New Project...New Team...Everything New...

Diam tak dia dah hampir 3 bulan aku makan gaji buta, asal hantar timecard jer 40 jam overhead perghhh...bos pun dah malas agaknya nak tengok timecard aku dan aku pun dah malas nak hantar hard copy utk bos biar saja dia approve by GBS. Sejak habis projek SSB aku goyang kaki sakan tetapi bosan giler duduk memandang komputer tanpa kerja sampai dah habis segala website aku jejaki.

Akhirnya aku bersyukur, aku dpt new job with new team dan kali nie Lead Engineer aku org Iran merupakan anak buah kesayangan my big bos. Nampak gayanya aku terpaksa lebih tekun dgn kerja lepas nie, my new bos kecik (harharhar...bos ke?) suka chase kalau bab kerja, ramai yg tak suka kerja ngan dia. Akan ku buktikan kesungguhan tu penting tak kira dengan siapa kita kerja.

My Santhana always beside me, memberi sokongan utk aku bekerja dgn new lead. Kadang-kadang singgah kat workstation aku and he look very sad coz our group kebanyakan dah berpecah. Aku appreciate apa yg dia buat utk aku selama ini, atas jasa dialah atas tiket project dia aku dpt title senior walaupun kadang-kadang komunikasi kami macam ayam & itik pasai english dia berbeli-belit dan english aku pulak berterabur. Apapun thanks a lot utk all my previous team member.

Lagi 2 minggu aku kena berangkat ke bangunan baru coz project ni task force, tak boleh buat kerja lain duduk ler satu floor dgn client (harap client ni sporting sama macam previous project). New project with new team member of coz at new office...harap lepas nie aku akan dapat durian runtuh lagi...

ADIOS.

Kerinduan...

Dah lama benar rasanya aku tak menjengah ke sini dalam kesibukan menguruskan masalah disekeliling. Hari ini aku menjengah seketika, melepas rindu menarikan jemariku di papan kekunci...terasa ingin menulis sesuatu...

Sejak akhir-akhir ini agak di himpit keletihan, ada sahaja urusan yg perlu dibereskan sama ada dirancang ataupun secara tiba-tiba. Paling meletihkan bulan lepas apabila terpaksa berulang dari Pusrawi ke Kajang dalam menguruskan anak-anak dan menjaga suami dihospital kerana mengalami kecederaan pada pergelanggan kaki. Hujung minggu berkampunglah dengan anak-anak di Pusrawi.

Minggu lepas sekali lagi kejutan utk aku, panggilan telefon yg aku terima serasa menghentikan darah yg mengalir dalam tubuhku. Anak sulung mengalami kekejangan badan dan jatuh di rumah dia tidak mampu utk bercakap, tidak demam dan tiada tanda-tanda dia tidak sihat kecuali batuk yg agak lama tetapi tidak sembuh. Suami pula sedang berkrusus.

Sekali lagi kami anak beranak berkampung di hospital kali ini aku memilih yg terdekat dengan rumah iaitu KPJ Kajang Specialist, dulu di sini jugalah dia kehilangan sebahagian dari jari manisnya bila doktor membuat kesimpulan jari itu tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan bermain mesin basuh.
Hanya doa dan air mata...

Pneumonia yg dihidapi akibat batuk yg berpanjangan, paru-paru telah dijangkiti kuman kerana kahak telah banyak tersumbat disitu. Bacaan pernafasan hanya 250 berbanding bacaan normal kanak-kanak seusia dia adalah 350 dan doktor memberitahu keadaan paru-paru dia tidak sekuat kanak-kanak lain. Mengenai kejang yg dihadapi Doktor Normahani membuat kesimpulan kemungkinan kesan dari ubat batuk yg diambil. Bagi aku mungkin juga kesan dari main air yg terlalu lama kerana jumaat sebelum itu aku membawa anak-anak ke Hutan Lipur Kanching.

Alhamdulillah...selepas rawatan dia semakin pulih tetapi aku perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatannya. Doaku semoga aku tidak diuji sebegini lagi...tidak sanggup rasanya tetapi andai itu takdirnya...aku pasrah dalam derita.