Hati-hati Menggunakan Debit Kad
Semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman
bersama Pak Tuan dalam misi mencari baju kemeja sutera warna sedondon untuk
majlis perkahwinan adik pada Febuari akan datang. Rata-rata kedai menunjukkan
peningkatan harga kerana kebiasaannya kemeja sutera yang biasa dibeli ini
berharga Rm195 selepas tawar menawar dapatlah Rm180. Kali ini dengan kualiti
kain yang sama harganya mencecah Rm295 dan harga tetap. Boleh tahan mahal jugak
harganya jadi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini saya dan suami memilih
untuk mencari pilihan lain.
Tempat kedua mejadi tujuan adalah Wisma Yakin dengan deretan
kedai menjual baju Melayu serta kelengkapan seperti songkok dan sampin. Kedai
pertama yang kami masuk harga sepasang baju Rm245 dan sekiranya tempahan Rm300
sepasang. Meninjau-ninjau baju di dalam kedai tiada warna yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang saya akan
pakai. Keluar ke kedai seterusnya kami mendapat sepasang baju dengan harga
Rm145, oleh kerana saya hendak membeli 3 pasang untuk Pak Tuan, Iqbal dan
Hikram saya mendapat potongan harga sehingga Rm110 sepasang. Bila dicongak
kembali ianya lebih menjimatkan berbanding membeli kemeja sutera, lagi pun
baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari raya nanti.
Memilih warna yang sesuai pun memakan masa sebab warna yang
saya kehendaki cuma ada saiz untuk Pak Tuan. Tuan kedai keluarkan warna terqoise
kehijaun sedangkan saya berkeras hendakkan warna terqoise kebiruan sedangkan
saiz untuk Hikram tak ada dan terpaksa juga beli bila Pak Tuan tak habis-habis
berkata boleh…boleh… Hikmahnya bila balik rumah rupa-rupanya baju tersebut
memang sama dengan baju saya yang telah siap dijahit. Alhamdulillah.
Peringatan buat semua yang biasa menggunakan debit kad atau
kredit kad juga. Semasa membuat bayaran saya menggunakan kemudahan debit kad
sebab tak bawa cash, pelan asal cuma nak tengok-tengok sebaliknya terbeli terus
pula. Jadi swep Maybank ATM kad. Dua pasang baju untuk Pak Tuan dan Hikram
bersama 2 set butang baju Melayu berharga Rm225 dan kali ini saya sangat cuai.
Terus sign resit dan masukkan resit satu lagi ke dalam beg duit yang mana
kebiasaannya saya akan teliti dahulu setiap bil tetapi kali ini tidak. Hanya 2-3 orang
pelanggan yang ada jadi saya menganggap tidak akan berlaku kesilapan sebaliknya kad saya
telah di charge Rm250. Saya bernasib baik kerana juruwang seorang yang jujur
semasa sedang berjalan mereka memanggil dan memulangkan duit tunai sebanyak
Rm25 sebagai ganti.
Manusia memang begitu suka mengambil kesempatan bila terasa
selamat maksudnya kebiasaannya bila ramai pelanggan saya kan periksa dengan
teliti bil-bil sebelum bergerak dengan menganggap tak ramai pelanggan jarang
berlaku kesilapan saya hanya terus simpan reset begitu sahaja. Bernasib baik
sekiranya kita boleh minta balik duit tetapi sekiranya jauh pula tempat kita
membeli barang memang akan terasa ralat. Jadi hati-hatilah dalam apa juga
keadaan terutama bila melibatkan keewangan yang menggunakan duit plastic. Mudah
dan cepat tetapi sekiranya cuai buruk padahnya.
Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".
Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".
Kejujuran itu kunci kepada keberkatan. InsyaAllah...
BalasPadamApa-apapun kita tetap kena berhati-hati, mana tahu saat kita cuai, orang lain pun sama leka...
Assalam Aina
BalasPadamSaya belum pernah guna debit kad. Nantilah nak cuba cuba juga demi memudahkan uruusniaga tanpa perlu membawa wang tunai di tangan.
Pandangan mata Pak Tuan lagi tajam Aina. Nasib baik Aina ikut beli bila Pak Tuan kata boleh-boleh.. Betul kan tiba rumah sama dgn Aina punya baju.
BalasPadamCuma sekali je guna..lps tu aku tak berani nak guna
BalasPadambetul aina.. last time, budak akak tercharged customer sampai RM500 lagi.. alhamdulilah dapat contact balik. kalau tak sure susah nak cari.
BalasPadamlieya antara yg suke pakai debit tau kak....sebab tak suke cash byk2 dlm hbeng....mmg kene hati2 .... terima kasih share pengalaman kak...dpt jadikan pengajaran....
BalasPadamtu la kak, bulan 2 ni adik lieya nak tunang..same2 laa kite sibuk mencari baju ...barang bagai...tapi mujur bertunang so simple2 ajek heheheeheh
MAK AII HARGANYA..MMG CEKIK DARAH..
BalasPadamkite pun kekadang tak tengok pun resit tuh, pakai sign je lah.. bahaya gak ni
BalasPadamKak Zai pun suka beli baju melayu kat sana quality kainnya elok.
BalasPadambkn debit kad kak kredit kad pun sama kalau dh di swep2 tuh...
BalasPadamtp kt jln TAr naik smpai rm100 yek harganya... mahal betul...
nsblah casher tu jjr ye kak memulangkan semula baki, selalunya dana rasa mau senyap2 je
Selalu jugak guna debit card. Saya ni jenis culas jugak orangnya. Suka ambik mudah. Nampaknya kena double checklah kan Aina. Kesilapan tu boleh berlaku kat mana mana katanya...
BalasPadam