GST Emas

3:02 PTG JunAina 16 Comments


Wanita dekat dengan perhiasan terutama barangan kemas walaupun kadang-kadang kita kata tak suka tapi kalau tiba-tiba seseorang hadiahkan mesti kita gembira. Ada juga yang kegemarannya mengumpul barangan kemas selain tukar-tukar pakai boleh di jadikan aset manalah tahu tiba-tiba suatu hari kita terdesak memerlukan duit tak perlulah tebalkan muka minta pinjam sana-sini. Hari esok tiada siapa pun tahu di mana rezeki kita. 1 April bermula GST atau Good & Service Tax sebanyak 6% yang tengah hangat di perkatakan sana-sini. GST Emas pun ada tau…


Cuma nak kongsi tak perlulah hari ini berpusu-pusu pergi kedai emas berebut-rebut sampai pitam sebab nak beli barangan kemas untuk elakkan GST esok. Bagi yang nak tukar barang kemas lama dan beli yang baru tak perlu risau sebab yang tu tak ada GST kalau ada kedai yang charge GST untuk `trade in’ sila report. Ada juga kedai emas yang mengamalkan win-win situation di mana tuan kedai boleh memberi kelonggaran unuk mengelakkan GST bagi emas baru. Nak tahu kedai mana sila email saya dan saya akan bagi alamat supaya anda dapat membeli barang kemas tanpa perlu emmbayar 6% tersebut selepas 1 April terutama sekali buat bakal-bakal pengantin.


Masa muda-muda saya tidak suka  memakai barangan kemas tetapi bila umur mula meningkat kalau keluar rumah tak pakai cincin rasa serba tak kena rasa tidak sempurna. Saya tidaklah menjadi pengumpul tegar barangan kemas sekadar serba satu sahaja yang ada tetapi kalau saya banyak duit mungkin saya akan beli juga yang lain bagi menambah koleksi yang ada. Agaknya itulah tanda-tanda penuaan bila suka kumpul barangan emas.


GST adalah benda baru yang terpaksa kita hadap tetapi setiap satu perkara mesti ada pro dan kontranya, ada kebaikan ada keburukan tidak semua perkara buruk dan tidak semua perkara baik seperti kita juga. Jadi membacalah supaya kita dapat menambah pengetahuan tentang GST. Ilmu mengelakkan kita dari menjadi dungu mahupun didungukan oleh orang lain. GST Emas? Tak perlu risau sebab bukan tiap-tiap hari kita beli emas seperti kita makan nasi berlaukkan ikan mahupun ayam.





Cincin baru saya tukar cincin lama sebab patah beli design yang simple tak perlu berkerawang bagai untuk mengelakkan patah lagi. Orang lasak macam saya tak boleh pakai design yang canggih-canggih ikut hati beli sahaja cincin belah rotan. Cincin ini tak ada GST ya sebab tukar yang lama beli yang baru cuma tambah duit sikit supaya dapat beli yang padu dengan harapan tak akan patah lagi.


16 Rider Beraksi:

Sakitnya Tu Di Sini Epilepsy

1:34 PTG JunAina 16 Comments


Hampir dua minggu berlalu 11hb Mac jam 6.45am tetapi setiap kali teringatkan detik-detik dia rebah, menggelupur, kejang, mulut berbuih dan terus terkulai diam hati bergetar dan berdebar-debar. Ketika itu terasa seolah-olah dia akan pergi meninggalkan saya. Cepat-cepat beristighfar membaca apa yang terlintas di kepala kemudian berdoa agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Sebagai ibu hati menjadi terlalu rapuh bila berhadapan situasi anak-anak yang sedang menaggung derita.


Saya tidak bersedia untuk menghadapi situasi tersebut, semasa dia berumur 10 tahun sekali dia pernah mengalaminya tetapi dalam keadaan sedar. Kali ini agak berlainan bila dia kejang seluruh badan, rebah tidak sedarkan diri, Jiran yang kebetulan hendak pergi kerja sampai dulu, kemudian jiran sebelah rumah berlari membawa ais dan tuala yang dilap kebadan Iqbal Hadi. Adik dan suami datang memberi bantuan apa yang patut dan saya hanya kaku memandang dengan dada yang bergetar namun tiada setitik air mata yang jatuh pun di pagi tersebut. 


Pada mulanya saya menghubungi ambulans kemudian saya membantalkannya dan membuat keputusan untuk membawa sendiri ke hospital setelah dia separuh sedar. Mendapat rawatan awal di KPJ Kajang Specialist dan kemudian di pindahkan ke KPJ Ampang Puteri kerana Neuro Specialist sedang bercuti panjang kerana patah kaki. Kemudian saya memandu pula ke Ampang walaupun hati sangat gusar mulut saya tidak henti berzikir dan berdoa agar tiada apa-apa yang serius.



