Nasi Goreng Kantin Sekolah

9:25 PG JunAina 14 Comments


Ramai antara anak-anak kita yang masih bersekolah tetapi pernah tak kita pantau apa yang anak kita makan di kantin sekolah setiap hari dari segi kualiti mahupun kuantiti. Menjengah kawasan kantin dan melihat pekerja yang memberi layanan pada anak-anak kita. Sebagai manusia biasa memang kita semua tidak sempurna tetapi seboleh mungkin kita ingin yang terbaik buat anak-anak.



Inilah rupanya nasi goreng Rm1 di sekolah anak yang bersekolah rendah, bandingkan saiz pinggan dengan pen di sebelahnya. Nasi goreng kosong tanpa sepotong sayur pun. Carrot di Econsave murah sahaja apa salahnya letak bagi nampak berseri sedikit. Lagi banyak kuantiti tu kalau beli gerai di luar yang jual sarapan pagi.



Teh tarik cawan kecik berbanding pinggan nasi goreng, sepinggan pun Syed makan tak cukup. Syed keciklah bukan Syed bapaknya kalau Syed bapaknya banyak tu lekat celah gigi/


Biasanya anak-anak akan bersarapan di rumah sebelum ke sekolah kecuali pada hari tersebut masakan tak kena dengan selera mereka tapi bagi si bungsu Syed memang akan bersarapan setiap hari. Jadi rutin memasak pagi hari memang tak dapat nak di elakkan sekurang-kurangnya waktu rehat dia makan hanya untuk mengalas perut.


Ini saiz pinggan sebelum GST sekarang setelah GST dilaksanakan dan ramai pulak peniaga mengambil kesempatan entah apa pula yang di hidangkan kepada anak-anak di sekolah. Jalan penyelesaian mungkin boleh menyiapkan bekal untuk anak-anak tetapi mahukah anak-anak yang biasa makan di kantin tiba-tiba membawa bekal kecuali anak perempuan.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. kadang-kadang kantin sekolah melampau betul kan . fikir2 jugaklah khasiat untuk anak-anak ini

    BalasPadam
  2. Itulah sebabnya Aina hari-hari anak kakak bawa bekal. Kalau setakat nak nasi goreng ke mee goreng baik kita goreng sendiri. Anak dara kakak lagi cerewet bab makan di kantin itu sebab hari-hari bawa bekal..

    BalasPadam
  3. Rasanya kalau nasi goreng w sikit telur/carrot/ dalam piring kecik tu boleh lagi kot jual < $1, wallahualam.

    BalasPadam
  4. anak2 saya tidak membawa bekal dari rumah, selalu bf dulu di rumah..apa yang ada di rumah, makan je...

    BalasPadam
  5. Jauh beza dengan nasi goreng kantin sekolah zaman Farah dulu kak...

    BalasPadam
  6. saya pun sedang melatih anak2 bawa bekal ke sekolah...biar dia biasa.

    BalasPadam
  7. tu la .... parent ke la rajin sediakan bento utk anak2 demi pekembangan fizikal dan minda diorg .. tah brape byk msg dibubuh dlm tu ...l satu pihak sekolah kena pantau jugak kantin tu ....sediakan mknan berkhasiat utk pelajar...kan mmg ade jk pemantau kantin

    BalasPadam
  8. aduhla kak... rm1 sesikit itu, dulu2 zmn dana baru 20sen je sepinggan o 50sen...
    kadang2 kantin sekolah pun pndai amik kesempatan, ssh nk jumpa pengusaha kantin yg jjr meniaga utk anak2 sekolah nih

    BalasPadam
  9. kuih donat tu pulak berapa di jual?
    mmg parents kena turun pantau..
    dan bawak ke mesyuarat PIBG

    BalasPadam
  10. Itu namanya nasi goreng O, nasi goreng telanjang atau nasi goreng malas....

    BalasPadam
  11. aderker yer... mentang2 budak tak komplenkan.. tuler ramai yang ambik kesempatan...

    BalasPadam
  12. Tak ptt buat sampai mcm tue kan akak.. Nasi goreng kosong mcm tue jer... Sanggup lg ssh payah masak utk bekal anak kalau mcm tue rupanya...

    BalasPadam
  13. bawa bekal.. lebih berkhasiat , selamat , berkat kasih ibu & jimat...

    BalasPadam