KTM Kajang Touch & Go
Saya kini menjadi pengguna tegar perkhidmatan awam sejak seminggu lepas dan akan berlarutan sehingga bulan November. Parking kereta di depan masjid di Jalan Reko kemudian berjalan 1km ke Stesen KTM Kajang naik tangga, turun tangga tunggu komuter. Sampai di KL Sentral bergegas naik LRT kemudian berjalan lagi 1km ke pejabat. Saya bersenam setiap hari kini.
Bagi memudahkan perjalan saya menggunakan kad Touch & Go, jimat masa. Hari Jumaat yang lalu saya menambah nilai Rm50 malangnya sebaik sahaja saya mengimbas kad untuk keluar baki hanya tinggal Rm29 dari Rm48 yang masih ada di dalam kad. Pagi ini sekali lagi saya menggunakan kad dan baki menyusut dengan ketara.
Saya menuju ke kaunter Touch & Go KTMB di KL Sentral dan katanya saya tidak menimbas kad semaa masuk di Stesen KTM Kajang dan dikenakan penalti sebanyak Rm17.00. Sekiranya terdapat apa-apa masalah saya di minta pergi ke Pejabat Touch & Go yang berdekatan sahaja dengan Kaunter Tiket KTMB. Dua hari perjalanan langsai Rm50 dengan baki terkini Rm7.20.
Palang masuk untuk ke Komuter memang sentiasa terbuka jadinya bila kita meletakkan kad mungkin kita tidak perasan yang mesin pengimbas hanya membunyikan sekali 'beep' berbanding 2 kali yang sepatutnya. Jadi kita terus masuk dan mengimbas di stesen berikut jadi kita akan dikenakan penalti. Berbanding LRT yang sentiasa tertutup dan bila kita mengimbas akan terbuka atau sekiranya mesin tidak dapat membaca kad ia tidak akan terbuka jadi adalah lebih selamat.
Bagi saya KTMB perlu lebih memandang berat perkara sebegini, patutlah saya tengok dari Stesen KTM Kajang jarang pengguna komuter menggunakan kad Touch & Go. Hari Isnin beratur panjang dikaunter tiket mungkin mereka menggunaan pas seminggu atau tiket pergi balik. Pejabat Touch & Go hanya buka pada pukul 8.30am sedangkan saya mengejar masa untuk pergi semula ke sana saya perlu mengutamakan kerja saya yang lebih penting. Jadinya saya anggap itu bukan rezeki saya. Insyaallah akan ada rezeki lain.
Hati-hati menggunakan kad Touch & Go di mana-mana juga Stesen KTMB. Jangan sampai kita menjadi mangsa tidak efisyennya sesuatu perkidmatan. Kesilapan berlaku di mana-mana cuma untuk membetulkan semula memang mengambil masa.
InsyaAllah ada rezeki lain tu...
BalasPadamKalau yg muda-muda pun boleh terkena macam mana agaknya dgn warga emas kita yg terpinga-pinga tu Aina. Kenalah pihak mereka alert sikit masalah ini..
BalasPadamktm?hurm i hat ktm servis...kena byk2 bsabar...
BalasPadamktm?i hate ktm servis..sy pn pnh kena...
BalasPadamOhhhh gitu...terima kasih kerana inform Aina.
BalasPadamOkje mmg tak pernah guna komuter atau LRT ke tempat kerja....kalau kena guna confirm panic tu
Nasib baik akak perasan..
BalasPadam