Rawatan awal di KPJ Kajang Specialist. Separuh sedar tambah air, ambil darah dan ECG. Alhamdulillah semuanya normal tetapi perlu berehat di hospital untuk pengawasan 24 jam. Hati ibu tetap resah walaupun dia sudah mampu bercakap.



Sampai di KPJ Ampang puteri terus di rujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan daftar untuk masuk wad sekali dan dibawa ke bilik rawatan untuk berehat sementara menunggu katil kosong kemudian menjalani brain MRI. Masa ini saya sedikit lega bila dia mula bercakap, minta minum dan makan. Nasib baik sebelum itu saya sempat singgah membeli nasi lemak semasa balik mengambil barang di rumah. Kakak ponteng sekolah tolong jagakan abang sementara mama bawak kereta, dua-dua tak ambil peperiksaan. Sistem sekolah sekarang sekiranya tidak hadir semasa hari peperiksaan tiada ulangan peperiksaan boleh diambil kecuali murid tersebut mewakili sekolah dalam acara tertentu.



Doktor Lim Poh Hin Neuro Specialist sedang membuat ujian fizikal. Ujian keseimbangan berjalan, ujian mata, ujian tindakan reflect bagi kedua belah badan kiri dan kanan, ujian kekuatan tangan dan kaki untuk mencari andai ada kelainan bagi kedua belah badan tersebut. Alhamdulillah segalanya normal. Sebenarnya doktor pakar ini bertugas di Hospital Serdang.


Kami bermalam di hospital saya hanya merebahkan diri di atas sejadah disebelah katil dan Kakak Hayani pula tidur di atas sofa di lounge untuk bilik 4 katil tersebut. Adik Hikram tinggal bersama Umi dan Ayah. Hari ke dua kami berkampung di KPJ Ampang Puteri dia menjalani EEG iaitu mengambil brain reading activity. Alhamdulillah juga normal dan dibenarkan pulang bila tiada kes berulang dalam masa 2 hari tersebut. Punca mungkin stress sebab minggu peperiksaan, cuaca panas dengan aktiviti bola dan futsal kemungkinan kekurangan air, tak cukup tidur atau rehat. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga aktiviti dia dikawal sepenuhnya buat masa sekarang.


Langkah awal yang saya ambil adalah dengan membaca lebih banyak maklumat berkenaan epilepsy atau sawan dalam bahasa. Langkah berjaga-jaga serta pencegahan juga langkah yang perlu di ambil apabila kes seperti itu berlaku lagi kelak. Saya juga harus belajar mengawal keadaan dan tidak panik. Pasti ada hikmah yang tersembunyi apabila saya dan dia diduga sebegini. Mungkin kebelakangan ini saya dan dia semakin menjauh jadi Allah dekatkan kami semua dengan memberi sakit kepada dia. Doa tak pernah putus moga dia dan saya tidak akan diuji sebegini lagi.



16 Rider Beraksi:

Anak Slow Learner Kerana Surah Al-Baiyinah

2:29 PTG JunAina 25 Comments


Terasa diri kecil-sekecilnya, terasa tak berguna, tak berdaya perasaan ingin menangis bertalu-talu menghentak hati. Terasa diri seolah-olah gagal menjadi ibu yang baik buat dia sehinggakan mengabaikan apa yang sepatutnya menjadi hak dia.


Mama adik tak nak sekolah esok.

Kenapa? Kerja sekolah tak siap eh?

Tak... Ustazah suruh baca surah ni ayat 1-4 tapi adik tak tahu nak baca. Adikkan baru baca Iqra 2.



Terasa ada batu yang menghempas kepala, berat sehinggakan pandangan menjadi gelap. Mendidik dia memerlukan kekutan mental serta kesabaran yang tinggi. Sebelum ini dia telah menghabiskan sehinnga Iqra 6 dan kemudian ustazah pula berpindah, untuk menghatar dia mengaji juga memerlukan masa yang lama untuk serasikan dia dengan ustazah. Selepas itu dia enggan ke mana-mana ustaz atau ustazah lagi. Kesibukan dengan rutin harian membuatkan saya alpa dengan tanggungjawab yang satu ini sehinggalah akhir-akhir ini saya seolah-olah dikejutkan dari lena yang panjang. Mengambil inisiatif untuk mengajar dia sendiri, mungkin itu yang terbaik buat dia. Kami sama-sama mengaji setiap lepas solat magrib, saya membaca Al-Quran dan dia mengulang kembali dari Iqra 1. Alhamdulillah dia masih lancar di Iqrak 1 dan 2 tetapi saya ulang-ulangkan banyak kali agar lebih melekat dihati.


