Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Mendidik Diri Cinta Negara Dataran Merdeka

8:32 PG JunAina 4 Comments

Tema sambutan hari kemerdekaan tahun 2014 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Saya gigih bawak anak polis pencen ke Dataran Merdeka bagi sama-sama meraikan ulangtahun kemerdekaan negara. Semangat dan perasaan adalah sangat membara bila berada bersama lautan manusia di sana. Paling penting anak-anak sangat puas hati walalupun kami sampai sedikit lewat.



Pemandangan dari arah bangunan Daya Bumi menghala ke Bangunan Sultan Abdul Samad, penuh warna-warni jalur gemilang.



Anak polis pencen yang sangat teruja walapun penat sebab Sabtu pagi balik ke Perak dan malam balik semula ke Kajang.



Kami bertiga termasuk Syed Mohamad Hikram anak polis pencen. Tingkatan 1 sama tinggi dengan mak!



Sempat juga bergambar dengan Pakcik Kamal Affendi.



Juga bergambar dengan bekas rakan setugas dan kenalan abah.



Tengok gambar ini terasa rindu untuk melihat Pak Tuan dalam pakaian seragam yang sama, rindu tersangat rindu... Jiwanya semangatnya tak pernah luntur.



Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah melambai-lambai dari kereta Suprima selepas tamatnya sambutan hHari Ulangtahun Kemerdekaan 2014. Semangat juga melambai-lambai kami 3 beranak.



Di mana-mana kibaran Jalur Gemilang memeriahkan suasana. Saya bangga menjadi sebahagian dari mereka yang berpusu-pusu menyahut meriahnya sambutan kemerdekaan.


Tahun depan saya berjanji dengan anak polis pencen untuk datang lagi, datang lagi awal sebab kali ini kami agak terlewat tetapi dia sangat berpuas hati dapat tengok perarakan ATM dan Sukhoi yang merentas Dataran Merdeka. Bergegar jantung! Ini cara saya mendidik anak untuk menghayati erti kemerdekaan, jangan di pertikai kerana setiap dari kita ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak untuk mencintai negara.



You Might Also Like

4 ulasan:

  1. betul tuh ..setidak2nya ade usaha tuk mendidik mereka kearah itu..sy pernah tgk pembarisan sekali jer ms kat penang sblm anwar ibrahim kena pecat tuh..:)

    BalasPadam
  2. Lautan manusia dgn jiwa patriotik waktu itu indah sekali.
    Bila berada di kelompok yg sama pasti berkobar jiwa patriotik sama secara semulajadi Aina..

    BalasPadam
  3. Arwah emak akak walau dah berusia 70an.. Masih gigih ke Dataran Merdeka menonton perarakan....
    Anaknya tak rajin nak berkumpul ramai2 cenggitu.....
    Hiba teringat arwah....

    BalasPadam
  4. Teringin nak turut sama secara langsung di situ tapi belum berjaya dilaksanakan setakat ini.

    BalasPadam