Best Beriani In Town
Pastinya ramai penggemar beriani samaada beriani gam Johor mahupun beriani di kedai mamak yang bagi saya memang ada sedikit perbezaan cara memasak mahupun dari segi rasanya. Beriani Batu Pahat tentulah menjadi pilihan penggemar beriani gam. Sekiranya di Kuala Lumpur saya paling suka beriani kambing Zam-Zam Restoran dan beriani gam Restoran Ruz Alladin di Ampang. Bagi selera saya itu pun dah cukup sedap, kena dengan standard tekak. Mungkin ada lagi ditempat lain yang lebih sedap yang belum pernah saya cuba.
Saya ingin berkongsi satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan buat penggemar-penggemar nasi beriani untuk mencuba sesuatu yang baru. 10 Best Restaurants For Briyani In Klang Valley. Sebelum ini mungkin kita tidak tahu yang restoran-restoran ini menghidangkan nasi beriani yang tip-top kesedapannya jadi dengan perkongsian ini kita boleh mencuba mengubah selera di restoran baru.
Saya bukan seorang pemakan yang sanggup bekejar ke sana-sini semata-mata untuk mencuba makanan sesebuah restoran namun sekiranya ada ruang dan kebetulan berada disekitar kawasan tersebut saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba. Sekiranya terbukti kesedapannya adalah sangat berbaloi saya mengambil risiko untuk singgah dan makan di situ. Keluarga kami sangat typical dalam soal makan, biasanya kami akan memilih restoran yang sama sahaja untuk makan bila sudah serasi namun sesekali perlu juga mengubah selera.
dana pun mcm akak, bkn peminat beriani sgt tp kalau ada depan mata kadang mkn je...
BalasPadamdana kadang tak tahan ngn rempah yg ada dlm nasi beriani tuh
Tapi kalau asyik kena makan beriani gam pun muak juga Aina macam bulan Dec lepas last-last bila pergi majlis kahwin makan desert dia aje.
BalasPadammesti kenyang kan kalau habis tu..
BalasPadamsedapnya beriani kambing, kena pi cari yg sedap2 nih kat Bantng memang xdak la yg best .
BalasPadamsesekali makan memang buka selera kak...PC suka lauk ayam atau daging masak merah...
BalasPadamNekcik pun sesekali tu minat lah jugak..selalunya nekcik ke JM Briani..
BalasPadamSebut jer nasi beriani...teringat dua tahun dulu...ada yang surprise besday bagi nasi beriani kambing..tapi yang dari Zam Zam restoren atau Ruz Aladin restoren..
BalasPadamAyah saya peminat bryani..
BalasPadamSetiap kali pergi makan...saya ratah kambing je..tak pun lauk ayam masak merah..tak berapa gemarkan nasi.. :)
Suami saya mmg suka beriayani ni Aina. Saya pulaj, biasa biasa aje, semua pun bedal haha....
BalasPadamSaya pun bukan jenis yg suka berkejar ke sana sini restoren utk menerai makanan. Main ikut dan jer ler hihi...
samalah keluarga kami juga suka makan direstoren yg sama klu sudah kena selera..sedapnya beriani.hehe
BalasPadam