JMR Motorwork

9:44 PG JunAina 11 Comments


Hidup dia penuh cita-cita yang dicapai sedikit demi sedikit atas sokongan keluarga. Hatinya cuma tergoda dengan kerja-kerja bergelumang minyak hitam. Kini dia menghitung sedikit demi sedikit kejayaan. Sedikit berbeza dari budak-budak lain dia memilih untuk mencari 9/10 rezeki yang dijanjikan Allah s.w.t. Maka lahirlah JMR Motorwork dari sebuah angan-angan menjadi kenyataan dan semakin berkembang.





Semangat yang ada pada anak nombor  lima emak memang sedikit berlainan. Mengikuti Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik kemudian menghabiskan peringkat Sijil Teknologi Motorsikal di Giatmara dan seterusnya menongkah arus ke bidang masakan di Kolej Komuniti dicelah kesibuakn menguruskan bengkel motor.  Dua cabang berbeza yang mungkin ada misi kedua yang ingin digapai.






Shahizat Bin Rosle pemilik JMR Motorwork yang terletak di Kampung Pida Dua Sekerat, Jalan Changkat Jawi kini boleh berbangga dengan usahanya. Bermula hanya dari rumah kini dia mampu menjalankan operasi di sebuah bengkel dengan kelengkpan yang sempurna. Cawangan ke dua pula di dalam perancangan dan usaha kearah itu giat dilakukan. Walaupun ianya hanya sebuah perniagaan kecil dengan keazaman yang ada moga perniagaan dia berkembang serta mampu bersaing secara sihat.





Jatuh, bangun perniagaan asam garam kehidupan. Sebelum berjaya pelbagai ujian datang dan pergi kekuatan semangat serta dorongan keluarga membuatkan dia tidak mudah mengaku kalah. Adat Melayu berniaga di kawasan kampung sebelum bermula sudah ada nista dilemparkan, ketika mampu berdiri ada tuba yang dituang namun penyerahan hanya pada Allah s.w.t membuatkan hati dia sentiasa redha dan Allah tidak akan selamanya menguji.





Entri ini di dedikasi khas buat adik tersayang yang membina sedikit demi sedikit kejayaan walaupun pada mulanya kami seakan tidak setuju dengan keputusannya dan akhirnya memberi sokongan penuh pada kerjaya pilihan dia. Suatu hari moga JMR Motorwork akan segah nama-nama besar taikun permotoran di Kedah/Perlis yang selama ini lebih dimonopoli oleh bangsa asing.



Shahizat (kiri) dan Syafiq adik bongsu yang juga mempunyai minat yang sama dengan abangnya, menjadi pembantu walaupun mak mengharapkan untuk adik menyambung pelajaran dan kerja bergaji tetap. Berusahalah demi rezeki selebihnya serah kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Syabas buat adik Aina. Tak ramai bangsa kita yg mampu berbuat demikian Aina
    Kakak tumpang bangga.

    BalasPadam
  2. susah nak tengok anak2 muda buat kerja macam ni.....tahniah buat adik aina

    BalasPadam
  3. cayalah.. semoga berjaya... memang sekarangni yang rajin berusaha lebih berjaya hidup di dunia..

    BalasPadam
  4. Saya bangga dgn adik akak!
    Berjihad bisnes lah !
    Saya doakan JMR Motorwork akan maju, dan dpt membantu ekonomi ummah...Insya Allah

    BalasPadam
  5. Tahniah utk Shahizat. Bukan mudah nak bukak bisnes sendiri kalau tak ye ye kan Aina. Yg penting semangat kental dan usaha tu yg kita nak tengok. Biasalah org Melayu, hasad dengki tu kan perkara biasa. Insyaallah ...

    BalasPadam
  6. Dua beradik macam kembar aje...
    Apa yg penting dlm kehidupan berkerjaya ialah minat untuk melakukannya...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah
    Semuga lebih ramai anak melayu kita berjaya dalam bidang membaiki motosikal. Selalu kami melihat taukeh2 cina yg mempunyai kedai baiki motor dan jual motor yg besar2... Bermula dari yg kecil dahulu....
    Seronok tengok anak melayu kita sendiri bersainh dgn bangsa lain.
    Selamat berjaya...

    BalasPadam
  8. ALHAMDULLILAH...semoga terus berjaya.. berniaga, dan kerja sendiri memang memuaskan... cuma kena bersabar lah kann.

    BalasPadam
  9. alhamdulilah dan tahniah buat adik akak...suke lieya tgk anak muda yg berwawasan mcm nie.... skrang ni dah le byk gejala sosial....bertuah akak punye adik yg paham erti tanggungjawab...moga terus berjaya dengan usaha dan doa semua ahli keluarga....in sha Allah...

    BalasPadam
  10. alhamdulilah dan tahniah buat adik akak...suke lieya tgk anak muda yg berwawasan mcm nie.... skrang ni dah le byk gejala sosial....bertuah akak punye adik yg paham erti tanggungjawab...moga terus berjaya dengan usaha dan doa semua ahli keluarga....in sha Allah...

    BalasPadam