Duit Tak Mampu Beli Rasa Bahagia

9:50 PG JunAina 10 Comments

2016 telah masuk hari ke 8 bermakna seminggu sudah kita mengharungi tahun baru yang bagi saya agak mendatar buat masa sekarang. Tiada perkembangan menarik juga tiada berita buruk ingin diterima. Cuma kehidupan seharian agak tergangguu dengan berita-berita semasa mengenai tekanan hidup yang terpaksa dihadapi rakyat Malaysia. Tepuk dada tanyalah selera, kehidupan kita, kita yang rencanakan serta uruskan. Buatlah sehabis baik, jangan mengikut kehendak ikutlah keperluan utamakan kemampuan. Saya lebih suka mendengar dan melihat dari terus bercakap, merungut dan berdebat tanpa hasil. Saya takut bila terlalu banyak bercakap semakin banyak pula perkara yang tak perlu akan keluar.


Akhir tahun yang agak mengejutkan bila suami kakak ipar yang telah setahun menjalani pembedahan membuang tumor telah pergi mengadap Ilahi pada 23hb Disember pukul 8.15 malam. Arwah telah sihat, boleh berjalan, sudah boleh pergi shopping komleks dan bercuti ke Cameron Highland bersama anak-anak. Takdir Allah siapa yang tahu, dia kembali mengadap pencipta dalam kemalangan motosikal. Mengalami pendarahan otak dibahagian yang satu lagi bukan bekas kesan pembedahan. Allah lebih tahu.


Kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak, menguruskan persiapan majlis perkahwinan adik membuatkan kami sama-sama lupa pada tarikh 26hb Disember. Pada 28hb Disember barulah masing-masing teringat tarikh ijab-qabul kami setelah masuk kerja kembali selepas bercuti 6 hari. Kesilapan bersama dua-dua pun lupa langsung, tak ada kek, tak ada bunga dan tak ada coklat tahun ini. 14 tahun berlalu ketawa dan air mata sebagai pemanis kehidupan pelengkap kebahagiaan. Moga Allah terus pinjamkan rasa bahagia ini lama lagi, terus pinjamkan dia sebagai pelengkap keluarga kami yang menjadi tiang seri kekuatan kami sekeluarga. Terima kasih Allah. Duit tak mampu beli rasa bahagia.




Suasana pejabat tetap sebegitu agak lembap perkembangan projek yang ada walaupun General Manager telah mengumumkan berita gembira beberapa minggu yang lalu tetapi itu bukan menjamin kami akan terus nikmati apa yang ada sekarang untuk hari-hari seterusnya. Doa yang terbaik agar ekonomi akan semakin pulih, hari ini mungkin kita bekerja tetapi esok siapa yang tahu apa yang berlaku. Rezeki itu tetap milik Allah, berusahalan kita untuk yang terbaik moga Allah memberi yang terbaik buat kita. Satu pintu ditutup insyaallah akan ada 2-3 pintu lain akan dibuka buat kita.





You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    Tahniah buat Aina dan suami. Semoga berbahagia bersama hingga ke syurga. :)

    BalasPadam
  2. Ambooii.. manjanya akak, macam kucing.
    Moga bahagia hingga ke Jannah, Amin

    BalasPadam
  3. moga thn ini kita diberikan sesuatu yg indah....

    alfatihah bt abg ipar akak...

    juga heppy belated anniversary utk akak n suami... moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

    ya, duit bukan lah segala2nya

    BalasPadam
  4. iyalah Aina sekarang ni tengok keadaan hidup memang bukan lah sesuatu yang semuanya indah..kos sara hidup yang tinggi..harga barang barang keperluan yang naik sesuka hati..aduhaiii..kesian generasi anak anak...mampu kah mereka menghadapi cabaran semasa...
    Alfatihah untuk abang ipar yang telah kemballi ke rahmatullah...

    BalasPadam
  5. tahniahnyerr., mugo terus berkekalann., aminn ;p

    BalasPadam
  6. Assalam

    Happy anniversary.. semoga kekal bahagia hingga ke ahirnya.. alfatihah untuk yang pergi..

    BalasPadam
  7. Tahniah
    Sudah 14tahun anibeseri
    Semuga kekal hingga ke Jannah
    Aturan ALLAH
    Tiba masanya dipanggil kembali kesisinya.

    BalasPadam
  8. al fatihah utk abg ipar..moga akak n suami bahagia hingga ke akhir hayat..amin

    BalasPadam
  9. Alfatihah utk abg ipar awak Aina.
    Hepy Anniversary buat awak berdua, moga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga... Gambar tu sweet sangat, nampak sangat bahagia Aina... suka mak tengok hihi....

    Ekonomi mmg teruk sangat sekarang ni....berdoa ajelah....

    BalasPadam