Indahnya Hidup Bermadu

9:53 PG JunAina 14 Comments

Hanya yang merasa tahu indahnya hidup bermaduu. Apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis adalah yang terbaik buat kita hambanya. Hanya nafsu serta kelemahan-kelemahan manusia yang merosakkan segala kecantikan yang Allah sw.t telah aturkan untuk umatnya. Iman yang merapuh hati yang mudah terpesong dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba melemahkan kepercayaan. Kehendak yang melebihi nilai-nilai keperluan.


Tidak ingin menunding jari pada suami, isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. Nilai itu Allah telah aturkan sebaik mungkin bersama aturan undang-undang yang sangat telus. Kemampuan kita seakan teruji untuk meletakkan kita sebagai insan yang redha bila salah seorang mula tamak dan mengambil kesempatan lalu yang kuat akan menang dan kita meninggalkan terus erti peri kemanusaiaan untuk menjadi pemenang.


Kawan saya diuji sehingga dia mula merasa terlalu perit untuk melaluinya sehingga setiap detik umpama kehidupan panjang yang menyiksakan. Sehingga suatu ketika dia mula goyah sehingga memilih berpisah sebagai jalan terbaik bila suami mula menggabaikan kehidupan dan memenangkan hanya suatu pihak.Sebagai hamba dia masih bergantung pada Allah s.w.t penyerahan jiwa dan raga sepenuhnya sehingga membawanya ke Tanah Suci Mekah ditemani suami dengan harapan suaminya akan berubah. Di sana mereka diuji berkali-kali namun dia menetapkan hati hanya Allah jua tempat dia bergantung. Sekembalinya dari sana hatinya lebih kuat dengan ujian yang datang walaupun masalah tidaklah selesai sepenuhnya tetapi Allah beri kekuatan kepadanya.


Tidakkah kita yang merosakkan kecantikan berpoligami? Rasa ingin memiliki hanya untuk diri sendiri rasa sayang yang keterlaluan sehingga mengabaikan suatu pihak yang lain semua rasa itu datang dari hati yang sentiasa diketuk syaitan, dihembus api-api kebencian di dalamnya. Ketamakan yang memberi imej buruk kepada indahnya bermadu.


Saya memandang kehidupan pada pengakhiran indahnya hidup bermadu. Bila uban mula memutih dikepala tika muka sudah mula berkedut tangan mula ditimbuli urat-urat kasar lalu kecantikan juga semakin pudar.  Anak-anak mula ada kehidupan sendiri, bekeluarga dan tinggal berjauhan. Tinggalah si ibu tua dan ayah menghitung baki usia ketika sakit isteri-isteri saling bantu membantu, ketika suami sakit isteri-istei begilir menjaga lalu tanggungjawab sedikit berkurangan.


Anak-anak bersatu hati, ketika ibu sendiri tidak mampu melayan ketika pulang bercuti si ibu tiri megambil alih tanggungjawab dengan ikhlas. Melayan kehendak anak, menantu dan cucu dari isteri pertama dengan gembira.  Menerima pemberian dari anak-anak tidak kira anak sendiri mahupun anak tiri, dari lima anak menjadi sepuluh orang anak dicampur anak-anak tiri. Bukankah dikira beruntung?


Lalu apa lagi yang kita harapkan di penghujung usia? Masih lagi mahu merebut kasih, masih enggan menerima takdir berpuluh tahun, keras umpama kerikilkah hati kita sehingga le tua kita ingin menolak kehendak Allah s.w.t. Setiap yang pahit pasti akan ada kemanisan di penghujungnya. Tidak akan sia-sia segala ujian Allah s.w.t kepada setiap hambanya melainkan ada hikmah yang tersembunyi yang kita mampu fahami atau sebaliknya.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. semoga sahabat kita tabah menerima dugaan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs Yatie akak selalu memberi sokongan dan dorongan kepada dia setiap ujian tak akan sia-sia...

      Padam
  2. salam kak... bermadu mmg indah, menjadi adil itu susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...manusia yang merosakkan keindahan itu sebab tak mampu berlaku adil...

      Padam
  3. Peraturan yg disusun dlm Islam itu indah. Cuma kita sebagai manusia biasa terlalu lemah dan tamak utk menerima hakikat sama-rata dalam berkasih-sayang. Sebenarnya kalau hati tulus semuanya akan indah jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang cuba saya sampaikan kak bukan kata saya menyokong poligami tetapi lebih kepada pandangan kenapa poligami dipandang negatif. Kerana kita kerana manusia...

      Padam
  4. Saya juga sependapat dengan aina..bermadu itu indah jika kita letak Allah di atas segala-galanya.. bujan mudah, tapi ganjaran di sisi Allah juga sangat besar jika kita berjaya mengharungi ujian ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Che Mid. Dalam bab ini ketiga-tiga pihak perlulah ada persefahaman bukan senang untuk mendapat redha Allah s.w.t.

      Padam
  5. hmm...lain org lain penerimaannya tentang madu ni kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu lain orang lain penerimaannya tetapi semua perempuan tak akan suka bermadu...:)

      Padam
  6. Saya dari kecik dah biasa dalam kehidupan bermadu. Saya ada 2 saudara dari ibu berbeza berkongsi ayah yang sama. Mereka terlalu baik, terlalu membantu sejak kecil sehingga sampai sekarang kami tak pernah menganggap kami saudara tiri. Bila tajuk entri ini tentang kemanisan bermadu saya sangat setuju, kehidupan saya lebih indah dengan adanya saudara-saudara tiri itu, hehehehe...

    BalasPadam
  7. bermadu itu indah bila semuanya mengikut yg sepatutnya... kalu suami adil sesama isteri, mereka saling berbaik2... tp kalu ada yg hasad dengki yg manis jd pahit

    BalasPadam
  8. paham bermadu tu di bolehkan...tapi hati tidak kuat nak hadapi....

    BalasPadam
  9. Apapun elakkan hidup bermadu... Besar mana pun ganjarannya tentu besar juga dugaannya.

    BalasPadam