Kuning dan Kontang

10:37 PG JunAina 4 Comments


sawah nan kontang
Sayup mata memandang.
Sepurnama yang lalu dataran ini menghijau.
Lalu berisi mula menunduk.
Di terik mentari mula menguning sarat bersama hasilnya.
Itulah titik peluh kudrat empat kerat petani.

*Tika ini padi sudah habis di tuai. Jerami-jerami sudah dibakar. Inilah hasilnya. Tunggul padi masih kuning tetapi jerami sudah hitam dimamah api.


4 Rider Beraksi:

Mentari Yang Malu

8:22 PG JunAina 12 Comments


mendung pagi
Suasana di depan rumah mak.
Dari Perlis terus nampak bukit-bukau di Kedah.
Matahari yang malu.
Masih bersembunyi di sebalik awan.
Mendung yang bakal membawa hujan.
Rahmat pagi pesawah yang tanahnya semakin kontang.
Dingin pagi menyentap jiwa.

*Terasa ingin kembali terus beradu. Menarik selimut tebal memanaskan badan. Terasa rugi andai masa itu terus digunakan pada tidak perlu bukankah ingin melepas rindu pada kampung halaman. Rasanya nikmat menghirup udara kampung melebihi nikmat tidur ditika ini.

12 Rider Beraksi:

Hari Raya - Rumah Kecil Di Tepi Sawah

2:37 PTG JunAina 5 Comments

Saban tahun sejak 37 tahun yang lalu di sinilah Jun berhari raya, tidak pernah sekalipun tanah kelahiran ini ditinggalkan di pagi raya. Setiap tahun juga Masjid Padang Besar, Changkat Jawi menjadi destinasi pertama di pagi 1 Syawal. Tangan ibu tetap menjadi tangan pertama yang di kucup. Redza.

Tahun ini tiada istilah sedondon buat kami sekeluarga. Abang memilih baju Melayu berwarna biru, adik berwarna merah, kakak pula baju kurung berwarna pink dan mama hanya menggunakan dress ala-ala jubah berwarna krim yang ditempah semasa dinner sebagai baju di hari pertama beraya atas permintaan Pak Tuan. Raya tahun ini kami bertemakan 1 Malaysia.

 Gambar terbaik hari raya kali ini. Jun dan anak-anak, emak dan adik lelaki Shahizat dan Syafiq. Terselit kat situ anak buah Aiman. Tiada dalam gambar teruna pemalu mak iaitu Angah, Yong serta anak-anak dan adik perempuan yang beraya di Kelantan di sebelah suaminya.

Di sinilah kami beraya. Rumah kecil mak tempat kami di besarkan setelah pemergian abah tercinta puluhan tahun dahulu. Dari bertiang dan bertangga sehinggalah kini menjadi rumah bawah sepenuhnya. Sebenarnya kat depan tu di jadikan bengkel membaiki motorsikal oleh adik-adik sehingga sebahagian ruang dapor mak telah menjadi store barangan spare part mereka.

Sepupu termuda berusia tiga tahun Fatin Umairah atau nama timbangannya Merah so sweet.

 Mak cik Yati dan suami adik mak Norhayat Senapi berkahwin dengan saudara sebelah arwah bapa yang sepatutnya kami panggil Tok Njang. Gambar beraya di rumah mak, semua lepak kat meja di luar sahaja.

Mak menakan dan pak menakan kesayangan Rosnani Senapi dan Othman Ali. Kami berdua sama tanah kelahiran tetap menjadi tempat raya pertama sejak dilahirkan sehingga kini.

Di rumah tok (sebelah rumah mak je pun). Tiga anak perempuan tok. Bertudung tu mak menakan Ajalilah Senapi yang tinggal di Felda Chemomoi, Triang, Pahang.

 Hari raya kedua menzirah pak menakan mak yang Jun panggil Tok Su Li di Yan Kechil, Kedah mereka balik beraya di kampung satu lagi rumah mereka di Guar Chempedak. Konon ikut jalan kampung tak jem akhirnya dekat dua jam baru sampai.

