Tagline Produk Kecantikan

9:24 PG JunAina 19 Comments

Menyelak helaian-helaian majalah bila pagi ini server down di pejabat. Buang masa bila semua file tak boleh nak acces dan juga internet tak boleh nak masuk jugak. Pagi-pagi bila jadi macam ni mood pun dah sedikit merudum untuk melakukan kerja. Buka program pun slow. File kat server langsunglah tak boleh masuk.

Banyak produk-produk kecantikan yang diiklankan di dalam majalah. Positif. Kebanyakannya usahawan Melayu yang cuba memecah kepompong. Tradisi berniaga biasanya dimonopoli bangsa asing. Kini kita juga tak mahu kalah.

Macam-macam cara untuk menarik pelanggan membeli barangan masing-masing. Mengiklankan hanya yang terbaik. Pelbagai tag line dan ayat juga di gunakan.

Antara yang menarik perhatian:

1.        Nenek kebayan dah jadi putri salju (kononnya dulu tak cantik sekarang dah cantiklah).
2.     Phewittt!! Wanita tong dram dah jadi macam bintang filem (ada jugak bintang filem yang tak   selim melim).
3.      Sabun mandi bunga bangkit seri pulihkan aura (senang sekarang nak mandi bunga pun ada sabun tak payah cari bunga tujuh jenis).
4.  Tenaga muda, kulit cantik, dalaman mantap, payudara anjal (kenyataannya kita tak boleh melawan fitrah hidup tetapi untuk melambatkan mungkin boleh).

Tagline menarik.

1.       Sihat Dalaman Cantik Luaran (tagline ini munasabah).
2.       Pesona Warna-Warna Gemilang Menyerlahkan Penampilan Membangkitkan Keyakinan (warna-warna ceria mempengaruhi keceriaan hidup).
3.       Sesuci Sentuhan Alam.
4.       Produk Terhebat Abad Ini.
5.       Sayang Suami Cinta Isteri (rasanya semua orang pun macam tu).
6.       Kulit Yang Cerah Berseri, Wajah Yang Jelita, Keyakinan Tiada Tandingan…
7.       Kecantikan Abadi lahir Dari hati Yang Suci

Walau apa juga cara pengiklanan kita diharap ianya tidaklah keterlaluan. Kadang-kadang ada iklan yang kita sendiri rasa malu untuk melihat mahupun membaca. Mutu barang juga haruslah dijaga agar setanding dengan harga. Tidak pula menipu pengguna dengan iklan yang gah tetapi hasilnya sangat mengecewakan. Memajukan perniagaan memerlukan kerja kuat, mengukuhkan perniagaan memerlukan kepercayaan berterusan pengguna. Para pengguna pulak bijaklah membuat pilihan. Sesuatu barang mungkin akan memberi  kesan yang berlainan kepada seorang yang lain.



You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Kakak yg malu bila iklan payudara montok siap tunjuk kemontokan itu betul-betul - malulah juga kan sebab tunjuk 'harta' sendiri dan ramai yg tengok lagi...

    BalasPadam
  2. selalu tengok kat news paper *****....tagline melebih2 sangat sampai macam dah tak ada rasa malu...kita yang nak membaca ni pun malu...tapi tak tau la betol ke idak kosmetik yang dia jual tu setanding dengan tagline:)

    BalasPadam
  3. kadang2 baca testimoni pengguna pun jadi malu sendiri..huhu..

    BalasPadam
  4. Salam,

    Betul tu..Iklan ayat power tapi keberkesanannya takde pon yang di iklankan.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    Alhamdulillah....Aina dah cantik semula jadi.....

    BalasPadam
  6. tagline 1 hal, testimoni pon 1 hal.kdg kala x munasabah langsung hehehe

    BalasPadam
  7. Berniaga ni kena jujur dan jaga kualiti barang. jadi orang tak serik membelinya.

    Maklong Jarang beli barang online.

    BalasPadam
  8. assalam,

    singgah sekejap baca cerita pasal iklan kecantikkan..

    BalasPadam
  9. gitulah nak menarik perhatiankan... asalkan boleh diterima okler...

    BalasPadam
  10. macam-macam cara yang mereka gunakan untuk tarik perhatian pembelikan ^_^

    BalasPadam
  11. mcm2 produk sekarang, cuma pilih yg terbaik je la...

    BalasPadam
  12. betul aina. malu nak baca. kadang cerita perempuan dapat "pucuk" muda,next time kena syorkan, newspaper pun kena bagi kategori 18SX

    BalasPadam
  13. Tag line tu satu hal...

    Yg sedihnya, bila body gemuk, tutup aurat elok aja, bertudung...baju longgar..

    Bila dah slim, tudung terbang, baju sendat sebab nak tayang bentuk body yg menawan katanya..

    Untung seguni kat dunia, rugi sekontena kat akhirat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya setuju sangat. Saya pun sedih bila benda tu berlaku. Apa? Masa dah kurus, dibolehkan tayang semua benda tu ke? Kurus aje, pakai kebaya. Gemuk aje pakai kebarung. Mentaliti penjajah betul.

      Yang si model tu pun dengan suka dan rela hati nya membenarkan diri dieksploitasi.

      Padam
  14. kena cari tagline yg catchy supaya orang senang ingat produk kita :)

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    Kak Ton jugak yang comey la la la

    BalasPadam
  16. Betullah... kadang tu ada iklan suami isteri...malu kalau keluar iklan depan anak

    BalasPadam
  17. ermm betul tu mcm2 tagline yg diguna utk tarik planggan kan.... skang bukak jer fb berlambak page shop....hihi.....

    BalasPadam
  18. Oh, saya sudah berhenti percaya akan tagline ini, lagi² untuk produk kuruskan badan. There is no such thing as minum this juice, and it will make you slimmer and beautiful. NO! Not WITHOUT a proper daily food intake and a continuous exercise. So, you don't actually need that so-called slimming juice if you can get slimmer just by exercising and jaga ambilan kalori harian, kan?

    Sebab lain adalah, saya ada seorang kenalan, dia kurus sebab tidak makan nasi dan dia kerap senam. Bila sudah kurus, dia pi hantar gambar sebelum dan selepas ke satu company slimming tea ini untuk buat iklan, kononnya dia kurus sebab minum tea itu.

    Satu penipuan, kan?

    BalasPadam