Alya Batrisyia Pengidap Nephrotic Syndrome
Alya Batrisyia cinta hati, pengarang jantung dalam keluarga
besar kami. Kehadiran dia menjadi penyeri penambah bahagia buat kami semua,
menjadi ahli keluarga paling kecil ketika ini. Cucu mak tok yang bungsu,
sekarang berusia 7 tahun sudah memulakan persekolahan di sekolah rendah
berdekatan rumah. Pada usia 5 tahun doktor telah mengesahkan buah pinggang telah
dijangkiti kuman, protin keluar melalui air kencing yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau buah pinggang
bocor.
Menyibuk cat rumah dengan abah, kakak dan abang.
Dua bulan lebih di hospital 2 minggu di Hospital Kajang kemudian dipindahkan ke
Hospital Kuala Lumpur, kami suami isteri menjadi pelawat setia saban hari
tengahari dan petang. Tak pernah tidak, sebab itu dia menjadi kemanjaan abah
walaupun hanya anak saudara. Sanggup tinggalkan ibu dan ayah kerana hendak
berjalan dengan mama dan abah. Saya ada menulis tentang Alya Batrisyia di sini
dan sini. Dengan hanya mempunyai satu buah pinggang dan yang satu lagi hanya mempunyai salur sahaj yang ada pula menghadapi
masalah tentunya kami sangat memberi perhatian yang lebih tenang kesihatan dia.
Dapat kamera ada sahaja gaya yang hendak dibuatnya.
Alhamdulillah kini dia semakin pulih, selepas keluar dari
hospital setiap dua minggu pergi checkup kemudian sebulan sekali sekarang 6
bulan sekali Cuma dua bulan sekali pergi ambil bekalan ubat sahaja. Tekanan
darah kali terakhir jumpa doktor 90 tapi setelah memulakan persekolahan naik
sehingga 100. Puncanya bersekolah ibu tak dapat kawal lagi pemakanan walaupun
diberi bekal masih membeli makanan yang sepatutnya dia tak makan.
Dera abang!
Sebelum ini adik saya sangat menjaga pemakanan Alya
Batrisyia, mula-mula keluar hospital sup ayam hanya direbus dan dimasukkan
lobak merah untuk memberi rasa, sesekali ayam bakar yang dimasak tanpa garam
atau perasa lain. Tiada garam, kicap, sos, rempah dan semua jenis makanan
segera seperti burger, sosej atau nugget. Jadi kami sekeluarga pun turut
berpantang makan bila Alya Batrisyia ada bersama. Sekiranya memasak di rumah
pun kami hanya akan makan secara sembunyi-sembunyi. Sekarang sudah boleh makan
makanan berempah tetapi dicampur air masak supaya sedikit cair, kari pula
merupakan makanan kegemaran dia jadi bertambah-tambah makannya. Sos dan kicap
masih belum dibenarkan.
Konvokesyen Tadika Perpaduan Taman Kajang Utama, Pusat Atom Negara.
Jadi ibu bapa yang perihatin dengan kesihatan anak-anak,
sesibuk mana pun perhatikanlah anak-anak sebaik mungkin. Sekiranya ada kelainan
jangan tunggu sehingga berlarutan cepat-cepat bawa ke hospital supaya sakit
tidak semakin teruk. Walaupun hanya demam jangan dipandang ringan takut kita
menyesal di kemudian hari. Baru-baru ini seorang kawan sekolah anak di Tahun
enam meninggal dunia kerana demam panas.
Intan payung, jantung hati, madu, racun semua ada kat dia!
Si kecil yg tak tahu apa melihat kawan makan dia pun beli juga Aina. Susah sikit nak kawal makan bila dah sekolah ni. Tapi kakak cukup salute dgn keluarga Aina bila semuanya ambil berat dan penuh perhatian. Semoga Alya boleh menjadi seperti anak-anak lain. Pulih dan dpt menikmati yg sepatutnya.
BalasPadamSemoga keluarga anda tabah dan sabar dgn dugaan ini.melihat keceriaan pada wajahnya membuatkan diri ini sebak.anak kecil tapi dugaannya...
BalasPadamSemoga Alya terus membesar dengan sihat dan kuat ketahanan dirinya...
BalasPadamAlhamdulillah. Betul tu kak...yg penting, perhatian kita. Adik saya dulu ada masalah yg sama. Dikesan pada umurnya 8 tahun. 2 bulan mak saya bertunggu tangga di UnivHospital. Sekarang, dah anak 2 dah. Tapi, dia tetap sedikit fragile. Penat lebih...mulalah kakinya bengkak bengkik semula. Kena cukup rehat, tak boleh stress sangat dan of course jaga pemakanan.
BalasPadamSemoga dia sembuh seperti sediakala dan tak perlu banyak berpantang lagi...
BalasPadamBagus juga ahli keluarga ikut diet Alia...hihihih..
BalasPadamAlia masih ambik Prednisolone ke kak?
Selalunya prognosis Nephrotic Syndrome is excellent...jangan risau
alahai semoga cepat sembuh ...
BalasPadammcm tak sangka je dia ada masalah buah pinggang... nampak hep sihat je dia
BalasPadamAlahai kesiannya, kecik lagi kena berpantang dan diuji cenggitu. Tapi yg pasti terkandung seribu hikmah disebalik sakitnya tu....hanya Allah yg tahu.
BalasPadamSyukurlah Alya batrisya dah sihat..semuga terus dikurniakan kesihatan yg baik smiin
BalasPadamSama pulak nama dgn cucu sedsra nekcik
tabahnya keluarga alya batrisyia. semoga adik alya terus semangat dan dikurniakan kesembuhan berpanjangan... tengok gambar ceria sahaja... tak sangka sedang diuji oleh Allah.
BalasPadamAlhamdulillah Alya makin sihat dan ceria
BalasPadamSemoga alya terus diberi kesihatan yg baik..kesian ye kecik2 lg dh kena pantang makan macam2..demi kesihatan terpaksalah
BalasPadam