Baju kuning isteri kepada tok menakan Tok Su Siti bersama anak-anaknya. Selain dihidangkan ketupat palas dan kari daging Tok Su Siti juga bertungkus lumus memask nasi untuk kami semua.

 Kakak sulong bersama anak perempuannya Nursyamimi dan anak lelaki Jun Iqbal Hadi.

 Kunjungan seorang teman sepejabat di tanah kelahiran. Sama-sama satu department.

Teman tapi mesra. Penasihat yang tidak pernah memberi nasihat negatif dalam segala hal. Banyak membantu sekiranya berhadapan masalah di Perlis. Ketua Biro Bernama Perlis Encik Adnan Jahaya turut singgah ke rumah yang kebetulan melalui kampung atas urusan kerja.

Cuti kali ini lebih banyak berada di rumah. Menemani mak yang kurang bersemangat untuk beraya bila salah seorang anaknya tidak dapat beraya bersama atau mungkin jugak sedikit keletihan menghadapi Ramadhan dengan usia emasnya sekarang. Hanya memenuhi undangan rumah terbuka sudara terdekat. Menziarah adik beradik. Acara jalan-jalan ke rumah saudara sebelah arwah abah juga tiada tahun ini kecuali ke rumah arwah abangnya yang bersebelahan dengan masjid.

Tetap bersyukur dengan rahmatmu Ya-Allah. Masih di beri nafas serta kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal. Moga-moga masih ada umur untuk menyambut Ramadhan seterusnya.

5 Rider Beraksi:

Bila Cinta Mula Berputik

12:40 PTG JunAina 9 Comments

Cerita raya simpan dulu coz gambar belum lagi dimuat turun. Hari ini nak bercerita tentang seseorang. Seseorang yang membuka pintu hatinya hanya untukku. Pelik. Takut pun ya jugak.

Agaknya dia menjadi pemerhati setiap kali Jun parking motor kerana sejak Pak Tuan bersara memang setiap hari merempit sendirian. Suatu hari dia menegur. Bekerja di bangunan yang sama. Menjawab dengan seadanya. Kali kedua selepas berminggu-minggu dia bertanya nama.

Kali ketiga. Kebetulan sama-sama berjalan ke lif. Berborak ala kadar. Sempat lagi dia bertanya tentang suami. Agaknya dia ingat single mother kot coz tiap-tiap hari sendirian. Ikhlas bagi tahu suami sudah bersara. Kali keempat ajak pergi lunch, menolak dengan cara baik. Kali kelima minta nombor handphone Jun jadi serba salah. Di depan orang ramai. Di sebabkan terkejut Jun bagi jugak. Kesilapan terbesar.

Sekarang. Tiap-tiap hari ada sahaja sms. Jun memang tak layan.
Pagi ini : Hati-hati bawak moto hari hujan.

Jun tidaklah cerewet memilih kawan, tidak juga memilih jantina selagi masing-masing tahu apa batasnya berkawan. Selagi ia tidak menimbulkan fitnah, merosakkan rumahtangga sehingga memudaratkan rasanya tiada salahnya berkawan. Sekurang-kurangnya semasa kita susah ada yang hendak menolong.

Kali ini terasa seperti janggal sangat. Banyak perkara yang lebih kepada negatif berbanding positif. Di layan kasar takut pula terjadi perkara buruk. Terbayang pulak kisah-kisah yang selalu dipaparkan di akhbar. Bila dilayan seadanya sudah lain pula ceritanya.

Entah apa yang dipandang. Pandang di cermin Jun tidaklah cantik. Tidak juga berkereta besar. Berpangkat besar atau bergaji besar jauh sekali. Kadang-kadang jadi tertanya-tanya pada diri sendiri.

Cinta Yang Berputik Di Hatiku Buatnya...Kukuh...Utuh... Sebaik mana kamu, sekacak mana kamu atau sebanyak mana juga duit kamu dia tetap bertakhta di hati ini di tempat paling teratas.


