Hubungan Intim Selepas Keguguran
Melalui entri ini saya berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan tajuk 'Hubungan Intim Selepas Keguguran'. Ini bukanlah entri lucah atau berunsur seperti itu. Sedikit perkongsian mungkin akan memberi manafaat kepada insan-insan lain yang tercari-cari info, moga dapat di manafaat sebaik mungkin.
Mengalami keguguran sedikit-sebanyak akan turut mempengaruhi emosi terutama bagi mereka yang meletak harapan yang sangat tinggi pada kandungan yang sedang di kandung. Tiada sebab-sebab khas yang menentukan kenapa keguguran berlaku dan biasanya di kaitkan dengan ketidaksempurnaan genetik. Keadaan rahim tidak kuat juga merupakan salah satu sebab.
Berpantang selepas keguguran adalah lebih complicated berbanding berpantang wanita bersalin. Ini kerana semasa pantang keguguran kita tidak boleh terlalu panas mahupun terlalu sejuk. Makan juga perlu di jaga terutama elakkan makanan berunsur sejuk (sila rujuk petua-petua Melayu).
Hubungan intim kali pertama selepas keguguran pula sebenarnya terpulang kepada pasangan. Menurut agama setelah habis darah kotor tiada masalah untuk bersama. Semua ini bergantung kepada emosi wanita terbabit. Ada sesetengah wanita seawal dua minggu telah memulakan hubungan intim, sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama.
Mengikut petua masyarakat Melayu seeloknya berpantanglah sebagaimana selepas bersalin. Saya sendiri masih mengekalkan cara pantang tersebut. Menunggu sehingga 45 hari dengan sabar, perlu ada kerjasama dari pihak suami juga. Melakukan hubungan intim secara tergesa-gesa selepas keguguran akan memberi kesan emosi yang kurang baik buat wanita tetapi ia tetap bergantung kepada emosi wanita itu sendiri.
Sekiranya keguguran berlaku dengan sendiri di mana kandungan jatuh dengan sendiri melalui pendarahan kesannya mungkin agak berbeza berbanding keguguran yang terpaksa melalui proses 'D&C' atau proses 'cuci' rahim. Siapa yang pernah melalui pasti akan faham benda seperti ini. Bagi saya keguguran secara 'D&C' memang agak memeritkan, keletihan selepas itu mengalahkan keletihan selepas bersalin.
Tepuk dada tanyalah hati. Badan bukan untuk diguna pakai sehari dua. Jangan esok belum pun umur 40an sudah sakit sana-sini, badan pula bisa-bisa. Cuba kita lihat orang dulu-dulu mereka berpantang yang dikatakan 'kuno' tetapi kegigihan mereka memang sangat berkesan hasilnya.
Seeolok-eloknya berpantanglah kan seperti bersalin selama 40 hari slps keguguran nie...
BalasPadamredha yer kak takder rezki..ade hikmah tu..
Assalamualaikum. Info yang baik dari puan. Paling utama suami mesti dapat memahami situasi isteri. Layanan mesti diberi sama seperti berpantang melahirkan anak. Itulah sebabnya orang lama berpantang dalam masa yang agak lama. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih berkongsi JA.... syukur okje tak pernah mengalaminya.... bersalin belah je ketiga tiga tu
BalasPadamtima kasih kak share info...
BalasPadamNice info. TQ
BalasPadamSaya keguguran dalam usia kandungan 2 bln lps sebulan suami ajak make love.. is it ok ?? Takut effect pada rahim
BalasPadamSaye da terprgnt lepas sebulan..mcm mne yee...?
BalasPadamada kesan x lepas keguguran dalam seminggu lebih dah bersetubuhan dengan suami?
BalasPadam