Berpindah Hospital Kerajaan Ke Swasta - Potong Jari.

6:13 PTG JunAina 11 Comments

Entri ini merujuk kepada N3 kakcik.
Aina tak ada pengalaman berpindah dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan juga tetapi ada pengalaman memindahkan anak dari hospital kerajaan ke hospital swasta.

3 Julai 2008. 11 .45 pagi mendapat panggilan jiran IQBAL HADI telah dibawa ke hospital kerana mengalami luka yang agak teruk kerana bermain mesin basuh.
12.00 Pak Tuan menjemput dan hantar balik ke rumah semetara Pak Tuan keluar semula menziarah sahabatnya yang telah meninggal dunia.
12.45 pm Aina sampai ke hospital. Anak tidur, tangannya pulak berbalut. Terdapat kesan ubat berwarna kuning disekelilingnya. Sabar menunggu kerena menurut Adik doktor akan melawat kemudian. Tunggu.

2.00pm masih menunggu. Intai-intai nurse tanya. Katanya TUNGGU. Sabar lagi.
2.30 rasa macam tak sabar tak ada keputusan. Pergi kaunter bagitau nak pindah hospital. Nurse panggil 'In House Doc'. Bincang dengan doc, suruh TUNGGU lagi.
 Telefon KPJ Kajang Specialist, bercakap dengan Pakar Ortho (Dr. Mazlan). Doc standy tunggu anak di pindahkan.
3.45 doc sampai tapi bukan doc pakar. Bagitau doc niat. Kene tempelak.
'Kenapa puan hospital kerajaan tak cukup bagus ke?'
SABAR...
'Bukan tak bagus doc. Saya faham kes anak saya tak serious, doc pakar banyak lagi kes yang lebih teruk tak termasuk 'emergency' kes seperti kemalangan. Sekarang saya ada kemudahan insurans (office punya je pun...) jadi saya nak guna kemudahan yang ada.'
'You boleh bawak dengan your OWN RISK. Tak ada ambulan kena bawak sendiri'
KPJ tu bukan jauh sangat sepelaung je, ikut jalan belakang lagi dekat! (menggomel dalam hati)
Aina angguk (dalam bengang).
Tunggu punya tunggu dokumntasi tak ada respon!

5.30 pergi kaunter nurse. Tinggikan suara (dah tak sabar sangat).
Terkial-kial buka komputer.
Siapkan surat.
Paling mengecewakan sesangatlah. Hanya SEKEPING surat memberitahu dipindahkan dari hospital kerajaan ke hospital swasta dengan memberitahu kecederaan yang dialami sahaj yang diberi. Bertanya juga mana x-raynya. Nurse jawab. tak boleh bawak.
Kalaulah Aina tahu begitu sahaja akhirannya memang Aina bawak keluar macam tu sahaja anak. Bil-bil kemudian cerita!

5.45 sampai KPJ Kajang Specialist. Register. Doc turun. Tengok jari. Booking OT. Tolak masuk bilik. Tunggu insurans approve. Bersedia dengan duit Rm2000.00 sekiranya insurans lambat approve.
6.45 sebelum sempat bertukar tangan duit insuran dah approved. Tolak ke bilik pra-pembedahan. Tunggu sehingga doc solat magrib. Teman anak di bilik pra-pembedahan. Pakar bius masuk, belek-belek. Tolak masuk OT. Peluk anak sehingga bius melelapkan dia sepenuhnya. Keluar.

15 minit kemudian pintu bilik pembedahan terbuka, nurse bagitau doc nak jumpa. Berdebar. Masuk doc tengah pegang tangannya, belek-belek jari yang kena. Doc minta buat keputusan. Berat. Apa yang bersambung sekarang hanyalah kulit sedangkan uratnya telah diputar dan terputus. Darah merah yang kita nampak dibilik rawatan cuma darah kering yang tidak dibersihkan. Memang sungguh pucat lesi jarinya itu.

Minta nasihat doc. Katanya seeloknya buang tetapi sekiranya Puan hendak sambung juga kita buat. Sekiranya berlaku penolakan dan jari tidak dapat bersambung semakin banyak yang harus di potong. Anak Puan akan menjalani dua kali pembedahan dan dua kali sakit. Bagi saya 10 minit untuk befikir doc. Keluar tanya Adik, menangis (itulah kerjanya dari masuk wad sampai tolak pergi OT, mungkin dia rasa bersalah kerana masa kejadian anak berada dibawah pengawasan dia). Berpusing pada adik ipar meminta pendapat, dia memulang semula kepada aku untuk membuat keputusan. Telefon mak, tiada kat rumah kerana ke masjid. Telefon Pak Tuan kat luar. 'Ikutlah nasihat doc. YANG (merujuk kepada Aina) nak potong banyak ke potong sikit?' Akhirnya dengan berat hati Aina ikut nasihat doc.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tetapi entah berapa banyak air mata Aina dan Adik gugur hari itu. Akhirnya Aina, Adik, Hayani dan Hikram bermalam kat hospital.



Inilah rupanya budak yang kena potong jari pada 3hb Julai 2008 dan pada 4hb Julai dia menyambut harijadinya yang ke-8. Majlis kesyukuran diadakan seminggu selepas itu kebetulan jugak Pak Tuan mendapat kenaikan pangkat. Alhamdulillah...



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Alhamdullah sihat dah dia, senyum ja tu =)

    BalasPadam
  2. Kalau nak pindah ke hospital swasta, mungkinlah Dr tu bengang, ini nak pindah ke hospital kerajaan pun dia boleh buat bangang... Jadinya, kita pulak yang terlebih bengang. :(

    BalasPadam
  3. terasa syahdu nyer..

    maaf br sempat nk jengah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Jun,

    Alhamdulillah semuanya dah selamat.

    Kisah hospital ni macam-macam, tengok keadaan dan masa. Kalau yang bernasib baik dan kebetulan ada rezeki lebih boleh ke hospital swasta, tapi pada yang tak mampu terpaksalah menerima seadanya.

    BalasPadam
  5. huhu.. harap akak bersabar.. dugaan.. salam kenal kak. free2 jmput singgah blog.

    BalasPadam
  6. Aina..ramai yang mengalami apa yang aina alami.

    BalasPadam
  7. huhu..xtau la mcm mna klu cma yg ade kat tmpat akak waktu tu..waktu anak cma admit wad sbb kene air panas pun dah x senang ddk..

    pengalaman pindah hospital x penah lg..ssh jugak klu situasi dok n hospital mcm tu..nk mintak byk2 kali baru nk buat kejenye..

    BalasPadam
  8. mampu tersenyum depan kek....

    alhamdulillah

    BalasPadam
  9. kadang2 benda mudah jadi susah kak cik bila kita memberatkan keadaan. sekiranya doc mahu memahami keadaan kita alangkah bagusnya dan dengan senang hati kita akan memahami situasi doc jugak...

    BalasPadam