9 Rider Beraksi:

Kasihnya Anak - Ibadah Bukan Tanggungjawab.

11:07 PG JunAina 12 Comments

Hari ini menginjak 27hb Ramadhan 1433. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghayati keberkatan Ramadhan yang barokah ini. Sama-samalah kita menguatkan keimanan menghadapi Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi.

Sebilangan besar kita mungkin sibuk membuat persiapan hari raya. Kesibukan itu juga di harap tidak membataskan waktu kita terhadap amalan-amalan kita. Kebanyakan surau dan masjid semakin lenggang sejak seminggu lepas. Banyak saf telah berkurangan. Sehari dua ini lebih-lebih lagi kerana telah ramai yang pulang ke kampung. Berbeza di Mekah, 10 malam terakhir bagaikan pesta di sana. Harap suatu hari nanti kita dapat sama-sama meraikan 10 malam terakhir di sana.

Biasa kita dengar kasihnya ibu tiada tandingnya. Pengorbanan mereka tak mampu di bayar. Bukan nilainya emas permata dan wang ringgit. Kasihnya ibu sehingga keliang lahad. Hari  ini Jun ingin berkongsi cerita, bermuhasabah diri. Kisah ini moga menjadi pedoman kepada kita. Kisah seorang anak, kisah tanggunjawab yang menjadi ibadah.

Sejiran. Mula bersara akhir tahun lepas. Punya ibu yang kurang upaya. Lumpuh sejak melahirkan adik perempuan bongsu yang kini berusia lebih 30 tahun. Dulu duduk di kampung bersama adik lelaki yang bujang terlajak, sudah berusia 50 tahun. Tidak berkahwin selepas kecewa dalam percintaan. Setianya. Sejak 3 tahun kebelakangan duduk bersama mereka kerana uzur. Lagipun apa yang nak diharapkan sangat pada anak lelaki yang menjaga. Duduklah dia bersama anak dan menantu perempuan dan enggan ke rumah anak perempuannya sendiri. Katanya dia lebih selesa di jaga menantunya. Subhanallah.

Akhir tahun lepas satu lagi bebanan terpaksa ditanggung. Adik lelakinya terbabit dalam kemalangan. Fizikal tiada masalah tetapi kemalangan itu telah menggangu sistem sarafnya yang menjadikan dia lumpuh! Terpaksalah abang berulang ke hospital Ipoh kemudian dipindahkan ke hospital Serdang. Kini berulang alik untuk fisioterapi. Alhamdulillah dari terbaring sekarang mampu duduk. Bergerak menggunakan kerusi roda.

Ruang rumah yang kecil memaksa mereka suami isteri menyewa rumah bersebelahan untuk meletakkan ibu dan adiknya. Maka bertambahlah kerja isteri. Menjaga makan, minum dan pakai mereka berdua. Sabar. Lauk mesti dicarikkan sebelum dihidang kerana tangan ibu dan adiknya lemah. Suami pula kembali bekerja dengan berniaga kecil-kecilan. Duit pencen tidak mencukupi untuk menyara mereka sekeluarga.

Rumah di tingkat dua, bayangkanlah mereka terpaksa mengangkat dua orang yang lumpuh untuk turun ke bawah sekiranya hendak balik ke kampung. Setiap minggu juga mengangkat adiknya untuk menjalani fisioterapi. Semalam si suami terpaksa pulang kekampung menghantar barang yang mana perlu kerana kereta tidak mampu menampung penumpang dan baranga-barang sekaligus. Nasib baik kampungnya hanya 3 jam perjalanan.

Walapun sedari kecil si ibu tidak pernah menjaganya dan di besarkan oleh nenek tetapi di hujung usia ibunya dia tetap berbakti. Meletakkan menjaga ibu sebagai ibadah bukan tanggungjawab menjadi penawar hati yang terbaik buat mereka. Mengumpul laba akhirat.


