Sudu Jeruk Sedap

10:59 PG JunAina 16 Comments


Ada kawan sepejabat bercuti sambil menghadiri majlis teman sepejabat hujung minggu lalu di Penang. Kalau ke sana balik tanpa jeruk memang menjeruk rasalah. Dah jadi trade mark penang jeruk tu. Merasalah kami semua jeruk madu Pak Ali yang terkenal tu. Sedap memang sedap.




Makan jeruk sedap tapi hati-hati ya kesan pada perut kita pun sedap jugak. Bayangkan sudu kat atas tu dibiarkan semalaman di dalam balang jeruk yang bertutup rapat. Karatnya bukan setakat pada bahagian yang terendam sebaliknya dikeseluruhan sudu. Bayangkan perut kita yang lembut menerima makanan sebegini dalam jangka masa yang panjang, bayangkan juga perut anak-anak kecil yang masih baru bertindak balas dengan jeruk ini.


Makan jangan ikut sedap mulut dan tekak, perlu lihat serta fikir apa yang kita makan. Sakit bermula dari perut. Bertindak balas dari segala apa yg kita makan. Ambik pengajaran dari kisah sebatang sudu yang hanya terkena wap jeruk.


Semalam saya jamah juga sekeping dua tetapi bila memikirkan gastrik yang ditanggung sejak bertahun lalu cepat-cepat saya balik duduk di meja kerja.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. Eka ada gastrik, mmg tak bole makan jeruk2 gini. Rasa sikit boleh.

    BalasPadam
  2. Kakcik kurang minat majan jeruk, apatah lagi kalau masam. :)

    BalasPadam
  3. ishh...bahaya jugak asid jeruk tu..tapi nak wat caner sedap punya pasal..hihi

    BalasPadam
  4. Kakak suka jeruk tu Aina tapi anak-anak kakak sebab kakak dah didik tak bagi makan jeruk dari kecik alhamdulillah mereka kurang minat. Mama dia aje ni payah betul nak tinggal..

    BalasPadam
  5. Betul tue akak..jeruk mmg la sedap tapi tak boleh makan selalu la.. =D

    BalasPadam
  6. Memang peberet sgt jeruk ni kak. Tp x leh makan byk especially kalau yg kuat cuka tu. Pedih perut nanti

    BalasPadam
  7. Makchaq orang penang, beli jeruk kalau ada yang kirim saja. Kat rumah x dak peminat jeruk/jenih asam2 ni. Kalau beli memang x akan ada yang makan kecuali makchaq....

    BalasPadam
  8. tapi jeruk pak ali guna cuka epal kan
    orang kata selamat
    wallahualam

    BalasPadam
  9. Aina, saya lgsung tk boleh jamah jeruk ni,mkn saja terus pedih uluhati..bahaya.ada pengawet tu.Thats why it takes effect almost immediately..

    BalasPadam
  10. ISH YE LA KAK...jenama tu mmg popular memandang kan org ckp die tak gune cuke yg berasid sgt,,,tapi tgk sudu besi boleh jadi mcm nie takut plak...bak kate akak la amakan berpada kan kak....yg penting minum air masak byk2 lepas makan...sayang peruttt wooooo...tak dpt bykan kalo jadi mcm sudu tuh...terhakis dek kesan asid jeruk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya, jeruk kat sini ni....yang pak ali ke...yang ah lee ke, sama ja rasanya....cuma ada yang guna gula siam (katanya pedih kerongkong/batuk bila makan) & gula local...

      Padam
  11. Dulu saya cukup suka makan jeruk segala asam bagai tapi sekarang kalau makan pun sekadar jamah merasa.

    BalasPadam
  12. makcik pun tak berapa minat jeruk...tapi tiap kali org luar datang sini, haruslah bawak gi tpt jeruk..

    BalasPadam
  13. hmmm xsuka jeruk .... ai suka buah yg fresh terutamanye yg masam tp memikir boleh aktif kan uric asic dlm bdn terus slow2 kan minat

    BalasPadam
  14. Jeruk Pak Ali mmg sedap, bila makan tekak tak gatal,. tak rasa panas macam yg biasa di jual kat Chowrasta tu..Tapi dah namanya jeruk, mmg tak boleh makan banyak2..kesan kat sudu tu dah membuktikannya :)

    BalasPadam
  15. saya tak berapa suka sgt jeruk walaupun org kata jeruk madu pak ali tak memudaratkan kesihatan..
    saya amalkan basuh dulu jeruk tu 2,3 kali..kemudian rendam dalam air...barulah dimakan..walaupun 'rasanya' hilang tp ok utk perut kita..

    BalasPadam