Ganjaran Pinjaman ASB

1:05 PTG JunAina 29 Comments

Tahun lepas akhir tahun lebih kurang saya membuat pinjaman untuk membeli sebuah rumah yang mungkin lebih selesa untuk keluarga kecil kami. Semuanya berjalan dengan lancar kerana saya mempunyai sejarah yang baik dengan pihak bank dan semua urusan keluar masuk serta pembayaran sebelum ini sangat teratur. Pihak bank telah memberi kepercayaan memberi pinjaman kepada saya. 


Sebaik sahaja pinjaman saya lulus pegawai bank telefon dan beritahu juga mempromosi 'Pinjaman ASB'. Katanya kalau dia boleh beli ASB mungkin dia akan ambik semaksimum mungkin dan macam-macam lagilah (almaklumlah nak promote). Sebelum itu pun semasa mengisi borang pinjaman perumahan dia sudah buat pengiraan tetapi saya masih mengelak. Kali ini saya termakan pujuk pula, almaklumlah saya seorang yang sangat lembut hatinya. Mudah sangat kesiankan orang (sebenarnya saya rasa terhutang budi atas kesungguhan dia mempermudah dan mempercepatkan urusan pinjaman saya). Saya setuju dengan jumlah yang dikira sebelum ini. Bayaran pun tidaklah banyak setiap bulan. Lagipun sekiranya di tolak dividen setiap tahun saya hanya perlu menambah sedikit sahaja untuk pembayaran lengkap setahun.


Tiga minggu lepas ada seorang perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai wakil pihak bank memberitahu saya terpilih untuk memenangi hadiah Rm1k dari pihak bank sempena promosi 'Pinjaman ASB' yang saya buat tahun lepas. Saya tidak terkejut sebaliknya menganggap itu hanyalah panggilan seorang penipu. Suara saya hanya mendatar sehinggakan dia minta nombor akaun pun saya tak bagi dengan alasan ada dalam telefon bimbit yang sedang saya guna. Akhirnya dia kata akan check system bank untuk cari nombor akaun saya. Dia bagi nama dan nombor telefon dan minta hubungi sekiranya dalam masa sebulan duit tidak di masukkan. 


Sehinggalah pagi 19hb Julai saya terkejut, akaun bank saya telah meningkat Rm1k. Sibuk login ke akaun ternyata ada transaksi berbunyi 'Credit Advice' yang bermakna duit itu telah di masukkan oleh pihak bank sendiri. Tiba-tiba saya rasa bersalah pada perempuan yang telefon saya dulu kerana melayan dia secara sambil lewa.


Mencari di dalam internet saya terjumpa link ini. Tiba-tiba terasa kalau dapat hadiah 2nd prize tu pun best jugakkan. Haihhh... Apa pun alhamdulillah. Raya tahun ini tak ada bonus jadinya inilah rezeki anak-anak saya, rezeki kanak-kanak dan orang tua yang bakal terima duit raya dari saya. Jadinya tahun ini tiada pengurangan budget sebab Allah s.w.t dah merancang yang terbaik buat saya.


Terima kasih CIMB. Walaupun hanya Rm1k saya tetap senyum-senyum sepanjang hari.



You Might Also Like

29 ulasan:

  1. sekarang byk kes tipukan aina..kita pun kene berhati2...takut kene tipu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Ain risau sebab tu layan tak layan ja sekali betullah pulak...

      Padam
  2. RM1K? Sapa nak bagi free free jer? Memang rezeki Aina sekeluarga ler tuh. Semoga raya kali ini dapat menambah baju raya dan lauk pauk. Hahahaha ada orang nak mai. hikhikhik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju raya cukup lah tu Kak Azie mungkin simpanlah kot tarik sikit utk masak rendang ayam ektra ahahaa...

      Sapa tu...sapa nak maiiii...

      Padam
  3. sapa nak bg 1K tu..bes tuh....kira duit raya lah tu.. :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Mesti akak yang tepon tu pelik, pasai apalah cik kak ni tak terujapun terima 1K hu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaaaa...habis main2 call gitu jakan. Bagi surat ke boleh la caya.

      Padam
  5. wah best tu kak..btw TAHNIAH3!

    BalasPadam
  6. Kalau simpan banyak2 dalam ASB dapat ganjaran tu memang best

    BalasPadam
  7. tahniah, beraya dgn bergaya la tahun ni...hehehe

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. rezeki tambahan :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..rezeki tu kak..

    BalasPadam
  10. Hanya Rm1k ?? Kalau gaji cikgu cam saya....dah banyak tu,,,
    Rezeki syawal dari keberkatan ramadan...

    BalasPadam
  11. Che Mid ikut senyum-senyum baca ni.. tapi setuju sgt utk berhati-hati dgn caller yang tanya ttg akaun bank.. berjaga-jaga kan.. kalau dah rezeki tak kemana

    BalasPadam
  12. wow!!!! rezeki begolek2 terus masuk akaun tuuu.... best wooo... alhamdulillah

    BalasPadam
  13. kalau dah tertulis rezeki yer !

    BalasPadam
  14. Kakak rasa dia pun faham AIna sebab sekarang ramai yg menyamar mana boleh sesuka bagi nombor a/c atau apa juga yg P&C just through the line - memang bahaya. Baik tak bagi pun tak apa sebab kalau betul dia boleh trace sebenarnya.

    BalasPadam
  15. bukan senang org nk bagi RM 1K kat kita kan? duit trpijak.rezki raya.alhamdullillah

    BalasPadam
  16. alhamdullilah....rezeki raya tu..duit rayaaaa..:)

    BalasPadam
  17. Sikit ke banyak, tetap rezeki. Kalau saya pun memang senyum lebar memanjang bila dapat duit, tak kiralah berapa jumlahnya!

    BalasPadam
  18. hati-hati..
    sekejapan je 1k tu boleh abis musim-musim sekarang ni..

    BalasPadam
  19. Itulah kadang kadangkan JA...benda betul pun kita rasa tak betul hehe
    Rezeki dah masuk apa lagi kita enjoy le! hehe

    BalasPadam