12 Rider Beraksi:

Kad Raya

2:19 PTG JunAina 12 Comments

Buat semua yang sudi singgah ke blog Jun, ucapan ini lahir dari hati yang tulus ikhlas. Semoga kesedihan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita memberi iktibar untuk kita menyambutnya kembali ditahun hadapan, insyaallah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua teman maya. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan. Silaturrahim ini moga bertambah manis.


kad raya


Tahun ini Jun akan beraya bersama ibu tersayang di Perlis. Andai ada yang sudi jemputlah ke rumah kecil di tepi sawah kami di Kampung Pida Dua Sekerat, Jalan Changkat Jawi, Arau, Perlis. Menikmati ketupat palas dan kari ayam bersama secawan kopi o ditemani hembusan bayu sawah.


12 Rider Beraksi:

LET's HAVE A SAFE and SOUND RAYA CELEBRATION

9:51 PG JunAina 4 Comments


Sharing is caring.

Some tips from Group HSE to keep you safe during this festive season.

ROAD SAFETY

“It takes 8,460 bolts to assemble an automobile, and one nut to scatter it all over the road”

To make your road trip the best experience possible, it's important to keep safety in mind. Observe some simple safety tips and you will have many happy, safe road trips ahead of you.



1. Make sure your vehicle is in good road worthy condition

 Has gone through periodic maintenance

 All fluids are at proper levels

 Brakes in working condition

 Tyres are not worn (depth of remaining tread not less than the head of a match stick) and properly inflated (including spare tyre)


2. Plan your route

 Use GPS to your advantage especially when looking for routes, exits, toilets breaks even for getting coffee or some power naps at R&R areas

 Don’t forget to call the highway operator before hitting the road to find out where the probable bottlenecks are (PLUSLine : 1800 – 88 – 000 / East Coast Expressway : 09 – 5479 111)

 Plan appropriate stops for buka puasa, sahoor, mealtimes, toilet breaks and stretching your legs

 Have sufficient balance on your Touch and Go to avoid long queue at the toll lane



3. Don’t forget ZeTo Rules #10

 Do not use your mobile phone while driving

 Follow the speed limit

 Ensure everyone in the car use seat belt at all times

and

 Ensure your luggage and loose items are properly secured, whether they are in the trunk or back seat





“Automobiles are not ferocious.... it is man who is to be feared” Robbins B. Stoeckel


4. Follow the rules of the road

 Avoid using emergency lane

 Do not tailgate

 Leave a proper 2-second “time to react” gap under all normal circumstances, and more in bad weather

5. Ensure you have adequate sleep and rest before the journey. If you get tired, take extra breaks

 Don’t wait for another hour or two until your “scheduled” stop if you find yourself suddenly sleepy



6. Plan for emergencies

 Ensure you have tools, small fire extinguisher, torch light and emergency triangle/cone

 Get a few snacks for you and a cell phone to call for help if required

 If case of breakdown, ensure that you park at a safe location, with hazard lights on and hazard triangle/cone positioned at a safe distance.


BUT WAIT…HOW ABOUT ME? I WON’T BE DRIVING.



And for those who are taking other means of transportation, like the flights, trains and buses, follow these tips.

1. Don’t forget to keep your ticket at a place you can remember

2. Check for your departure date and place

3. Make sure you have ample time to go to place of departure

4. Book the transportation that you need to go to place of departure, days before

5. Always have your luggage close to you at all times

6. Never ask a stranger to look after your bag

TAKING CARE OF YOUR HOME WHILE BEING AWAY



A house or apartment left empty while you go on your ‘balik kampung’ trip is a tempting target for criminals. We do not want to scare you, but it's imperative that every traveler take certain key steps to keep his or her home safe and sound while celebrating Hari Raya with a peace of mind.

1. Switch off all the electrical appliances

2. Lock all windows and doors

3. Don't tip off criminals on FB, twitter and the web

4. Stop your mail and newspapers delivery to your home

5. Remove your spare keys from the old shoe

6. Stop tricking the criminals by leaving the lights 24/7

7. Notify the police on your absence period from home



EMERGENCY CONTACTS

In case of an emergency, these are the numbers you must have at bay.