Siapa yang tak ingin anak cemerlang di dalam pelajaran, cemerlang di dalam hidup. Mendapat nombor terbaik di dalam kelas mahupun mendapat pujian dari guru-guru, itu impian semua ibu-bapa. Rezeki Allah s.w.t telah tentukan anak bungsu saya sedikit kekurangan berbanding abang dan kakanya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi pasti ada hikmah di sebaliknya kenapa Allah s.w.t kurniakan saya anak 'slow leaner' seistimewa dia.


Kisah kelakar. Suatu hari saya minta dia masukkan tupperware ikan ke dalam peti sejuk sedangkan saya enak berbaring di depan televisyen.

Mama tupperware ikan kucing ke (kucing kat rumah makan ikan tupperware memang diasingkan)?

Ya. Masukkan kat bawah.

Bila bangun saya lihat tupperware yang dipenuhi ikan masih di atas kabinet dapur laju saya buka peti ais. Ya-Allah anak kenapalah letak tupperware kosong ni? Rupanya tupperware yang ada kat luar tu bukanlah yang biasa saya gunakan untuk letakkan ikan untuk makanan kucing. Memberi arahan dengan jelas sehingga dia faham adalah perlu. Sebab itu kadang-kadang sekiranya ada pesanan atau arahan dari guru jarang dia dapat sampaikan secara sempurna.


Saya perlu bangun saya perlu bangun dari kesakitan ini, membetulkan diri sendiri supaya dapat membantu dia, Menyembunyikan kesedihan agar saya dapat memberi kebahagiaan pada masa hadapannya.


Nukilan hati seorang ibu.



25 Rider Beraksi:

Langkah Pertama Tanyalah Allah

1:49 PTG JunAina 11 Comments


Walau apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini langkah pertama adalah paling penting. Jika kita tiada keberanian untuk memulakan langkah pertama bermakna tidak akan ada langkah-langkah seterusnya. Selepas langkah pertama kita akan melalui jatuh-bangun yang melengkapkan kitaran sehingga kita mampu berdiri gagah dan berlari.


Begitulah juga dengan setiap cita-cita kita. Angan-angan yang hanya di simpan tiada tindakan hanya mati di situ sahaja. Hanya keberanian yang akan membantu kita berjaya, memecah angan-angan yang bergelumang hanya di kepala. Bernikan diri untuk memecahkan ruyung kemudian cedoklah sagu semahunya.


Sebelum itu tanyalah Allah s.w.t apakah langkah pertama kita akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Mohon kepadanya semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan. Moga pengakhirannya kita akan merintis kejayaan.



11 Rider Beraksi:

Tudung Instant Denim Printed Online

9:39 PG JunAina 18 Comments


Semalam dah post Instant Shawl Plain hari ini kita tengok pula koleksi Tudung Instant Denim Printed. Datang dalam dua corak dan warnanya lebih kurang sama sahaja. Jom jamu mata kalau berkenan bolehlah beli.


Instant Shawl Denim Printed  – Rm25
Selagi stok masih ada.
Senang dibentuk, selesa dipakai dan tak panas.
Whatsapp 0173022257/Email juna_ai@yahoo.com
Boleh Follow FB : Junaina Abdullah
IG : junainaabdullah




Model rasmi saya menggayakan Tudung Instant Denim Printed.


B03 adalah warna tourquios dan B04 adalah warna biru.




Boleh jamu mata boleh oder kalau berminat. Sekarang ni mana-mana pun heboh tudung instant ni senang nak pakai sarung pusing je letak pin sikit dah siap. Jimat masa terutama bagi ibu-ibu bekerjaya yang sentiasa sangat sibuk di waktu pagi.


18 Rider Beraksi:

Instant Shawl Murah Online

12:11 PTG JunAina 8 Comments


Kawan-kawan nak promote instant shawl kejap…
Instant Plain Cotton Lycra – Rm25
Selagi stok masih ada.
Senang dibentuk dan tak panas.
Whatsapp 0173022257/Email juna_ai@yahoo.com
Boleh Follow FB : Junaina Abdullah

IG : junainaabdullah




Warna biru ini masih ada sehelai yang tinggal.




Boleh oder mengikut kod yang diberi.


Sekarang tengah hot-hot tudung Neelofakan, bagi yang berkemampuan bolehlah beli tudung Neelofa yang mengancam tu. Bagi yang teringin nak pakai design yang sama dan tak mampu beli yang original brand Neelofa tu boleh try tudung ni. Kain lebih kurang sama je kualitinya, alah membeli menang memakai. Kalau Neelofa kita beli dapat sehelai tapi dengan harga yang sama boleh dapat 2 helai untuk tudung ini.




8 Rider Beraksi: