Voluntary Separation Scheme Tetapi Terpaksa
Ramai yang kehilangan kerja sejak akhir-akhir ini bukan sahaja bidang saya bekerja iaitu Oil & Gas namun bidang-bidang lain juga, ada kilang yang ditutup, bank-bank juga mengurangkan pekerja. Cuma yang tak terjejas dari segi pembuangan ini adalah bagi pekerja kerajaan yang tetap tetapi bagi pekerja kontrak tetap akan terjejas.
Sukarela tetapi sebenarnya kami di paksa secara rasmi dan terhormat. Hari ini hari terakhir bekerja tetapi barang-barang masih belum masukkan ke dalam kotak. File-file drawing masih di atas meja seperti esok akan masih ada di sini sedangkan kawan-kawan yang lain telah membawa balik barang-barang peribadi masing-masing.
Hari terakhir saya tetap tersenyum dan full of energy. Pakai cantik-cantik sebab pasti ada sesi bergambar sana-sini, sesi gelak-gelak sampai petang walaupun ada yang sibuk menguruskan hal berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Saya tetap sayang dia sebab dia bos paling baik pernah saya jumpa, dari support urusan kerja sehinggalah bab-bab urusan keluarga terutama anak-anak. Selepas saya di berhentikan di syarikat lama dia bawa saya masuk ke sini. Insyaallah masih berharap agar dia masih sudi menelefon saya dan menawarkan kerja pada masa hadapan.
Sedih? Tipu kalau tak ada rasa itu kat hati namun saya tetap memandang semua yang terjadi secara positif. Allah telah mengatur sebaik mungkin buat setiap hambanya mungkin inilah masa yang Dia beri untuk saya tumpukan lebih perhatian kepada anak-anak buat sementara waktu. Insyaallah Dia akan beri yang lebih baik untuk saya di masa akan datang. No body knows tiba-tiba esok ada yang call dan tawarkan kerja.
18 Rider Beraksi: