Parking Kat Driveway Boleh?

4:14 PTG JunAina 4 Comments

Isninkan Monday Blues gitu (ini cerita Isnin lepas). Mood nak pergi kerja pun ala-ala suam kuku. Tunggu datang pemusnah je langsung tak pergi kerja. Kata orang cari sebab je. Tapi pemilik kereta ini memang layan blues betoi! Kereta bukan cap local punya, siap angkat wiper lagi tu tapi boleh dia tak perasan kepelikan di situ. Bertuah punya budak (ke bapak budak ke mak budak?). Bila menghala ke stesyen dia mesti lalu kat anak panah besar tu, pon dia tak nampak. Lampu terang benderang kot!





Kereta yang nak masuk dah tersangkut terpaksa mengelak dari kereta yang di parking kat tengah jalan tu. Alahaiiii...sapa punya keretalah tu.


Anak panah punya besar dia boleh tak nampak tapi parking di Komuter di Jalan Reko ni memang lane dia bertindih tapi yang baru tu terang sikit dan kat drive way tu ada sebesar alam anak panah. Bersangka baik mungkin dia pi kereja pukul 6am kot tapi saya balik kereja pukul 8.30am nampak ja anak panah drive way tu. Bersangka baik lagi mungkin tak biasa di situ dan tengah rushing kot.


Kadang-kadang kita pun tersasul tak dapat dinafikan sebab semalam masa nak keluar dari parking saya nampak palang diturunkan dan tertulis 'automatik gate'. Blur kejap. Macam mana nak keluar bukan ada orang tunggu. Undur kereta ketepi termanggu-manggu kejap. Datang kereta lain elok je depan palang terus terangkat. Terasa bodoh kejap! Padahal ini bukan pertama kali pon parking kat situ.



You Might Also Like

4 ulasan:

  1. ini sah LESEN KOPI O punya worang ! hahaha

    BalasPadam
  2. tempat kerja kak ain, ada jugak org letak kereta mcm tu...kadang2 tu menyusahkan jer...geram pun ada jugak..

    BalasPadam
  3. Hehehe...kdg kdg bila drive memg trase mcm blur n tak tau apa apa kan

    BalasPadam
  4. alahai... kan dh nyusahkan semua org... dana penah nampak kes camnih, last2 ada org buat aduan n dbkl dtg towing kete tuh... lg haru kan

    BalasPadam