Police/ Ambulance 999

Bomba 994

COMCEN - Office 03 - 2331 2141 / 42 / 43 / 44 , 03 - 2161 1703

- SMS 012- 316 8496 / 012 – 374 8702

PLUSLine 1-800 -88-000

East Coast Expressway 09-5479111


So, have a “SELAMAT” and joyous Hari Raya Aidilfitri Celebration!


Ehsan Dari :

Health, Safety & Environment

PETRONAS Leadership Centre

4 Rider Beraksi:

Kem Remaja - Berkatnya Ramadhan Masih Ada Yang Mengambil Kesempatan.

4:42 PTG JunAina 9 Comments

Sabtu.
22 Ramadhan 1433.

Abang minta izin untuk mengikuti Kem Remaja di masjid Al-Muhajirin di kawasan perumahan kami. Tahun lepas pun dia sudah mengikuti kem ini. Jadi tahun ini tiada masalah untuk Jun izinkan. Sedikit sebanyak aktiviti seperti ini dapat juga membentuk sahsiah anak-anak yang semakin meningkat remaja. Pengaruh kawan-kawan juga banyak membentuk abang. Alhamdulillah.

Jun hantar pukul 2 petang. Bertadarus, diikuti majlis berbuka puasa, solat tarawikh. Pengisian rohani pada sebelah malamnya dan diikuti qiamullail. Segalanya cukup tersusun. Seusai aktiviti malam mereka tidur di surau, perempuan di bahagian atas dan lelaki di bahagian bawah dan bangun untuk qiamullail pulak.

Syukur alhamdulillah. Perkembangan pendidikan abang kebelakangan ini baik. Abang juga selalu hadir ke aktiviti-aktiviti surau pada hujung minggu. Kebiasaannya abang dan kawan-kawan buat study group pun di surau sahaja. Jun tak pernah bimbang sekiranya dia ke surau.

Bangun sahur teringatkan abang. Jun kuatkan hati tak apalah mesti semuanya sudah tersedia. 5.30 pagi telefon berbunyi tetapi tertera nama Atiq kawan abang. Rupanya abang telefon. Suaranya lain. Sedih. Rupanya handphone abang hilang. Beg duit yang hanya ada Rm2 juga hilang. Ramai juga kalangan kawan-kawan abang yang kehilangan beg duit malam itu tapi abang lebih lagi hilang handphone.

Abang kata kawan-kawan tolong carikan tapi tak ada, ada salah seorang kawan abang nampak siapa yang ambik tapi tak berani nak menuduh. Pengurusi Kem Remaja tolong selesaikan. Di soal tak mengaku, di gertak tak di peduli dan bila di periksa badannya juga tiada barang yang dicari. Khabarnya mereka juga hadzir ke Kem Remaja secara berkumpulan.

Jun bagitau abang. Itu bukan rezeki kita. Solat minta dengan ALLAH andai itu rezeki kita insyaallah akan dapat balik handphone tu. Kalau tak mungkin ALLAH akan bagi rezeki yang lain untuk kita. Dia sedih, Jun terasa di manakah lompong amalan ku ini YA-ALLAH, adakah tidak cukupnya sedekahku atau mungkin tanpa disedari aku telah mengambil bahagian orang atau ini sekadar ujian.

Sesungguhnya hanya Engkaulah juga yang lebih mengetahui TUHANKU.


9 Rider Beraksi:

Automated Enforcement System (AES) : Patuhilah Undang-Undang

1:15 PTG JunAina 12 Comments

Berdesub-desub masuk email berkenaan sistem perangkap had laju yang baru ini. Macam-macam komen jugak, banyak yang negatif berbanding positif. Apa yang nak dirisaukan letaklah sebaik mana pun sistem sekiranya kita mematuhi undang-undang tak adanya kita kena saman.

