Parking Khas Wanita

10:55 PG JunAina 10 Comments


(Saya cuba rotate gambar tetapi gagal)


Saya sangat berbesar hati dan sangat gembira dengan inisiatif MBPJ yang perihatin kepada pemandu wanita dengan menyediakan parking untuk wanita. Kita semua sedia maklum peningkatan jenayah terutama melibatkan kaum wanita, sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah terhadap wanita tetapi kita seharusnya berwaspada dan lebih perihatin kepada keadaan sekeliling. Kadang-kadang tempat yang palin selamat seperti di rumah pun jadi tempat yang paling tidak selamat.


Saya cuma bimbang dengan penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan. Mungkin pihak MBPJ ada perlaksanaan tersendiri yang telah dipersetujui dan telah diperhalusi. Sebagai pemandu wanita saya sangat kecewa dengan pemandu berlainan jantina yang selalu mengambil kesempatan akan kemudahan ini. Contohnya di Econsave, Bandar Baru Bangi terdapat pink parking yang khusus untuk wanita yang terletak betul-betul di depan pintu masuk tetapi ada juga yang tidak perihatin dengan selambanya masuk ke parking ini sedangkan dia adalah lelaki (mungkin lesennya ada wanita kat sebelah). Tak faham atau tak nak ambil faham atau pentingkan diri sendiri?


Jadi sebagai peringatan buat semua fahamilah setiap kemudahan yang di sediakan punya fungsi tersendiri, dibuat atas alasan-alasan dan sebab tertentu. Jika kita salah guna bermakna tidak tercapailah matlamatnya.



You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Dekat stesen bas PUTRA mmg dh ada parking khas utk wanita..Bagus jgk kalo ade yg bersetuju & implement dekat tmpt lain...huhu

    BalasPadam
  2. yang normal tapi letak kat parking oku pon banyak gak kak..

    BalasPadam
  3. harus adakan parkir untuk wanita..xde la kena buli ngan lelaki dah...pas tu letak guard 2-3 orang utk memantau...sebab apa yang wanita ni selalu dalam bahaya...jenayah dimana2 kan...

    BalasPadam
  4. nanti jadi kes mcm pemandu cacat atau parking wanita mengandung.. penguatkuasaan tak mudah.. tapi inisiatif ni cukup bagus..

    BalasPadam
  5. ye ke kak? wahh bagus nie...mmg harus dibuat pun...byk kes wanita di tindas bab2 nak parking nieh...lagi2 kalo yg jenis bawa kereta bertampal P tu....hope usul ni jadi la....

    BalasPadam
  6. baguslah sokong usaha2 mcm ni !

    BalasPadam
  7. kalau kat malaysia ni kak, ramai yg otak kat lutut...sedangkan komuter yg khas utk wanita pun selamba lelaki bedal masuk...

    BalasPadam
  8. ye kak.. manusia zaman skrg ni mcm x ada sense of human. suka2 hati melanggar peraturan.. kalau org buat dia marah.. kalau dia buat sapa nak marah??? ggrrr otak kat bontot pnya org!!

    BalasPadam
  9. Betullah JA.....sekarang banyak kemudahan tuk wanita....banyak dah shopping mall buat parking khaskan....

    BalasPadam
  10. ada jugak org yang tak faham kan akak.. atau dia memang saja2 buat tak faham..

    BalasPadam