Gesel-Gesel Peha Dalam Komuter

9:43 PG JunAina 29 Comments


Pagi-pagi kejar train, terpaksa beli tiket di Stesyen Kajang secara manual. Sebelum ini ada mesin dalam kaunter sekarang tulis tangan pulak. Punya panjang berbaris. Semalam balik kerja kaunter T&G di Stesen Dang Wangi off-line dan di KL Sentral pulak dah tutup tapi bila ada sorang budak India hulurkan T&G elok ja petugas tu ambik dan tambah nilai. Saya segan sebab dah tulis tutup nanti dikata tak faham bahasa.


Berlari naik tangga turun tangga akhirnya saya dapat train pukul 7.45am tapi tak sempat dah nak berlari ke coach wanita hanya sempat sampai ke pintu bahagian kepala terpaksa berhimpit-himpit di coach biasa. Ada ruang di bahagian kerusi roda saya tersepit di situ dengan seorang lagi perempuan dan sebelah kiri saya seorang lelaki berbadan agak besar duduk di kerusi.


Mula-mula keadaan aman sahaja, lama-kelamaan kepala lelaki tersebut mula dah lentok-lentok kat peha saya. Bab ni paling menyampah. Saya gerak ke kanan sikit. Lama-lama lagi kepala dia semakin condong ke peha saya jugak. Mungkin dia benar-benar tertidur tapi sikap dia tu buat saya tak selesa. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Bila ada penumpang turun saya beralih tempat membelakangi dia dengan jarak yang lebih antara kami. Boleh dia terlentok menggesel punggung saya pulak. Rasa nak pusing baling je dengan botol air.


Saya minta maaf dengan budak perempuan sebelah saya kerana terpaksa menghimpit dia sedikit sebab lelaki sebelah tu sedap-sedap gesel peha saya semasa tidurnya. Dia angguk dan senyum. Esok tobat tak masuk dah coach bercampur ni biar kena tinggal train tak apa asal dapat naik coach wanita dan rasa selamat.


Bagi penumpang-penumpang train mahupun bas dalam keadaan berhimpit-himpit tolonglah faham sensetiviti orang lain jugak. Jangan nak fikir mengantuk serta letih kita sahaja. Jangan kerana kita orang lain rasa tak selesa walapun perkara itu terjadi tanpa kita sedari. Tak pasal-pasal nanti kena sumpah-seranah sia-sia.


You Might Also Like

29 ulasan:

  1. cheh!!
    gatal!
    letak botol air tu kat tepi kepala dia tu

    BalasPadam
  2. Bahaya jugak kan..
    takkan tertidur sampai lentok gitu tak orang nya 'masih lagi tidur' kan..

    Kalau myra geram jugak ha

    BalasPadam
  3. Org cam ni kadang2 kene penampar jer sekali... huhu

    BalasPadam
  4. Awat akak tak sekeh jer kepala dia.. ish mcm ambik kesempatan jer gayanay tue.. huhuhu

    Akak mtk tlg pm address akak kat link farah nie.. nak pos hadiah utk top commentator.. =D
    https://www.facebook.com/pages/Mrs-Secretarys-Blog/129136593891755

    BalasPadam
  5. Komuter nie memang macam tu la gayanya walaupun dengan tren gerabak baharu - bila time peak hours memang sesak nafas laa...

    BalasPadam
  6. mcm2 ragam ye kak..
    kalau yg betul2 trtido bleh dimahapkan lg lah wpun x rela.. tp kalau yg sengaja2 tu rasa nak lempang je kuat2.

    BalasPadam
  7. makaii..siap gesel paha lagi...tidur baring ke mamat tu kak jun

    BalasPadam
  8. tak jatuh pulak yek bdk laki tuh, melampau beno tido sampai tersengguk2 gitu kene kt peha org, kalu dana kejut je dia kak... biar dia sedar, ntah2 dia bt2 lak...

    BalasPadam
  9. Saya bkn nk cakap ape la..tapi mentality org yg naik KTM dgn LRT mmg jauh beza..Saya mmg x suka naik KTM melainkn kalo terpaksa & naik mase bkn peak hour..

    BalasPadam
  10. Saya lagi rimas bila sebelah saya orang negro dan seangkatan dengannya dengan bau yang 'kebabomm'..haha

    BalasPadam
  11. lya tak ada lagi pengalaman mcm tu..memang bikin menyampah kalau jumpa manusia spesis tu kan kan

    BalasPadam
  12. Salam JunAina..Tak pernah naik komuter..blm ada lg pengalaman ketika menaikinya.Tingin gak..Tp HB ckp nak g mana naik komuter..hehehe

    BalasPadam
  13. Betul tu aina ..nextime takpe lah tertinggal janji tak jd camtu lagi ..risau lak ..

    BalasPadam
  14. ntah tido ke tidak, ke saje nak menggatal tuh

    BalasPadam
  15. Kalau saya.. saya terus bangun kak.. dari hati terus sakit baik saya beredar.. huhuhu..

    BalasPadam
  16. dulu masa saya muda remaja, pernah kena gesel... saya sound je.

    BalasPadam
  17. adusss siannyer..patut tolak jer ketepi..hehe

    BalasPadam
  18. bila train tersengguk sikit buat buat terketuk kepala dia dgn botol air kak.. padan ngan muka dia.. mmg la penat.. tapi dah tau duduk depan penumpang wanita jaga la sikit..

    BalasPadam
  19. Bro suka berdiri sambil tidur dalam train.. xtau nape.

    Mungkin sebab dulu naik train hujung ke hujung. So malas nak tidur duduk...

    BalasPadam
  20. alahai... rimas nya .......... kan kak

    BalasPadam
  21. salam kenal

    nanti cuba jirus sket air atas kepalanya. takpon jerit Apii...Apii..Apii
    mesti dia tergesa gesa bangun ..hahaha

    BalasPadam
  22. hahaha. dulu selalu kena mcm tu masa naik bas. memang tension.

    BalasPadam
  23. isskkkk..geram plk bacaa....ambil kesempatan ler tuu gesel org...hati2 yer kak...

    follower #575

    http://notashalimar.blogspot.com/2014/04/jangan-mencemuh-makanan.html

    BalasPadam
  24. tu yg plg sy tkt kalu naik kenderaan awam ni. sy lbh rela berdiri drpd berhdpn dgn situasi sebegini

    BalasPadam
  25. patutnya akak ketuk slow kepala lelaki tu...kejutkan dia..hahaha

    BalasPadam
  26. Kalau kakak kejut aje biar dia sedar..
    Takut dia sengaja Aina..

    BalasPadam
  27. pernah alami perkara yg hampir sama waktu berebut2 naik bas di KL dulu2 .. pengalamnan tu

    BalasPadam
  28. tuler kan keadaan kita naik kenderaan awam.. wlaupun sekali2 naik tapi terasa gak susahnyer.. tapi dari suruh memandu lebih baik bersesak.. tapimemang tak suka kalau der orang tak reti bahasa gitu.. kalau comel ( cam sapa yerk jenuh nak fikir)... tak kisahler benci orang tak sensitif..

    BalasPadam