Selidiki Polisi Insurans

11:37 PG JunAina 7 Comments


Kemudahan insuran sangat membantu di kala mengalami masalah kesihatan jadi kita memilih menimbang satu antara syarikat yang banyak tiba-tiba apa yang kita dapat tak seindah khabar yang di bawa. Silap kita sebab tidak membelek detail segala yang diterangkan, agen insuran lepas tangan dengan alasan itu adalah polisi yang telah kita ambil. Kita terpaksa tanggung bayaran klausa tertentu yang tidak termaktub di dalam polisi. Jadi apa guna kita mengambil perlindungan insuran? Lebih baik apabila berlaku kecemasan kita terus sahaja ke hospital kerajaan yang walaupun perkhidmatan yang diwar-warkan tidak sebaik mana namun berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan.


Saya biasanya hanya menggunakan insuran yang disediakan pihak syarikat, ini kali pertama menggunakan kad di hospital melalui kaunter bahagian Kemalangan & Kecemasan sebelum ini saya bawa suami ke bahagian Kemalangan & Kecemasan dengan surat rujukan dari klinik biasa tetapi tidak timbul sebarang masalah dan segalanya ditanggung pihak insuran. Kali ini kecemasan berlaku di rumah bila anak saya kejang terus di bawa anak ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan KPJ Kajang. Di takdirkan Pakar Neurologi bercuti panjang jadi terpaksa dirujuk ke KPJ Ampang Puteri. Pembayaran rawatan kecemasan yang di kategori sebagai 'pesakit luar' adalah secara 'pay and claim' di mana saya bayar kemudian buat tuntutan dengan syarikat insuran.


Jumlah pembayaran yang perlu di buat Rm661.75 untuk rawatan pesakit luar yang diberi termasuk ujian darah, tambah air, ECG dan bayaran pegawai perubatan. Selepas tiga minggu menghantar tuntutan bayaran saya telefon pihak ketiga yang menguruskan hal tersebut iaitu MediExpress. Dari jumlah keseluruhan saya hanya di bayar Rm347.50 sebab ini kali pertama saya agak terkejut dan meminta perincian yang tidak di bayar.

Rm   6.35        - Farmasi
Rm 137.00      - Nursing
Rm   98.00      - Medical Equipment
Rm   35.00      - Medical Officer 


Kebanyakan insuran memang mengenakan syarat yang hampir sama kerana seorang kawan pengsan di pejabat dan kemudian dirujuk ke Prince Court tetapi tidak dapat masuk wad kerana hospital penuh juga mengalami nasib yang sama lebih malang dia langsung tidak dapat membuat apa-apa tuntutan sama ada menggunakan insuran pejabat mahupun insuran peribadi. Ikut logik kalau ke hospital mestilah nurse yang buat kerja, perlu peralatan-peralatan seperti jarum dan sebagainya, doktor hanya pantau dan kita juga tidak pasti yang melayan kita itu doktor atau 'medical officer'. Bila berlaku kecemasan kita tidak memikir lagi sekeliling kecuali orang yang kita sayang selamat. Perlukah lagi surat rujukan dari klinik biasa untuk dibawa ke hospital?


Saya tidak kisah mengeluarkan duit demi kebaikan orang yang saya sayang tetapi bagi saya terlalu banyak janji manis yang diberi oleh agen-agen insuran yang akhirnya pengguna merasa seperti tertipu. Kami diberi taklimat oleh pihak insuran di akhiri dengan soal jawab dan bagi saya masih juga tidak jelas dengan kalusa-kalusa tertentu dalam polisi contohnya seperti di atas. Bila membuat tuntutan ada pulak pelbagai perkara yang kita tidak boleh tuntut dan kita tidak diberitahu. Saya lebih senang dengan insuran syarikat lama walapun perlu membayar deposit kemasukan ke hospital sebanyak Rm500 serta di kenakan 'co payment' sebanyak 10% tetapi semua itu kakitangan boleh tuntut kembali dengan syarikat melaui bayaran perubatan sebanyak Rm3000 setahun. Bila berjumpa dengan pakar tidak perlu surat rujukan hanya 'walk in' dan akan dibayar selagi bil dikeluarkan oleh klinik mahupun hospital. Barang yang lepas jangan di kenang.


Insuran baru ini berkuat-kuasa pada bulan Febuari 2015, saya masih menunggu bayaran tuntutan perubatan. Tidak banyak yang mampu kakitangan buat kecuali bersabar sehingga polisi ini tamat tahun hadapan. Bagi saya syarikat perlu lebih perihatin dengan kebajikan kakitangan kerana kemudahan insuran adalah untuk menyenangkan bukan menyusahkan. Ditakdirkan saya tida duit sebanyak itu untuk membayar apa akan jadi?




You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Salam. Hee bengan kan mak kalo takleh tuntut insuran ni ;(

    BalasPadam
  2. Pehhh....saya baru berjinak2 dgn insurans ni....

    BalasPadam
  3. adik kak kena denggi dan admitted ward sebuah hospital swasta di nilai. 2 hari lepas tu dapat tau insuran dia tak cover denggi dan kena kuar. geram sangat...2 hari dalam ward kena bayar sendiri. kak pun risau juga. dok tanya juga agen

    BalasPadam
  4. thanks for sharing Aina.. berfaedah..

    BalasPadam
  5. Salam..ya betul tu..memang kita kena baca dan tau apa yang ada dalam policy kita. bila apply personal insurans pastikan ejen kita tu betul2 explain apa yg cover dan apa yg xcover untuk kemudahan dikemudian hari.

    BalasPadam
  6. mak aih.. kes emergency kot kak.. company insurans kan mmg sangat teruk.. dah la policy dia ayat berbelit susah nak paham..

    so far kami bawak anak2 kes emergency kat hospital takde pulak yg partially paid.. alhamdulillah semua diorang bayar..tapi takut jugak jadi kes macam ni.. mmg tak boleh buat apa.. pasrah je la jawabnya kalau kena..

    BalasPadam
  7. benar .. banyaj janji manismu... time promot - itu ini ditanggung!.. time claim.. tuntutan anda tak layak..

    BalasPadam