Sakit Tanpa Ibu dan Ayah

2:14 PTG JunAina 12 Comments


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, berat masalah yang kita tanggung ada lagi insan lain yag lebih kuat diuji. Fitrah kita sebagai manusia berkeluh-kesah dan merasakan masalah yang kita hadapi itu seolah-olah sangat berat dan tidak adil untuk kita. Subhanallah, Maha suci Allah sesungguhnya Dia lebih tahu. Setiap musibah setiap ujian pasti akan datang bersama hikmah.


Kawan sekolah saya merangkap saudara jauh baru-baru ini datang dari kampung menziarah adik lelakinya yang terlantar hampir dua minggu di Hospital Putrajaya. Hanya mengharapkan sepupu yang menetap di Kajang untuk menjengah dan menjaga kebajikan adiknya. Mereka menerima ujian yang sangat besar bila kehilangan ibu dan ayah dalam jarak masa yang agak dekat lewat 20 tahun yang lalu. Masing-masing masih muda, 3 adik masih bersekolah dan akhirnya adik ketiga terus berkahwin tanpa ada peluang melanjutkan pelajaran. Kini adik ke 4 terlantar di hospital sedangkan adik beradik yang lain punya komitment tersendiri.


Di sebabkan tidak mahu menyusahkan adik-beradik dia merahsiakan sakit dengan alasan tidak mahu menyusahkan kakak sulung yang merupakan ibu tunggal, abang yang menghidap penyakit jantung dan kakak ke tiga yang terpaksa menjaga suaminya yang mengidap kencing manis. Luluh rasa hati saya mendengar cerita kakak sulung. Mengikut kata doktor setelah pembedahan membuang  bisul di usus, luka tersebut mengalami jangkitan kuman dan telah merebak ke dalam darah. Hiba melihat dia terlantar tanpa ingin memandang tetamu yang datang menziarah.


Sebagai sahabat saya memberi kata-kata semangat buat mereka sekeluarga. Juga sebagai seorang kakak tetap memberi nasihat walaupun dia hanya sepatah dua menegur saya ketika melawatnya di hospital. Kata-kata semangat moga dapat membantu mereka sekeluarga mengharungi ujian berat ini. Apatah lagi bila tiada ibu dan ayah yang boleh mengambil tahu keadaan mereka. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka bersaudara moga ujian ini akan menguatkan lagi hubungan mereka adik-beradik. Hari ini dia dipindahkan ke Hospital Alor Setar bagi memudahkan urusan abang, kakak serta adik-adik. Kebetulan pula mereka juga menjaga datuk sebelah arwah ibu yang semakin uzur.



Ibu tonggak keluarga, sakit anak-anak, susah anak-anak ibu akan menjadi penguat semangat bagi semua, dalam apa juga keadaan ibu adalah insan paling penting. Bukan menolak kehadiran seorang ayah tetapi kasih ibu itu terus meresap di hati sedangkan kasih ayah tidak ditunjukkan secara nyata. Tetapi doa ayah dan ibu sentiasa menjadi harapan yang besar buat anak-anak.




You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    semoga dia tabah
    Allah uji kita ikut kemampuan kita je

    BalasPadam
  2. kesian nya ye kak.... yelah si adik berkorban tak nk menyusahkan adik beradik yg lain...

    tp kalau dh takde mak ayah yg sulung tuh rasa bertanggungjawab pd adik2nya...
    moga diberi kesumbuhan pd si adik tuh... supaya dpt membantu adik beradik yg lain

    BalasPadam
  3. Sedihnya kisah mereka.

    Untuk anak2, hargailah ibubapa selagi hayat mereka masih ada...

    BalasPadam
  4. Allahuakbar...besar tanggungan mereka adik beradik..ALLAH menduga hampir kesemua mereka...Allah maha pengasih..entah apa ganjaran bahagia yg menanti mereka diatas kesabaran dan keredhaan mereka ini

    BalasPadam
  5. Sedihnya, nasib baik ada sahabat sudi ziarah...

    BalasPadam
  6. Allahu...tak dpt bygkan sakit tanpa kesayangan disis....tapi ye laa tak semua org bernasib baik kan kak...moga2 dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yg baik utk kite terus kuat beribadah padaNYA...

    BalasPadam
  7. kesian nya..ternyata ada orang yang mengalami dugaan lebih hebat berbanding masalah kita yang bukan apa2..kan??

    BalasPadam
  8. Besar ujian mereka adik beradik tu kan kak...Faktor sokongan family mmg amat penting, lebih2 lagi bila ditimpa ujian sakit....rasa sedih/ keseorangan mmg boleh membuatkan sakit itu makin teruk.

    BalasPadam
  9. Allah...tumpang sedih juga..ibu bapa sentiasa mendoakan untuk anak-anak mereka

    BalasPadam
  10. Hanya Allah yg tahu hikmah disebalik dugaan yg diberi. Untung dia punya sedara dan kawan mcm awak yg perihatin Aina. Itu juga satu rezeki buat mereka. Sekurang kurangnya ada kawan yg mendengar rintihan dia.

    Moga segala urusan mereka Allah permudahkan

    BalasPadam
  11. Benar tu jun..
    Ibu tonggak sebuah keluarga. Ada ibu, keluarga bersatu. Tanpa ibu, keluarga terpisah.
    Pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  12. sedihnya kak...besar sungguh dugaan mereka adik beradik...harap mereka tabah menghadapi ujian ni...

    dan semoga Allah meringankan kesakitan/kedukaan mereka...

    BalasPadam