Bayang-bayang Hari Tua

10:25 PG JunAina 14 Comments


Bila tengok anak-anak yang sudah besar di depan mata terasa cepatnya masa berlalu, rindu masa mereka kecil yang sentiasa meriuhkan rumah. Rumah yang sentiasa bersepah dengan mainan di lantai, tak pernah sekemas rumah orang lain. Sekejap kemas pusing ke dapur tengok bersepah lagi. Belum hiruk pikuk anak-anak bermain, bergaduh berebut barang mahupun berebut siaran tv kegemaran masing-masing. Kadang-kadang mama pun tumpang pening mencari botol susu yang di mana minum kat situ letak, kadang-kadang bergolek ke bawah sofa, meja makan bawah kabinet dapur mahupun bawah katil. Stress sangat rasanya.







  
Bila berjalan pula terpaksa siapkan beg susu dan pampers serta makanan untuk mereka selain dari baju sebagai bekalan sekiranya tiba-tiba pampers yang digunakan bocor atau anak-anak muntah. Masa anak-anak kecil banyak belanja di habiskan untuk susu, pampers dan untuk bayaran penjaga. Waktu itu perbelanjaan itu menjadi keutamaan. Memilih pampers yang bagus juga adalah perlu untuk mengurangkan perbelanjaan, kalau murah sangat cepat pula bocornya kalau yang mahal pula tak mampu di beli jadi sebagai ibu perlu bijak membuat keputusan dan semua itu memerluka ilmu juga. MOM TIPS: HowTo Choose The Right Diaper For Your Baby. Extra Dry, Super Comfy. Makanan pula biasanya bubur nasi di masak sendiri, bekalan nestum sebagai tambahan juga biskut buat kudapan anak-anak. Semua dibekalkan dan dihantar ke rumah penjaga.




Sekarang masing-masing sudah besar sudah jadi anak dara dan anak bujang, meriah rumah semakin berkurang, masing-masing sudah menjadi kawan mama. Tinggi ketiga-tiganya sudah melebihi mama. Sesekali terdengar juga riuh-rendah di rumah bila si abang mengusik dan menyakat adik-adik, kakak pula pantang di usik nyaring sahaja suara dia menjerit manakala adik pula kalau disakat melentinglah cuma kadang-kadang bila mereka bermain seperti anak kecil berlari di dalam rumah pening juga dibuatnya.

 




Masa mereka bersekolah masih ada di rumah dapatlah menjadi kawan tetapi bila masing-masing mula melanjutkan pelajaran ke kolej nanti semakin sunyilah rumah. Abang dan kakak cuma berselang setahun kemudian tinggallah adik yang akan mengikut jejak abang dan kakak 3 tahun kemudian. Tika itu rumah akan menjadi terlalu sunyi, tiada lagi suara mereka memeriahkan rumah. Tiba-tiba rasa sebak. Bayang-bayang hari tua semakin mendekat rupanya. Fitrah kehidupan namun masih banyak lagi perkara lain yang boleh di buat untuk mengisi masa sehingga tiba detik itu gunakalah sepenuhnya masa yang ada bersama mereka.




You Might Also Like

14 ulasan:

  1. anak-anak ... klu dah besar nanti pasti kita akan rindu keletah anak kecil kan ....hargai masa diorg sekarang

    BalasPadam
  2. jgn lah sedih kak, semua org dpt merasa menjadi tua...
    beruntung akak dpt menikmati saat2 membesarkan mereka semua

    BalasPadam
  3. Pantasnya nasa berlalu pergi..subhanallah..

    BalasPadam
  4. Begitulah lumrahnya Aina. Kita ni anak sikit bapak kakak tu anak 8 pun akhirnya tinggal sendiri. Ikut anak paling lama pun seminggu aje. Ikutkan aje mana dia suka..

    Akan tiba giliran kita itu yg pasti..

    BalasPadam
  5. Betul aina. Makcik nangis masa yg sulung masuk asrama ,form 4.
    Now dua dua anak dah kerja n dok kl, sunyi tau

    BalasPadam
  6. sedihnya saya baca entry ni kak.. sebab saya bayangkan waktu saya nanti pun akan jadi macam tu.. Moga anak2 kita semua membesar dengan baik hendakNYA.

    BalasPadam
  7. Acik dah rasa kesunyian tu Aina

    BalasPadam
  8. Itulah lumrah kehidupan..macam CM ni, tetiba ada pulak si Deeja, adalah teman bermain di rumah. Kalau tidak memang sunyi sepi la rumah ni..

    BalasPadam
  9. Yelah kan Aina.....lumrah alam namanya, yg muda akan tua, yg tua akan pergi....

    Gembira tengok mereka membesar tp bila melihat kedalam diri sendiri, kita semakin tua rupanya....huhu...

    BalasPadam
  10. agaknya camtu la umi n walid saya rasa kan...tambah skrg pakat nak kawen dah semua... nasib la ada adik bongsu tu...tu pon kadang2 kalau blk as, dia xbg balik perlis dh..dia kata sunyi

    BalasPadam
  11. Rasa sebak pulak sebab sambil membaca sambil dok bayangkan keadaan sendiri nanti cemana bila di tinggalkan anak2 demi mengejar ilmu.mesti sunyi je..dah la anak 2 orang je..huhu..sedih nya..

    BalasPadam
  12. Harga barang naik turun...tapi umo tak turun2...tetap naik dan naik...hehe...

    Dah lama tak singgah sini...

    BalasPadam
  13. salam kak , sy skrg terasa huru hara tu .. akan datang lah tu kalau panjang umur rasa sunyi2 pula ..hu

    BalasPadam
  14. Lumrah Alam... kak Zai dah rasa anak2 membesar, masuk U, anak2 berkeluarga dan tinggal berdua dengan hubby. Nasib baik anak perempuan kak Zai baru bekerja dan tinggal dengan kak zai semula.

    BalasPadam