Siti Robeah Syed Jamalin 28.03.41 - 8.9.14 Dalam Kenangan

2:42 PTG JunAina 8 Comments


Pagi saya publish cerita kami sekeluarga menziarah kakak Pak Tuan yang sedang sakit di Hospital Changkat melintang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Baling kerana lebih dekat dengan anak yang akan menjaganya. Tanggungjawab seorang anak, istei serta ibu tetap perlu digalas dalam waktu yang sama. Itulah jalan terbaik.


Pukul 3.00 pm saya dapat panggilan dari kakak nombor 3 Pak Tuan mengatakan Chor sedang tenat sedang semalamnya diberitakan yang dia semakin sihat. Bantuan pernafasan sudah mula diberi secara berkala bukan lagi 24 jam. Dia juga sudah mula makan bubur nasi dengan agak banyak serta sudah mampu bercakap. Rupanya dia hanya menyedapkan hati insan-insan di sekelilingnya. Tepat 3.45pm telah sampai hukumnya Siti Robeah Syed Jamalid telah pergi menemui penciptanya. Kesedihan memenuhi ruang di hati, ibu mertua telah kembali ke rahmatullah 5 bulan yang lalu sedih masih terasa kini kakak ipar pulak pergi. Kesedihan berganda.


Bertolak dari rumah dengan anak-anak pada pukul 8.30 malam, tiba di Kampung Ekor, Bota Kiri pada pukul 12 malam. Tak mampu rasanya kaki melangkah. Hening. Suram bukan seperti selalu. Jenazah terbaring kaku. Semuanya telah disempurnakan di rumah menantunya di Kroh, dimandiakn, dikafankan dan disolatkan di sana dan dibawa balik ke Bota Kiri atas permintaan Pak Tuan. Hanya bahagian muka dibuka keesokan harinya untuk memberi peluang kepada anak-anak serta saudara dan jiran-jiran memberi penghormatan terakhir. Sekali lagi di solatkan di masjid berdekatan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di belakang masjid.


Usai majlis pengkebumian awan hitam mula berarak, cuaca yang tadi cerah tiba-tiba menjadi gelap. Sebaik sampai kembali ke rumah Chor hujan membasahi bumi, lebat kemudian renyai-renyai dan berhenti. Cuaca yang tadi hanagt tiba-tiba menjadi sejuk. Semoga Allah s.w.t memudahkan urusan dia di alam barzakh.


Cerita duka dua kehilangan ahli keluarga suami tahun ini sedangkan tahun lepas kami juga di uji dengan berita sedih di pihak keluarga saya. Kehilangan ibu saudara, seminggu kemudian saya keguguran dan selang tiga bulan nenek pula mengikut emak saudara menemui sang pencipta. Al-Fatihah buat semua keluarga yang telah dahulu mengadap Ilahi. Hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu dikirim buat mereka. Moga Allah s.w.t mempermudahkan urusan mereka dan urusan kita kelak.




You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Innalillahi Waiina Ilaihi Rojiun
    Takziah dari saya kak..

    BalasPadam
  2. alfatihah kak, moga rohnya dicucuri rahmat... takziah bt akak dan keluarga pak Tuan...

    BalasPadam
  3. Alfatihah...takziah buat keluarga june.

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainnailaihirajiuun...
    KepadaNYA pasti kita akan kembali..semoga kamu sekeluarga tabah mengharungi ujian ALLAH ini...

    BalasPadam
  5. Salam takziah dari saya kak.. Alfatihah kepada yang telah pergi..

    BalasPadam
  6. Innalillahi wainna ilahi roji'un. Lebih kurang baya ayah Che Mid ni...

    BalasPadam
  7. Innalillahi wainna ilahi roji'un. Salam takziah.

    BalasPadam