Baby Nur Aleeysa
Sudah lama nak berkongsi cerita tentang baby comel ini. Berusia 7 bulan dan menghadapi masalah jantung. Alhamdulillah telah selamat menjalani pembedahan beberapa minggu lepas di IJN dengan kos Rm50 ribu. Sebagai ibu-bapa bertapa pilunya hati bila mengetahui kesakitan yang anak alami kerana sebelumnya anak ini sangat sihat.Apabila kesihatan kerap terganggu, berulang alik ke hospital dan akhirnya pihak hospital telah mengesan masalah jantungnya. Rm50 ribu terlalu banyak buat kedua ibu bapanya tetapi mereka tetap berusaha demi kasih sayang terjadap si comel ini. Sebenarnya bapa si comel ini adalah rakan sekerja berlainan department tapi kami saling mengenali. Nasi kerabu dari Kajang selalu menjadi santapannya dan sesekali Aina dapat merasa kek coklat air tangan isterinya.
Bila mengetahui musibah yang melanda hati menjadi terusik. Anak sekecil itu apa yang mampu dilakukan kecuali menangis. Setiap titis air matanya adalah duka dihati kedua orang tuanya. Memanjangkan email yang bermain di antara staff ke HR Department. Rupanya HR Manager sudah mendapat berita itu pada sebelah paginya dan berjanji akan menghantar email to semua staff untuk buat collection dengan janji apa yang tidak cukup akan ditambah oleh company. Alhamdulillah...
Rm37 ribu telah terkumpul dan selebihnya pihak syarikat tambah menjadikan Rm50 ribu. Syukur Ya-Allah dengan rahmat mu. Syukur Ya-Allah kerana membuka pintu hati mereka untuk menyumbang membantu si comel ini. Hari ini hari mereka siapa tahu esok lusa hari kita.
Inilah email yang Aina dapat lebih seminggu yg lepas.
Ini pula gambarnya Baby Nur Aleeysa selepas pembedahan. Masih mampu tersenyum tetapi memang ceria berbanding gambarnya sebelum pembedahan. Nampaknya sakit sebelum pembedahan lebih berbanding sakit luka pembedahan kerana sebelum ini dia sudah tidak ammpu tersenyum.
Terima kasih Ya-Allah. Seribu kesyukuran kerana mengembalikan senyuman di bibir comel itu, menghentikan rawan ayah dan ibu. Memberi sinar buat mereka menempuhi masa depan. Buat Sholihin dan isteri semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang.