Setiap undang-undang yang ada dan dilaksanakan adalah untuk kebaikan. Telah dinilai releven atau tidak. Tidak ada satu undang-undang pun yang ada untuk menyusahkan melainkan untuk mendispilnkan diri dalam urusan seharian kita. Sedangkan main batu seremban pun ada undang-undang inikan pulak di atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Jadi terimalah hakikatnya.

Bila kena saman kita komplain. Kenapa buat highway yang lebar tapi tak boleh memandu lebih dari 110km/jam. Tak guna beli kereta yang berkapasiti besar andai tidak dapat dipecut sehingga ke tahap maksima. Tetapi bila berlaku kemalangan yang meragut nyawa mulalah kita merungut lagi. Itulah natijahnya tak mengikut undang-undang pandu laju dan melulu. Salah jugak.

Tak kisah laju atau tidak. Kalau rasa kereta boleh pejut macam Mikel Scumike tu bawaklah tiada siapa akan marah tapi bila kena saman janganlah marah.

Sempena hari raya nanti mungkin senarai panjang ini dapat membantu sedikit sebanyak perjalanan kita nanti. Sumber tak pasti dari mana cuma berlegar-legar di alam maya melaui email berantai. Pada semua yang akan melakukan perjalanan jauh Jumaat nanti rehatlah secukupnya. Hati-hati di jalan raya.

PLUS Arah Utara


■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang.
■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan.
■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS Arah Selatan

■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km.
■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang.

■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!

■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang.

■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong

■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang.

■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian.

■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang.

■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang.

■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.

■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.


Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara


■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar

■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!

■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.


Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan


■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!

■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H


NKVE Arah Timur / Utara


■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!

■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h!

■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km


NKVE Arah Barat / Selatan


■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h!

■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone!

■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km.

■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km

■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km

■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang.

■ Kesas West Bound
■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur

■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.


Lebuhraya Kesas - Klang


■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!


Leburaya Pantai Timur

■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan.

■ Maran, 60km / h zone.

■ Paya Marang, 70km / h zone.


Kawasan Negeri Johor Arah Selatan


■ persimpangan Tangkak.

■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng

■ simpang Utara di 97.3km.

■ Ayer Hitam simpang.

■ simpang Sedenak.


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Utara


■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone.

■ Sebelum Perwaja Steel.

■ Sg Petani persimpangan.

■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.

■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed menghadkan 80km / j.


Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Selatan


■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h.

■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed 90km / h


Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara


■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction.

■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction.

■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamuntingjunction.

■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.

■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.

■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.

■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.

■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng.

■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai.

■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.

■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.


Kawasan Perak Arah Selatan

■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang.

■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar.

■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.

■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.

■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng.

■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng.

■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang Slim River


12 Rider Beraksi:

Yatim - Ramadan Melimpahkan Rezeki

10:51 PG JunAina 10 Comments

'Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan'

Walaupun sehari seringgit itulah sedekah yang terbaik dari bulan-bulan lain. Sedikit tetapi bererti. Pengertian itu hanya mampu diterjemahkan oleh orang yang menerima. Pemberian itu akan meringankan perjalanan hidup mereka. Selagi ada memberilah walaupun mereka tidak meminta. Pemberian kita moga akan memudahkan rezeki kita, memudahkan perjalanan hidup kita dikemudian hari.

Semalam mak telefon. Borak-borak tanya khabar. Terdengar orang memberi salam dengan gembiranya rupanya kakak baru balik dari sekolah. Entah apa di beritahu mak toknya. Mak tok gelak. Katanya dia akan dapat duit raya. Siap bagitau  Mak Tok duit tu kakak punya bukan Mak Tok punya jadi kakak boleh le nak suka-suka beli apapun.

Perbualan kami.
Jun: Mak kakak dapat duit ROBOQ ke? (Sumbangan Hari Raya dari Majlis Agama Islam Perlis). Kalau boleh tak payah ambik bagilah kepada orang lain mak, kak yang mampu lagi sara anak-anak. Ramai lagi orang lain yang susah'.

