Motivasi Diri

11:44 PG JunAina 8 Comments

Kadang-kadang emosi kita tak stabil, ada sahaja kegusaran melanda yang membuatkan hati kita jadi tak tenteram. Runsing. Sehinggakan perkara remeh boleh bertukar menjadi besar dan berat untuk dipikul. Adakala kita rasa sangat gembira sehinggakan setiap masalah walaupun sangat berat mampu ditangani dengan baik sekali dan selesai tanpa disangka.


Membuat kebaikan memerluka kekuatan mental dan fizikal. Walaupun ia hanyalah solat dua rakaat. Ada ketikanya terasa sangat berat untuk melakukannya tambahan pula bila kita sibuk dengan urusan duniawi yang membuatkan kita lalai dan meletakkan urusan kerja sebagai yang pertama.


Dhuha. Tahajud. Antara yang agak berat untuk dilakukan akibat pengaruh emosi. Ketika Dhuha kita akan sibuk dengan kerja-kerja pejabat, buat ibu-ibu dirumah pula itulah kemuncak kesibukan di dapur dan ruang tamu rumah yang bagi kita perlu didahulukan, untuk tahajud pula kita rasa sangat sayang untuk meninggalkan bantal bimbang tidak cukup tidur serta mengganggu tugasan ke esokan harinya.


Saya mempunyai cara sendiri untuk memotivasikan diri dalam menagani masalah hati ketika menghadapi situasi tersebut. Kesibukan kerja di pejabat mahupun melawan rasa mengantuk saya akan mendidik hati berkata-kata dengan kata-kata yang memotivasikan diri. Contohnya ketika saya sedang bekerja melihat jam di tangan pukul 9.30am terus saya detikkan dihati “Allah sedang memanggil saya untuk Solat Dhuha, mungkin hari ini Allah s.w.t sedang mahu mengabulkan doa-doa saya, alangkah ruginya sekiranya saya menolak pemberian ini”. Begitu juga bila terjaga di tengah malam bila hati berat untuk terus beradu cepat-cepat saya kejutkan minda. “Allah kejutkan kamu ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi mungkin Allah s.w.t ingin memberikan sesuatu, siapa tahu esok impian akan menjadi kenyataan”. Saya selalu pasakkan hati dengan kata-kata motivasi untuk melakukan kebaikan.


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menjadi lebih baik. Selagi ia memberi perkembangan positif teruskanlah dan berusahalah untuk menjadi lebih baik. Mungkin bukan hari ini yang Allah beri mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin disimpan untuk memberi sesuatu yang lebih istimewa. Itu rahsia Allah.


2016 walaupun ekonomi agak suram jangan lepaskan peluang untuk bercuti menghadiahkan diri serta memanjakan diri setelah berpenat lelah bekerja. Walau ekonomi tidak menentu hidup tetap perlu diteruskan paling penting adalah perancangan dalam setiap apa yang hendak dibuat. Rancang percutian sebaik mungkin entri ini “8 Things You Can StartDoing NOW For A Healthy Fund For Your 2016 Travels” boleh membantu sedikit sebanyak perancangan tersebut, memberi idea agar semuanya berjalan dengan lancar.







Inilah percutian yang saya tunggu-tunggu saban tahun. Percutian di rumah mak. Habiskan masa bersama adik-beradik walaupun hanya pi makan bihun sup, laksa dan ais kacang tepi laut di Kuala Perlis. Itulah saat-saat yang paling berharga buat kami sekeluarga.






You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Sejak mak ayah dah tiada, rumah kakciklah selalunya tempat kami berkumpul adik beradik sebelum 'berpakat' untuk berkelah ke mana-mana tempat yang sesuai dan mampu...

    BalasPadam
  2. Kalau boleh semua nak baik-baik Aina
    Amalan bertambah, keluarga bahagia - siapa tak mahu kan.
    Kumpul dgn keluarga bukan makan yg diidam tapi ukhuwah itu special dlm hati kita.

    BalasPadam
  3. aduh syok nya makan2 dgn family laksa bihun sup ais kacang mmg makanan org utara ni sedapp nyaa

    BalasPadam
  4. mcm2 cara nk motivasikn dirikn kak...

    dana pun suka cuti blik kg n lpk2 ngn adik bdik

    BalasPadam
  5. Dah lama tak pi Perlis walaupun anak belajar di sana...

    BalasPadam
  6. Hai aina berkumpul ramai-ramai mmg seronok...makan apa saja semuanya jadi sedap..

    BalasPadam
  7. bestnye kumpul ramai2 kak..emm betul tu kak..kita kena motivasikan diri kita kalo nak sesuatu..tq akak sharing..

    BalasPadam
  8. Sangat setuju dgn awak Aina, nama pun manusia yg punya nafsu.....perkara yg mudah menjadi berat dengan asbab nafsu.
    Apa pun alasannya moga kita sentiasa ada niat dan tindakan untuk menjadi lebih baik...

    Rapat sungguh keluarga awak ye Aina...

    BalasPadam