta Rm60, lambang proton bahagian depan Rm15 (lambang asal jatuh semasa satu kotak melayang dari sebuah Hilux dilebuhraya nasib baik tak kena cermin depan), tapak setereng Rm35, klip tali pinggang Rm9.50. Masalah tali pingggang belum selesai hanya letak klip buat sementara waktu sebab untuk menggantikannya ambik masa dan kos yang lebih sedikit.


Bila ada kereta duit kena asingkan sedikit setiap bulan untuk kos menyelenggara kereta membaiki mana yang perlu juga paling penting penyelenggaraan berkala termasuk juga kos insurans dan cukai jalan. Sibuk kereta dibaiki mata melilau melihat cukai jalan yang kononnya tamat pada 30hb April, akhirnya tepuk dahi sendiri. Rupanya cukai jalan tamat tempoh pada 10hb April lagi sudah 2 minggu berlalu. Mujurlah dalam masa tersebut tidak terjadi perkara buruk kalau tak menangis!


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. bnyak tukar tu kak.... berpatutan lah dengan harga nya....

    BalasPadam
  2. Saya baru nak service.. lepas settle ni baru boleh jalan jauh..
    Moga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNYA.

    BalasPadam
  3. banyaknya nak kena tukar akak.. bertabah jer la yer.. mtk tukar baru la tue..hehehe

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti June.
    Semoga selamat di perjalanan.. sambil2 tu.. buat tak nampak jer la dulu segala wayar yang berselirat tu..

    BalasPadam
  5. sy dah alami, keta dah nak abis bayar macam2 hal berlaku
    mula dgn ekon x sejuk
    pastu pemegang pintu tercabut
    seat x boleh adjust
    bertabah lah

    BalasPadam
  6. saya dapat bayangkan bunyi hon yang kuat tu...huhu...

    BalasPadam
  7. hahaha samala kita. handle pintu BLM 1st edition saya pun dah mereput. Kebetulan warna kereta kita pun sama. Setuju dengan puan. Alhamdulillah kereta ni kurang kerosakan besar. Minor problem pada accessories aje. Yang lain-lain masih berfungsi dengan baik walaupun dah nak masuk 8 tahun :)

    BalasPadam
  8. bela kereta mcm tulh kan...terpaksa melabur utk ubatkan ia...moga percutian akak berjalan lancar.

    BalasPadam
  9. kena ganti tapi bukan masalah yg kronik ok lah tu Aina.. akak ni ada 2 yg tgh sakit sembelit tu.. fening pala..

    BalasPadam
  10. betoi kalau dah ada kete tu memang kena asingkan untuk selenggara...
    jangan reti pakaijerkan...

    BalasPadam