Mak: Taklah kakak dapat sumbangan duit raya dari sekolah untuk anak-anak yatim. Tak banyak pun ikut kemampuan PIBG dan sumbangan orang ramai, mungkin dalam Rm50. Tak apalah kak yang kalau kakak dapat duit ROBOQ pun anak-anakkan layak dapat sumbangan tu depa kan anak yatim.

Terkedu. Dulu-dulu Jun adik beradik akan merasa sangat gembira bila bulan Ramadan tiba kerana tika ini banyak bantuan diberi. Salah satunya duit ROBOQ yang diagihkan oleh imam. Sumbangan hari raya dari Kerajaan Negeri, sekolah dan orang perseorangan. Masa ini bolehlah nak membeli apa yang tak mampu dibeli sebelumnya bolehlah berbelanja lebih sedikit tetapi semua duit yang dapat diserahkan kepada mak sepenuhnya. Duit ROBOQ Jun dapat sehingga berusia 21 tahun dan kemudian dipindahkan kepada nama nenek yang merupakan warga emas. Dulu duit ROBOQ hanya RM100 sekarang rasanya Rm300. Duit ini hanya dapat setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Balik rumah abang keluarkan borang. Borang sumbangan Aidilfitri untuk anak yatim dan fakir miskin di sekolahnya. Sekadar mampu sumbangan tetap dihulurkan walaupun seringgit asalkan ikhlas. Abang bagitau minggu depan ada Majlis Khatam Al-Quran dan abang juga akan dapat sumbangan khas untuk anak yatim.

Sedih. Hati tersentuh. Tak sangka anak-anak Jun terpaksa menerima nasib yang sama seperti mamanya yang menjadi yatim sejak kecil. Namun jauh disudut hati tetap bersyukur, sangat-sangat bersyukur. Anak-anak walaupun yatim tidak pernah mengharapkan ehsan orang kerana selagi termampu mama akan menyediakan segalanya buat mereka.

Beribu-ribu kesyukuran juga dipanjatkan kehadrat ILAHI kerana Pak Tuan tak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada mereka sebagaiman dia menjalankan tanggungjawab terhadap adik. Kebajikan mereka tetap terjaga.

Terima kasih YA-ALLAH. Terlalu luas RAHMATMU.

 Nasib kami serupa. Jun menjadi yatim diusia 2 tahun bila abah kembali kerahmatullah dalam kemalangan di tempat kerja. Anak saudara Nursyamimi merupakan anak kakak juga kehilangan ayah pada usia 2 tahun pergi yang tak kembali kerana sakit jantung. Iqbal Hadi anak sulung kehilangan kasih ayah sejak berusia setahun lebih bila kami berpisah dan kasihnya terus berkubur bersama jasadnya selepas 3 tahun, kembali mengadap penciptaNya kerana kanser otak.


Anak perempuan yang menjadi kemanjaan. Langsung tidak pernah merasa hangatnya kasih ayah kecuali menumpang kasih abah yang memang sangat memanjakan anak perempuan.

10 Rider Beraksi:

Murahnya Harga Air Mata

11:42 PG JunAina 29 Comments

Sedih kita menangis. Gembira pun kita menangis juga. Bukan itu sahaja tengok orang gembira kita tumpang menangis, lihat orang bersedih pun kita turut menangis. Hati terasa tetapi mata pula menjadi mangsa tetapi hati yang menangis tiada siapa yang tahu.

Semalam dalam keletihan balik kerja almaklumlah merempit sendirian 60km pergi dan balik. Ada juga yang tanya kenapa tak naik pengangkutan awam. Ambik komuter dari Kajang ke KL Sentral kemudian tukar Putra LRT ke Ampang Park boleh juga sampai pejabat. Jun jawab masa. Kalau merempit ikut waktu sendiri, dah boleh budget masa. Kalau naik pengangkutan awam kena ikut jadual perjalanan. Terlepas train terpaksa tunggu lagi itu belum haru biru bila train ada masalah. Makin lewat sampai pejabat.

