Hasil Kreatif di Padang Besar

9:47 PG JunAina 16 Comments

Rasanya sudah 2 tahun tak menjengah Padang Besar walaupun setiap tahun balik ke Perlis. Cuti kali ini kami pergi jugak atas permintaan mak. Walaupun mak kurang sihat kerana menjaga tok yang sakit kami ikutkan sahaja permintaan dia. Demam tak cukup tido dan rehat. Hajatnya mencari ikan bilis tetapi rupanya ada hajat tersembunyi.

Isnin Padang Besar sangat lenggang. Pukul 11 pagi masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka. Kedai hanya dibuka awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Destinasi pertama hanya sekitar market (pasar). Segala jenis makanan ada jual kat sini tetapi rupanya mak ada hidden mission.

 Inilah tempat pertama di tujunya. Terus lega demam. Senyum-senyum sambil pilih pokok orkid. Kegilaan mak yang baru. Berbaloi beli kerana orkid yang sudah berbunga di jual dengan harga hanya Rm8 atau Rm15 untuk dua pokok sedangkan di nursery sekitar Kangar dijual dengan harga Rm18-25. Mak beli 2 pokok orkid yang sudah berbunga dan satu pokok yang belum berbunga. Semuanya hanya Rm20.


orkid
 Spesis orkid yang ada di sini. Semuanya dibawa masuk dari Siam. Harga memang berpatutan.


 Orang Thailand memang kretif. Hanya dengan sabut kelapa mereka mencuba kelainan. Cantik selepas di varnis. Teringin juga hendak gantungkan didepan rumah bersama sepohon orkid.

pasu sabut kelapa
Inilah dia hasilnya sabut kelapa tadi. Menjadi pasu gantungan. Di jual dengan harga Rm5. Harga sama sahaja antara yang telah di varnis atau tidak. 

tempurung
Tempurung kelapa disangkut diseludang kelapa. Cantik digantung andai punya halaman yang luas. Punya taman berkonsep tropika ala bali.

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. saya pergi dulu tak jumpa pulak benda2 tu ..

    tapi polis yang jumpa kereta saya parking di kawasan larangan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Ngah...Aina pun jarang2 pergi padang besar, kalau pergi pun atas permintaan mak pasainya kalau pi mesti habis duit banyak tang tu.

      Kalau pi hujung minggu memang susah nak cari parking, Aina pi hari tu pun hari Isnin. Boleh pilih2 ikut suka hati parking mana mau...heheheeee... Tu pun boleh silap masuk gitu ja tak mau bayar parking budak jaga pondok parking tu jeling2 saja nasib baik kereta plate no KL.

      Padam
    2. asalamulaikum, kini di buka di jln pdg bersar canlun hadapan feda simbamas pesomosi

      Padam
  2. Salam K.Aina

    Sama mcm mak yun la mak akak tu
    Gila orkid..hihih
    Tp mak yun dr dulu lagi..
    Smpai skang x jemu2
    Kdg2 dia bercakap ngn orkid tu
    tiapkali siram n buh baja..

    BalasPadam
  3. Alaa... mak betul-betul macam kakaklah Jun. Kakak suka bunga orkid sekarang. Kalau tempat kakak nie pasu kecik je yg dah berbunga biasa dalam RM18/-. Cantiknya... kalau kakak yg ikut mak mesti kakak tak sayang beli 10 pokok pun tak apa sebab macam separuh harga aje...

    BalasPadam
  4. Ohhh..tak pernah saya tahu pula boleh beli bunga2 di nursery sekitar Padang Besar..:)

    Memang murah tu..rasa rasanya kalau beli di kawasan sekitar Kg Melayu Subang atau Sg. Buloh tu, mahal lagi

    BalasPadam
  5. tak pernah jejak sini....ruginya
    orkid, cantiknya...

    BalasPadam
  6. wow...

    ayu kn bawa pacuan 4x4 u kesana..
    ayu pun gile ssgt dgn orkid..
    thanks kak Jun syaring...

    Ps:
    klu demam... shopping apa y kita suka.. mmg cepat baik..hehehhehe

    BalasPadam
  7. Mmg geram tengok bunga2 tu.

    Adik ipar dok perlis, slalu gak dia belikn mertua orkid..murah kat sana ya.

    BalasPadam
  8. bini wak kata bukan senang nak bela orkid, tapi mak kakak Rider Sejati mesti dh pakar kann.. ehhheee

    BalasPadam
  9. Wahh dah jadi peminat orkid lak ya? Mujur pun dekat jer Padang Besar tuh. Anytime bleh dapat bekalan.

    BalasPadam
  10. sabut kelapa tu, kalau kat kampung kita, ditendang disepak2 jer kan? tapi bila dah varnish ada harga plak....sebenarnya kita ni mungkin dah ramai yg senang sampai terlepas pandang benda2 camni...sebenarnya bahan2 terbuang pun boleh mendatangkan hasil...

    BalasPadam
  11. Salam,
    Cantik pokok2 orkid tu .. tapi tak pulak tanam pokok orkid kat rumah ... orang kata pokok orkid susah nak jaga ... betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X jgk..tapi nk kena siram selalu...bajakan...ade serangga /penyakit kena basmi...nak redup..ade xleh kena hujan...mcm2 la...

      Padam
  12. Assalam nak tanya...Ap name nursery in he?

    BalasPadam