Putrajaya Wetland Duffy Boat

11:17 PG JunAina 8 Comments

Cuti sekolah cuti umum Hari Malaysia, anak-anak sudah bosan duduk di rumah. Tiada perancangan untuk berjalan ke mana-mana cuti ini kerana bulan ini jalan-jalan ziarah rumah saudara Pak Tuan, bajet sudah lari. Petangnya nak lepaskan hawa keluarlah juga, tak jauh Putrajaya sahaja.



Cuti umum sebagaimana biasa ramailah manusia memenuhi segenap ruang tama-taman yang ada di Putrajaya. Singgah di Taman Botani tram tidak berfungsi, kecewa sangat sepatutnya pada hari cuti umumlah orang ramai. Basikal pulak dah fully booked dan akhirnya kami keluar kecewa. Hikram sudah mula buat perangai.


Ketika di kaunter pertanyaan saya bertanya kepada pekerja di situ tempat yang boleh buat aktiviti keluarga dan dia mencadangkan Paya Indah Wetland. Semasa sedang memusing setereng kereta saya terpandang papantanda Wetland dan terus masuk. Rupanya Paya Indah Wetland terus kehadapan lagi tetapi kami teruskan aktiviti di Wetland sahaja.


Budak kecewa bila tak dapat naik tram dan tak dapat kayuh basikal dalam taman. Dia mula buat perangai, merajuk serba tak kena.



Jalan-jalan nak ke check point tram di kawasan pokok buluh ini terpandang sekawan lebah membuat sarang. Gerun pulak tengok. Ini hero k-pop saya!


Kami singgah di Wetland yang menyediakan permainan air, ramai juga yang berkelah bersama keluarga dan ada juga yang memasang kemah. Di sini boleh memancing dengan kadar bayaran Rm20 satu joran. Kami memilih untuk menaiki Duffy Boat dengan bayaran Rm10/seorang dewasa dan Rm5/seorang kanak-kanak. Terdapat juga kenu, kayak dan pedal boat untuk 3-5 orang dan bayaran mengikut muatan.



Selfie. Mood malas nak bawak keluaq monopod. Teruja memakai 'life jacket' kali terakhir kami buat aktiviti naik bot ni masa ke Sabah tahun 2011.





Happy naik bot pusing tasik. Alya dari start naik bot muka dah lain macam cuak je takut tapi dia sangat happy dapat ikut mama jalan-jalan.






Yeyyy...misi berjaya. Pusing-pusing tasik setengah jam. Kata penjaga yang menguruskan 'life jacket' nak berjoget pun boleh atas bot tu sebab sangat stabil. Tengok yang bawa bot tu lagi kecik dari anak-anak. Peramah siap bagi cadangan mana-mana tempat yang patut di lawati kat Putrajaya.



Hijau! Suka sangat gambar ini.

Pelan hujung minggu yang akan datang nak masak-masak lepak di Paya Indah Wetland pulak. Nak naik tram, nak ke menara tinjau dan nak intai-intai flaminggo. Sebelum itu nak singgah di Dataran Masjid Putrajaya nak naik 'cruise' menikmati keindahan Tasik Putrajaya. Kata pemandu bot kami pagi-pagi pukul 8-9.30am ada jual tiket murah untuk 'cruise' di depan masjid hanya Rm15 berbanding Rm25 harga biasa.


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. bestnyer jalan2... kami belum lg explore putrajaya... bila ntah, padahal dekat jer

    BalasPadam
  2. Kakcik teringin nak jengah Paya Indah Wetland tu, tapi En suami belum pernah setuju...

    BalasPadam
  3. Ada tak life jaket warna hitam...?

    Macam mana uncle nak pakai?

    BalasPadam
  4. macam best ni....makcik tak singgah lagi sini...lalu saja

    BalasPadam
  5. bercadang nak ke sana jugak dalam sebulan dua lagi...boleh la lawat tempat ni. tenkiu sharing kak!

    BalasPadam
  6. bestnye dapat pergi sini..cik aann lama dah nak pegi sini..tp hari tu masa pergi, kawan bawak pergi arah lain..aduh memang sesat kiteorg..last2 xpergi pon..sedih..huhu

    Pahala Vs Dosa: Antara Liat dan mudah

    BalasPadam