Balik ke pangkal jalan. Sampai rumah Pak tuan bercekak pinggang dengan muka yang menyinga di koridor depan pintu. Rupanya dia dah sampai dahulu kat rumah. Jun mula rasa tidak selesa. Tanpa kata masuk ke rumah. Tengok adik terbaring merekot di dalam bilik. Abang tak ada mungkin ke rumah kawan.

Pak Tuan masuk dan mula berleter. Anak-anak tak tahu sayang barang. Suka-suka bagi orang (anak-anak jiran) main laptop dan internet. Senang-senang biarkan orang guna barang sendiri, main game pulak tu. Barang-barang tu bukan murah nak dibeli. Abah dah kata tak suka orang usik barang-barang kat rumah ni dengar sikit cakap abah. Jun diam.

Masuk bilik tengok adik. Muka pucat. Trauma. Kena tengking dengan abah agaknya tapi tak menangis. Di hujung mata sedikit air mata bergenang. Mama sedih. Terbayang dimata ketakutan adik bila kena marah tanpa mama di rumah kerana abah bila marah memang tiada batasan. Siapa yang pernah kena memang serik. Mama menangis sambil peluk adik. Sedih tengok adik walaupun adik tak menangis. Kawan-kawan yang kena marah semua lari balik rumah. Jun dah naik segan dengan jiran-jiran.

Dulu-dulu bila abah marah abang, jauh di sudut hati memang terasa sangat marah dan kecil hati almaklumlah abang hanya anak tiri. Sekarang bila abah marah adik mama terpaksa akur memang tabiat abah macam tu. Walaupun adik anak abah tetap kena marah juga bila buat salah. Pantang besar anak-anak melanggar arahan abah. Abah sangat tegas dan panas baran. Pun begitu abah tak pernah pukul anak-anak atau maknya.

Hati seorang emak ini sangat halus. Walaupun kemarahan abah untuk kebaikan seorang emak akan cukup terasa. Kadang-kadang pekakkan telinga dari terus bergaduh menyakitkan hati. Bila kemarahan dah reda cakap juga dengan Pak Tuan. Belajarlah besabar. Banyakkan beristighfar. Kawal marah. Hujung tahun insyaallah akan pergi menunaikan haji. Di sana lagi kuat cabaran dan ujian. Belajarlah dari sekarang. Pak Tuan DIAM.


29 Rider Beraksi:

Utamakan Keselamatan

4:35 PTG JunAina 21 Comments

Bila mendengar berita semalam sepasang suami isteri meninggal dalam kemalangan hati menjadi sayu. Mereka menjadi korban atas kecuaian orang lain. Sedangkan ditika itu mereka berada di dalam situasi yang selamat secara logiknya. Korban Ramadhan yang pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarga mereka.

Tak lama lagi pula musim perayaan. Ramai akan memulakan perjalanan jauh. Balik kampung. Pada ketika sebegini jugak kebiasaannya banyak kemalangan akan berlaku sebagaimana tahun-tahun yang lepas. Tanpa kita duga mungkin kita juga boleh menjadi salah seorang mangsanya.

Keselamatan bukan sahaja dijalan raya juga di rumah, di pasar raya, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Jenayah berada dimana-mana. Bukan sahaja secara sembunyi malahan penjenayah sekarang berani melakukannya secara terang-terangan. Ambillah tindakan sewajarnya. Sekiranya kita terpaksa menghadapinya jangan cepat panik.

Buat semua utamakanlah keselamatan. Peka pada keadaan sekeliling. Belajar menjadi lebih pantas dalam setiap tindakan. Bersedialah menghadapi apa juga situasi. Bijaklah dalam membuat keputusan dalam keadaan yang terdesak.

Walaupun takdir ALLAH adalah rahsianya yang telah tertulis sekurang-kurangnya kita wajar berusaha.


21 Rider Beraksi: