Kuasa Duit 'Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh'

4:10 PTG JunAina 8 Comments

Kuasa duit boleh menukarkan kebiasaan menjadi luar biasa. Luar biasanya Dato' Sri Vida meluaskan kuasanya bukan hanya sebagai taikun kecantikan melangkaui di arena hiburan kini mula meluaskan sehingga ke padang bola sepak yang kebanyakannya di kuasai oleh kaum lelaki. Ke anehan, kegedikan atau apa sahaja gelaran yang diberi kepadanya tidak langsung menjadi kudis. Malah semua itu semakin membantu melakar empayar kegemilangan beliau.






Stadium Kelantan bertukar pink itulah realitynya, pemain Kelantan bakal menggunakan jersey berwarna pink juga inilah kenyataannya. Kekayannn, kejayaan meletakkan Dato' Seri Vida layak meminta apa sahaja atas harga sebuah pengorbanan untuk bola sepak Kelantan. "Ehh,..saya keluar duit saya boleh minta apa sahaja". Saya suka ayat dalam loghat Kelantan tersebut. Orang berbudi kita berbahasa begitulah adatnya.



Suka atau tidak penyokong Red Warrior perlu menerima segala syarat yang dikenakan demi memberi nafas kepada masa depan bola sepak Kelantan. Bukan warna menjadi taruhan namun kebajikan pemain perlu menjadi keutamaan.


Walaupun ramai yang mengkritik cara Dato' Sri Vida berpakaian mahu pun ketika menggayakan "tag line' produk bagi saya itulah kelainan beliau. Kelainan yang membuatkan kita ingat kepada dia sehingga bila-bila. Rezeki Allah s.w.t beri kepada beliau pasti ada sebabnya. Kalau dapat jumpa Dato' Seri Vida saya cuma nak tanya tak nak ke 'pre love' baju-baju yang sudah penuh sebilik tu. Teringin pulak nak pakai baju lip-lap lip-lap macam Dato' Sri terutama baju blink-blink untuk iklan Millenia. Nak menjadi protege Dato' rasanya saya tak ada pula ciri-ciri yang dikehendaki.





Saya menyokong produk keluaran bumiputra muslim, jihad ekonomi muslim. Moga semakin ramai akan lahir usahawan-usahan yang berjaya bukan sahaja berjaya dunia tetapi masih tetap tidak melupakan akhirat.



You Might Also Like

8 ulasan:

  1. ehh ini gamabar tadi kat mara?? awak kat mane?

    BalasPadam
  2. Pasni org llaki jgn malu2 pakai baju kaler pink yer...
    Nanti blh belikn encik HB baju T'shirt kaler pink...agak2 mau pakai ke tak?hehe.....

    BalasPadam
  3. Lain orang, lain pendapat.. Saya sekadar memerhati dan hanya mampu berkata-kata di dalam hati..

    BalasPadam
  4. hehehe itulah kan kak... takde salahnya pun stadium pink jersi pink pun takde masalah... jdt tahun 2014 berjersi pink... takd org ckp apa pun....

    insyallah moga kebajikan semua pemain kelantan terjamin, moga tkade maslaah kewangan lagi, kita lihat di bahagian yg positif penajaan dato vida nih, walaupun nampak mcm terlampau tp semuanya bersebab

    BalasPadam
  5. akak pun suka cara dia.. mmg nampak over. toi tu yang buat dia naik sampai ke tahap tu. pink pun pink lah. here

    BalasPadam
  6. Realitinya dia org kita yg telah berjaya dan mampu memberi kekuatan kepada bangsa dan ramai org. Berkongsi kekayaan yg dimiliki. Personaliti tak payah dipertikai itu antara dia dgn Allah. Kita ni nak derma ratus-ratus pun tak mampu Aina..

    Dress SRV tu kalau jual pun boleh beli banyak rumah tau Aina haha...

    BalasPadam
  7. Salam

    di london t shirt kemeja lelaki pakai warna bajubkerja pink.
    Famous

    BalasPadam