Chef Asma In The House

9:34 PG JunAina 27 Comments


Kecik dan menggiurkan....ahahhaaa... Derhaka kat cikgu weyyyy...ahahaaaa... Nampak kecik tapi suara dia punyalah kuat, garang pulak tu. Senyap je anak murid dalam kelas takut kena tembak. Adat cikgu dengan anak murid garang baru cepat dapat kalau baik sangat nanti anak murid pijak kepala tambahan pulak ada anak murid yang lagi tua dari cikgu.


Alhamdulillah saya selesai menghadiri Kelas Talam Bahagian 1 di Chef Asma Culinary Studio pada hari Sabtu 15hb Febuari. Saya menghadiri kelas untuk menambah ilmu di samping itu dapat juga menambah kenalan. Saya dapat kawan-kawan sekelas yang sangat sporting dan baik-baik belaka. Insyaallah ukhwah yang ada tetap akan berpanjangan. Siapa tahu suatu hari kelak saya akan jadi taukeh kuih talam.


Kelas Talam Chef Asma adalah secara 'hands on' diajar dari menimbang barang, membancuh, teknik memasak, teknik menuang, mengukus, memotong sehinggalah teknik membungkus. Chef Asma juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan dia. Chef yang hebat sebab pernah bertugas di Istana Nurul Iman.



Saya pergi belajar di sinilah. Nak ilmu mesti kena ada pengorbanan tak kira duit mahupun masa.



Bukti saya bertungkus lumus belajar memasak kuih talam di sana, bukti juga ia adalah kelas hands on. Jadi jangan risau semua orang akan ada peluang untuk main masak-masak.



Kak Habsah beria-ia ajak saya pergi kelas talam sebab dah ada geng umpama orang mengantuk di surungkan bantallah saya. Minat dah lama tapi sorang-sorang nak pergi saya segan.


Kelas sedang berjalan, yang comey tulah Chef Asma. Kecik-kecik cili padi tapi menyengat! Hebat suara dan tangan sama-sama jalan. Hari tersebut chef siapkan 24 dulang kuih talam.



Teman sekelas. Shahrizan bertudung pink baju oren lupa pulaklah namanya dia mai jauh dari Aloq Staq semata-mata nak tuntut ilmu.



Chef Asma ajar memotong kuih talam. Semua gigih mendengar penjelasan dari chef. 



Hasil penat lelah saya dan kawan-kawan bersama chef dapat bawak balik sekotak kuih talam...yeyyyy...


Chef Asma Culinary Studio bukan sahaja menyediakan kelas-kelas masakan yang best tetapi juga ada menjual pelbagai barang dan peralatan memasak. Saya dah berkenan dengan Trio Steamer yang di jual lebih murah dari harga pasaran selain itu ada juga pengukus khas yang di bawa masuk dari Indonesia. Target saya ada dua Trio Steamer dan Oven Trio. Jangan risau bila pergi kelas chef akan kenalkan satu-persatu barang dan boleh sahaja beli di sana jugak.


Insyaallah masa akan datang saya akan sertai lagi kelas-kelas Chef Asma. Ada 2-3 kelas yang menjadi target saya sepanjang tahun ini moga-moga murahlah rezeki saya untuk ikuti kelas chef nanti. Selain cari ilmu memasak manalah tahu tiba-tiba saya ingin berubah angin dari tekan-tekan keyboard kepada uli-uli tepung pulak.


Entri ini saya kongsi dengan izin dari Chef Asma.



You Might Also Like

27 ulasan:

  1. ..semoga usaha gigih membawa berkat, seronok sebenaqnya memasak ni..ada lelaki join ke Aina. :))

    BalasPadam
  2. wah rajinnye akak masuk class blajar buat kuih..nampak cam best je kuih talam tu..nanti bole la jamu mamilisa ye..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin tak rajinlah tapi memang rasa minat sangat nak belajar masak memasak secara skill yg betul bukan main try & error je.

      Padam
  3. berapa rm nak join ni kak? saya minat sungguh ngan kuih talam..tapi tak reti buat..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rai kelas talam ni Rm190 insyaallah 1hb March ni akak pergi satu lagi kelas talam Part 3. Nak belajar buat bingka ubi kayu tapi belum sampai hajat lagi dok kat berapa pun tak pasti.

      Padam
  4. Yayy kak aina dah pandai masak.

    BalasPadam
  5. wow kak.. boleh la nanti buat utk saya kalao pegi jalan2 umah kak nanti hikhik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok ingat lagu nak test power hari Ahad ni...Talam Keladi, Talam Tokyo atau Seri Muka pilih2...ahahhaaaa...

      Padam
  6. Aina
    Kat mana tu kelas masakan chef asma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Rahmah kelas dia di Putra Perdana lepas Tol Bukit Pucung ambik susur Putra Perdana kat deretan kedai perabot. Masuk dalam nanti jumpa traffic light seksyen 2.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. bestnya kak jun dapat masuk kelas memasak....pas ni boleh la order kiuh talam kat akak kan...

    BalasPadam
  9. kak tu hari lupa amek nombo tipon akak... ;(

    BalasPadam
  10. kak.. lepas ni dah boleh bukak meja ar jual kuih talam hehehe..
    seronok kan belajar masak2 ni.. mcm main pondok2 masa kecik2 dulu hehe

    BalasPadam
  11. Minat tu yg penting sis kan...salute kat kwn yg dari Kedah tu...jauh dia dtg..mesti ada misi dia kan lepas ni...

    BalasPadam
  12. belajar di kelas lagi seronok dari belajar di google kan kak....

    BalasPadam
  13. tak payah beli dah, kalau teringin tinggal nak buat je.. ;)

    BalasPadam
  14. Saya kalau jumpa di mana2 pun kuih talam mesti beli! Faveret sejak kecik2 lagi tuh. Cuma isteri tak pernah cuba buat sendiri, tak konfiden jadi atau tak jadi...

    BalasPadam
  15. Makchaq pun malam ni ada kelas mee rebus johor ngan talam tokyo... kelas free untuk jiran wanita kaw rukum tetangga kami..

    BalasPadam
  16. menariknya sis..wah..lepas ni bolehlah jamu keluarga dan kalau rajin meniaga pun boleh..

    BalasPadam
  17. Saam JunAina..bestnya nambah ilmu dlm masakan dgn Chef Asma...nampak sedap kuih2 talam tu!

    BalasPadam
  18. Beliau ialah salah seorang tok guru wife saya...:)

    BalasPadam
  19. waaaaaaaaaaaaa mcm2 jenis ada.... pasni dh expert boleh la try buat n jual pulak

    BalasPadam
  20. semenjak dah berkahwin ni, hobi jadi minat nak join kelas masak2 ni...dah register utk kelas memasak ahad ni...harap2 dapat menimba ilmu apa yg patut

    BalasPadam
  21. Bestnya join kelas2 camgini.. nnti akak share kat teknik kt sini pulak..hehehe

    BalasPadam
  22. Tahniah.. dah ramai student sy berjaya.. takde ler garang.. tp suara mmg lantang.. ok .. gud luck all my students...

    BalasPadam