Tercabarnya Taat Isteri

5:22 PTG JunAina 4 Comments


'Suami dan anak tersepit seorang ibu ditengah memendam rasa. Menangkan suami si anak kecik hati memangkan anak suami pula semakin menjadi-jadi amarahnya segalanya mendera rasa. Di telan mati emak di luah mati bapa pengakhirannya stress sendiri.'


Itulah delima seorang ibu yang berkahwin kembali setelah terjadinya perpisahan.


Taat pada suami atau menjaga hati anak-anak sendiri.


Patutkah hadirnya suami sehinggakan kita meminggirkan hati dan perasaan anak-anak sendiri, membiarkan hati ibu, adik beradik di guris luka oleh orang yang baru hadir di dalam hidup sedangkan ibu dari kecil menyuap makan, adik beradik pernah bersama mengikat perut ketika susah. Pengalaman itu mudahkah dibuang demi orang yang baru hadir dalam hidup?


Syurga isteri di bawah tapak kaki suami tetapi suami juga perlu memahami serta bertolak ansur kepada mereka yang telah lama hadir dalam hidup seorang isteri selagi kehadiran mereka tidak memudaratkan.


Bimbang. Sehingga suatu ketika hati isteri sudah tidak mampu membendung rasa maka segalanya akan tercabar.


Fikir-fikirkanlah.




You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Setiap sesuatu tu ujian dan dugaan untuk kita.. lain orang lain pulak dugaannya, sebab Allah tau apa yang mampu kita hadapi.... semoga sesiapa yang diduga tabah dan semuanya berakhir dengan kebahagiaan..

    BalasPadam
  2. Walau apa pun terjadi, pastikan anak-anak rasa mereka nombor satu dlm hati ibu. Jangan sampai mereka rasa terpinggir sebab anak-anak belum matang lagi. Pada si ayah kalau boleh beritahu dia, biar ibu je yang handle hal anak-anak terutama bab sensitif. Itu yang CM dan hubby buat dlm hal Farhan.

    BalasPadam
  3. Memang susah kan nak buat pilihan.... ibu ayah adik beradik anak tiada ganti.... suami memang boleh dicari ganti... tapi dah termaktub syurga isteri di bawah tapak kaki suami (mkin sesuai pada suami yg tahu laksanakan dan sedar akan tanggungjawab pada keluarga). Tetapi hukum tetap hukum yang tidak boleh diambil mudah...

    BalasPadam
  4. Aina
    Kisah seorg isteri ni tak pernah2 habis kan?
    Kalau tak tercabar bahagian ini.. Bahagian sana pula.. Tak sana situ...
    Sebab tula PRamlee buat lagu
    Sedangkan Lidah lagi tergigit
    Ini pula suami isteri
    Masa kecik dengar lagu tu mmg tak faham
    Dah jadi seorg isteri baru tahu tanggung jawap itu sungguh besar.
    Tak kena kat sana.. Kena kat sini...
    Banyak2kan beristighfar dan bersabar...
    ALLAH Bagi ganjarannya Syurga.

    BalasPadam