Pakistan Mendominasi Jalan TAR
Kalau dulu-dulu sebut sahaja Jalan TAR pasti kita membayangkan sebatang jalan yang di penuhi peniaga Melayu kerana barang-barang yang dijual di situ lebih kepada barangan keperluan orang Melayu selain supermarket yang ada. Syurga membeli belah buat wanita. Berjalan sepanjang laluan tersebut mata menjadi rambang dengan segala yang terhidang terutama kain pasang, pelbagai tudung, telekung, kain batik, kain pelikat, jubah serta keperluan lain.
Hakikatnya kini walaupun pemandangan yang sama kita lalui tetapi kehadiran mereka sedikit mengubah persepsi kita kini. Jalan TAR di dominasi oleh peniaga-peniaga luar terutamanya Paksitan. Dulu mereka hanya menjual karpet dan kain menggunakan motosikal dari rumah ke rumah tetapi kini mereka punya perniagaan sendiri.
Menjadi tandatanya adakah terlalu longgar undang-undang negara kita sehinggakan mereka yang bukan rakyat Malaysia berniaga tanpa ada sekatan malahan telah mendominasi perniagaan di kawasan tersebut dan mula membunuh satu-persatu usahawan Melayu. Kita bukan tidak berdaya-saing tetapi kita kalah dek kekuatan mereka menyokong bangsa sendiri di tempat kita sedangkan peniaga Melayu masih ramai yang mengekalkan sifat PHD. Adakah mereka layak mendapat lesen perniagaan? Atau ada antara rakyat kita sendiri mengambil jalan mudah mendapat duit mencalar maruah dengan menyewa lesen kepada mereka?
Dewan bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya membuka mata dengan lebih luas dengan isu ini. Jangan hanya sibuk hendak menyaman kenderaan yang diletak di bahu jalan. Gunkanlah 'kanta' untuk melihat peniaga-peniaga di sepanjang Jalan TAR. Bangunan pentadbiran DBKL hanya terletak sepelaung dari situ jadi tiada alasan untuk 'orang-orang besar' tidak ambik tahu. Jangan hanya duduk baca akhbar di dalam kereta yang di pandu pemandu kemudian turun di depan pejabat dan masuk ke bangunan pejabat sejuk ber hawa dingin tanpa mahu menoleh sekeliling!
Betul tu Aina
BalasPadamMmg jln TAR ramai bangsa asing...
Rasa sedih juga
kes macam ni kadang2 orang melayu sendiri jadi ali baba.. pakistan tu sewa dari melayu jugak.. silap2 lesen atas nama melayu tu jugak.. orang kita suka meniaga benda mudah.. tapi bengong..
BalasPadamsy pening dgn bau kalu ke situ!
BalasPadamp/s terima kasih kak..saya da msk kn daa... ;-)
hadiah thn dpn ek
Kat mana-mana pun banyak pendatang aje kak dari locals. Wonder jugak mana locals ni semua pergi eh?
BalasPadamkalau masa public holiday terasa macam little pakistan dah....tak rasa macam malaysia. Berlonggok semua muka pakistan dan bangladesh keluar.
BalasPadamTepat kakak ni Aina pun samalah. Macam mana-mana tempat menjual kalau macam pasar dan pasar malam lebih ramai warga asing berbanding warga M'sia. Tak tahu macam mana mereka boleh dpt lesen..
BalasPadamLama dah x kejln Tar....sepuluh thn lepas pun dah ramai warga asing kak....skrng ni ...mkin betambah tambah la gaknya...
BalasPadam...mungkin ada Abang Kawasan yg dibela oleh mereka... @Nilai3 pon sama hakikatnya
BalasPadamMasalahnya datang mesti dari peniaga bangsa kita juga, takmau berniaga, lesen dipajak kat org lain, PHD pun mesti salah satu punca..so kenalpasti punca, baru boleh cari jalan penyelesaian..ini pendapat saya la kak hehe...
BalasPadamItulah realiti kita, Melayu...
BalasPadamLama kelamaan,terpinggir di negara sendiri..
Mula2 terpinggir sebab Cina makin maju...
Lepas tu, dgn Pakistan kita kalah..
Nun di Bukit Bintang, dah keluar front page Metro kalau tak silap, pak arab jadi gangster kat situ...pelacuran guna wanita timur tengah..
Selain malas bekerja, kurang daya tahan,..
Kita Melayu (bukan semua)..
Jual bangsa sendiri...
Ambik rasuah..
Jual lesen..
orang depa bukan mendominasi Jln TAR saja aina, kat SP ni berlambak kedai mereka. la ni bukan jual carpet dan baju tapi perabot juga.
BalasPadamsetuju ngan Daddy Ziyyad....belum tgok kat nilai 3...
BalasPadamdah lama xshopping kat sana....
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamsaya baru balik drp Bukit Tinggi, Indon
mereka tetap beli barangan drp peniaga tempatan, walau pun mahal sedikit
akibatnya peniaga bangsa lain tidak bertapak sehingga sekarang
serius cakap dah lama KA x menjelajah Jalan TAR ni sbb kdg2 rasa macam dah pg overseas je rupa dier !
BalasPadamLama dah tak pegi Jalan TAR JA ......apa kabo sekarang agaknya....
BalasPadamBetul manaana ada org asing tak kiralah pakistan ke apa....
Adoi pening kalau pegi situ. Penuh ngan dorang je.
BalasPadam