Harga Minyak Semurah Air Mineral?

9:00 PG JunAina 6 Comments

Setakat 18 Jan 2016 harga minyak mentah terus menyusut dengan paras terendah sejak 2004, harga minyak mentah semurah air mineral lapor sebuah akhbar tabloid dari luar negara. Kami pekerja di dalam bidang minyak dan gas masing-masing terus berdebar-debar melihat perkembangan yang sangat membimbangkan ini. Ini adalah kehidupan kami, masa depan kami bergantung pada harga minyak mentah dunia.



Satu persatu syarikat  gergasi minyak dan gas Malaysia mengecilkan saiz dengan membuang pekerja sedia ada. Akibat dari harga minyak yang terus jatuh banyak syarikat menghentikan pembinaan pelantar minyak baru mahupun membaik pulih pelantar sedia ada. Saya tidak menulis berdasarkan bahasa ekonomi melakar tulisan dari sudut pandangan seorang pekerja bawahan.


Kalau bukan rezeki makanan dalam mulut pun kena luah balik tak boleh telan, macam tulah jugak tempat saya kerja walaupun dijanjikan projek dan client pun dah ada tempat di sini tetapi tertulis bukan rezeki. Client Tarik projek untuk bagi secara terus kepada `vendor’ sebagai jalan mengurangkan kos.  Menjadi igaun ngeri kepada semua kakitangan, bukan apa kebanyakan syarikat menagguhkan atau membatalkan terus projek akibat kejatuhan harga minyak yang mana syarikat tak boleh buat keuntungan langsung bila minyak disedut.


Saya pernah diberhentikan kerja apabila syarikat lama mengecilkan operasi namaun rezeki yang Allah aturkan buat saya sangat cantik. Sebelum saya tamat notis telah pun dipanggil bekerja di tempat sekarang, nampak di situ rezeki berganda buat saya sebab syarikat lama membayar pampasan berdasarkan perkhidmatan. Alhamdulillah.


Harga minyak jatuh, kakitangan dibuang namun hidup masih perlu diteruskan. Mari kita sama-sama menjadi pengguna bijak. Jom kita sertai ‘BIG FUEL GIVEAWAY’ Manalah tahu boleh menang minyak free Rm10,000 atau tiba-tiba dapat duit terpijak Rm5000 siapa nak bagi kan dah jimat kos.



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Selagi dunia terus bergolak harga minyak mentah akan terus jatuh Aina. Dari permulaan mahu menjatuhkan negara pengeluar minyak akhirnya semuanya terjejas.. sedih:(

    BalasPadam
  2. Rezeki Allah luas sis..
    In shaa Allah!!
    Dia pemberi rezeki.. ;)

    BalasPadam
  3. Selagi kita meletakkan pergantungan kepada Allah, rezeki kita tetap akan diberikanNya, InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. Bila harga minyak dunia naik sikit, harga minyak di negara kita naik mencanak. Bila harga minyak dunia turun banyak kita turunkan sedikit tak padan dengan nilai kejatuhan..

    BalasPadam
  5. Turut terasa, tambahan kami kontraktor saja. Projek yg sedang berjalan pun diminta kurangkan harga. Banyak pula tu. Tp, bak kata boss kami, rezeki tu Allah yg beri...

    BalasPadam
  6. Bila minyak turun naik banyak yang terjejas tapi rezeki Allah ada dimana2.

    BalasPadam