Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
Hari ini genap 12 hari kakak Pak Tuan yang sulung di masukkan ke hospital akibat dari jangkitan kuman di paru-paru. Masih bergantung dengan oksigen sepemuhnya. Di usia 73 tahun tak banyak yang boleh diharapkan dan hanya doa dititipkan agar kesihatan dia pulih segera. Semuanya bergantung kepada dayatahan tubuh dia untuk menerima antibiotik yang diberi dan melawan sakitnya. Punca mungkin dari batuk yang berpanjangan. Tinggal sendirian hanya kadang-kadang anak cucu menjengah tiada siapa memastikan dia makan ubat.
6hb April 2014 mereka kehilangan ibu jadi bila doktor memberitahu bila-bila masa sahaja jantungnya boleh berhenti semua jadi terkaku. Dia kakak sulung menjadi pengganti ibu kini lemah tidak berdaya. Khamis dimasukkan ke hospital Changkat Melintang, Bota Kanan dan semua adik beradik dan anak-anak dimaklumkan keadaannya. Sabutu kami bergegas balik ke sana, ziarah. Semua anak-anak Chor ada di sisi.
Sampai di katal Pak Tuan memeluk dan cium Chor berkali-kali sambil membisikkan kami datang ziarah dia, buka mata kemudian dia lelap lagi. Sedih. Selalunya bila balik ke Bota Kiri menjadi rutin singgah ke rumah dia menghantar barang dapur, hari ini arah kami sedikit berbeza ke hospital. Dia hanya kakak ipar tetapi umur dia melebihi umur emak saya sendiri jadinya kasih dan ehsan saya umpama kasih yang tumpah pada seorang ibu.
Anak-menantu Chor yang memenuhi ruang hospital, juga kami sekeluarga yang datang menziarah. Saya duduk di sisi Chor membisikkan zikrullah memberi kata-kata semangat kepadanya. Sesekali mengusap belakangnya bila dia batuk, membetulakan wayar-wayar ditangannya setiap kali berpusing.
Anak Chor yang menjaganya di hospital bersama kakak nombor empat Pak Tuan, dulu dia bertugas sebagai nurse di hospital yang sama sekarang sudah bersara.
Ini kakak Pak Tuan yang nombor tiga tinggal di rumah pusaka arwah emak juga sedang meniti usia senja. Moga Allah s.w.t memberi kesihatan yang baik buat mereka.
Semalam Chor dipindahkan ke Hospital Baling kerana tiada waris yang akan menjaganya di Hospital Changkat Melintang. Anak-anak mempunyai tuntutan tugasan masing-masing jadinya anak perempuan sulung yang tinggal di Kroh ambil tanggungjawab untuk jaga emak. Syukur alhamdulillah Chor dapat menantu yang baik dan bertanggungjawab. Saya berharap anak-anak yang lain tidak akan lepas tangan dan tidak lupa tanggungjawab mereka sebagai anak.
syafakallahhh.. semoga ALLAH melimpah rahmah buat beliau.. sabar ye..
BalasPadamSemoga cepat sembuh.... Aminnn
BalasPadamNenek saya pun dah dekat sebulan d hsptal sg buloh... Skrg nie hanya mampu berdoa je...
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat Chor...
BalasPadamAamiinnnn
Moga semuanya berjalan lancar & moga di permudahkan Chor serta anaknya di hospital.
BalasPadamHarap2 nasib kita pun baik di akhir2 waktu, insyallah.
Sedih kakak melihat condition Makcik Chor.
BalasPadamAnak-cucu memang ada tanggungjawab yg perlu dijalankan Aina.
Sebenarnya yg lain kalau boleh pun nak juga buat macam kakak sulung.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
titip doa buat makcik Chor - moga sabar dgn ujian ini.
kdg2 kita pun tk sgka bila tua kita akn keseorangan kan?..moga dia cpat smbuh.Amin.
BalasPadamSaya doakan yg terbaik buat Chor..
BalasPadamdan semoga ahli keluarga tabah dan sabar dgn ujian ini
semoga beliau cepat smbuh...amin amin..
BalasPadamSemoga chor cepat sembuh..memang sedih bila ada sedara mara sakit.. tambah sedob bila kita terikat dengan kerja..
BalasPadammoga kak ipar akak cpt sembuh.... alhamdulillah anak2 menantunya ramai yg membantu
BalasPadamAllah kak..sayu tgk pic kakak ipar akak tu.... dugaan dari Allah...moga beliau kuat utk lawan sakitnyer....moga Allah beri kesihatan yg baik utk beliau..... bile kite kat spital dtg insap tgk keadaan org sakit kiri kanan kite kan kak...dpt jugak muhasabah dan mengingatkan kite tentang sakit dan nikmat Allah....
BalasPadamakak pun jaga diri key....
Betul tu sis..harap2 waktu2 begini anak2 dapat tumpukan menjaga ibu yg sakit...semoga ALLAH permudahkan mereka utk dapat menjaga ibu waktu begini...
BalasPadambakti2 di hujung usia mereka.. curahkanlah sebelum terlewat. semoga Allah beri yang terbaik buat kakak Ipar kak Juaina..
BalasPadam