Mekah Haji 1435 Hijrah Rindu Pasti Bertamu

9:30 PG JunAina 11 Comments

Seribu kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi keran tahun ini Pak Tuan mendapat rezeki berganda setelah tiga tahun membuat rayuan. April 2014 Pak Tuan ke Mekah mengerjakan umrah setelah dua tahun rayuan untuk menunaikan haji di tolak. Dua minggu sebelum penerbangan Pak Tuan mendapat tawaran menunaikan haji dari pihak Tabung Haji. Allah s.w.t mendengar rintihan dia semasa mengerjakan umrah. Walaupun tawaran agak suntuk tetapi persiapan di permudahkan oleh Allah, segalanya berjalan dengan lancar.


Hari ini 22hb September 2014 suami saya Syed Hussin bin Syed Jamalil akan berangkat mengerjakan haji. Kegembiraan memenuhi segenap hatinya dan setiap hari hanya kisah-kisah Mekah dan haji bermain di bibirnya. Saya gembira tetapi hati sedikit terusik, sedih berpisah 42 hari, selama berkahwin tidak pernah berpisah selama ini namun saya redha. Panggilan untuk menjadi tetamu Allah telah sampai buat Pak Tuan. Doa saya agar dia akan sentiasa sihat, dipermudahkan urusan di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur.


Tiga tahun Pak Tuan mengemukakan rayuan ke Tabung Haji dengan alasan kakinya yang semakin tidak kuat. Arthritis agak mengekang pergerakkan dia. Sekali sekala bila datang sakitnya solat pun hanya berkerusi . Tiga tahun termasuk tahun ini dia gagal menempatkan diri untuk menunaikan haji bersama agensi yang menguruskan haji. Dua minggu sebelum tarikh penerbangan Tabung Haji telefon untuk ambil surat tawaran mengerjakan haji secara muassasah. Alhamdulillah. Itu janji Allah. Sudah sampai masanya Pak Tuan menjadi tetamu di rumah Allah walaupun sebelum ini dia sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar menggunakan agensi tetapi masih tidak dapat menempatkan diri. Perancangan Allah s.w.t adalah terbaik buat hambanya.


Doa yang terbaik buat Pak Tuan dan semua jemaah haji agar dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik serta mendapat haji yang mabrur. Paling pasti #rinduawak200%.




You Might Also Like

11 ulasan:

  1. alhamdulillah...di panggil menjadi tetamu Allah...rezeki suami akak..... moga2 urusan suami akak di permudahkan dan mendapat haji yg mambrur....moga2 ade plak rezeki kite kan kak.....

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..semoga suami mendapat hai mabrur...:)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... berkat doa dan usaha yg tak jemu akhirnya hajat tercapai
    Alangkah indahnya kalau Aina dpt ikut sama kan..
    Insya-Allah lain kali Aina pula ye..

    BalasPadam
  4. Mudah mudah selamat pergi dan kembali. Mudah mudahan mendapat haji yang mabrur. Nape akk tak ikut sekali. Boleh buat haji sama sama kak.

    BalasPadam
  5. Mudah mudah selamat pergi dan kembali. Mudah mudahan mendapat haji yang mabrur. Nape akk tak ikut sekali. Boleh buat haji sama sama kak.

    BalasPadam
  6. Moga perjalanan pak tuan di permudahkan, dan moga yang 'merindu' juga di tabahkan hatinya...:)

    BalasPadam
  7. Alhamdullillah moga pak tuan selamat pergi dan balik serta mendapat haji yg mambrur..

    BalasPadam
  8. moga pak tuan dikurniakan haji mabrur, in sha Allah. rezeki kak ber4 takde tahun ini.

    BalasPadam
  9. Wahhhhh......ayat bawah tu I loike hokay.....rindu awak 200%...kang tak jadi pulak pak tuan pergi kang hihi

    BalasPadam